SiNgGaH Lg, Ek! ;)

Thursday, January 5, 2012

'PENGGANTI' SECARA KEBETULAN

Entry tertunggak!

Tak habis2 ah kak korang nie dengan entry tertunggak kan? Hmmm... nak buat macam mana, dowh..?! Wanita berkerjaya yang tersuper sibuk kata ko! He3...

Nie cerita pasal sambungan kerja2 memplaster dinding rumah mak. My 'sayang' buat time weekend sebab weekend je la yang my 'sayang' free pun. Tu pun still kena susun schedule kasik cun! Ecewah! Macam artis lak bersusun2 schedule bagai kan... Hiks...

Kalau ikutkan plan asal, my 'sayang' buat kerja2 memplaster nie dengan Arwah Dadi. Tapi nak buat macam mana kan... bukan kuasa kita nak menidakkan takdir. 

Lepas Dadi meninggal, berminggu2 jugak la kerja2 nie terbengkalai. Maybe my 'sayang' nak kumpul kekuatan sebab bila pandang dinding rumah mak tu musti teringat kat arwah. Arwah yang banyak habiskan bab2 bata. Cadang esoknya tu nak plaster la pulak. Tapi, esoknya tu jugak ajal menjemput arwah. 

Mak pulak, asal tengok dinding yang belum berplaster, musti terbayang2 Arwah Dadi. Terus mak sedih & sedekahkan Al-fatihah. Hmmm...

~ Yang kat sebelah my 'sayang' tu samadengan 'pengganti' Arwah Dadi. 'Pengganti' secara kebetulan!



Sebab apa aku kata kebetulan adalah sebabnya masa my 'sayang' tengah bancuh simen, datang la sorang pakcik nie a.k.a Anjang Kadir namanya. Memula, datang sembang2 jer. Last2, dia balik rumah then, datang balik bawak perkakas nak menyimen. Owh... cayalah..! ;P

Actually, Anjang Kadir nie samadengan sedara my 'sayang' & sedara belah aku jugak. Means, pusing2 last sekali rupa2nya sedara... Begitu...

Sampai ke sudah la dia tolong my 'sayang' memplaster. Plus, dia memang otai la kiranya bab2 tuh. 

Terima kasih, my 'sayang'... Terima kasih Anjang Kadir... ;)

Bekerjasama nie memang boleh mengeratkan hubungan kekeluargaan kan? ;)


:: Like3, ek! ::



2 comments:

lily lotus said...

sedih pulak dgr :( semoga ur sayang n mak dia terus kuatkan semangat yer

ArELeEz said...

lily lotus,
insyaallah.. & tq for ur concern..

i SeRvE nUfFnAnG aDs

GO SEARCH BY GOOGLE SEARCH ENGINE

Google