SiNgGaH Lg, Ek! ;)

Monday, January 9, 2012

5 ACCIDENTS/DAY!!!

Ingat lagik tak dengan entry Pertunangan Dadi dan Haini? Kalau tak ingat, boleh la click balik kat sini, ye! Mengimbau entry kata ko! ;)

& korang masih ingat lagik tak dengan berita pemergian arwah Dadi? Kalau tak ingat jugak, boleh la click kat sini.

Dah takde jodoh untuk Dadi & Haini ke jinjang pelamin kan... Redha je... Setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya kan... Kita hanya merancang tapi, Allah yang menentukan segala2nya. Plus, hanya Allah yang tau apa yang terbaik untuk hamba2-Nya...

~ Disebabkan tu jugaklah, aku, my 'sayang', my MIL & abah ke Selama. Bukan nak memutuskan sebab istilah tu tak berapa sesuai kot. Tapi, lebih kepada menyelesaikan secara baik...

~ Dah lama kot tak pakai tudung nih. Pergi opis memang jarang pakai. Harap pakai time berjalan2 je la. Tak taulah kenapa?! Bukan faveret sangat kot.

On the way pergi memang traffic smooth je. Takde masalah. Cuaca pun ok walaupun macam mendung2 sikit. Tapi, tak hujan. Redup gitu..!

Singgah R&R Gunung Semanggol sebab abah lapor. Aku ngan my MIL makan maggi goreng. Tak kick pun... Biasa la... R&R kan... Hu3...

Pukul 1 p.m sampai rumah parents Haini. Sembang2 kejap then, diorang jamu makan tengahari. Lauk memang marvellouslah! Nasik putih, ayam goreng, ayam masak lemak, sambal belacan, kari ikan, ulam2-an & ikan goreng. Tak cukup dengan tu, diorang jamu pulak dengan buah2-an tempatan macam rambutan ngan durian. Owh... memang santaklah perut!

Perbincangan rasmi pun dah dibuat. Alhamdulillah... semuanya berjalan dengan baik. Pukul 2 ++ p.m, kami mintak diri nak balik.

~ Perjalanan balik tak macam perjalanan datang sebab masa balik jalan jemm. Nampak tak kenderaan yang berderet2 tuh? Dah la hujan. Lagik la kena slow2 kan...


~ Rupa2nya ada accidentlah! Sebab tu traffic slow. Bapak polisi pun ado!

Bukan 1 tu je tau accident yang kami jumpa sepanjang perjalanan balik. Tapi, totally 5 accident! Semuanya di lokasi berlainan la... & semuanya melibatkan kereta. Kalau tengok keadaan kereta tu, boleh la dibuat kesimpulan ada accident yang teruk & ada yang biasa2 je.

Punca sebenor tak tau lah kan... Tapi, maybe sebab faktor kelajuan melampau dengan keadaan jalan yang basah sebab hujan lebat. Wallahualam...

Terus aku remind my 'sayang' suruh berhati2. Plus, tak perlu nak rush. Bukannya nak kejor apa pun kan... 

Akhir kata, berhati2 la di jalan raya. Ingat orang tersayang. 


:: Like3, ek! ::



2 comments:

fairus said...

SAMALAH KITA BERHATI-HATI DI JALAN RAYA...

ArELeEz said...

fairus,
yupp! insyaallah.. amin..

i SeRvE nUfFnAnG aDs

GO SEARCH BY GOOGLE SEARCH ENGINE

Google