SiNgGaH Lg, Ek! ;)

Tuesday, January 3, 2012

IKAN TAUHU PEDAS GELORA JIWA

*Slot Ketuk2 Kuali Bersama Areleez (KKBA)

Sesi masak memasak takkan terhenti dek kerana cuti tahun baru. Masih on seperti biasa. Plus, cuti apa2 pun memang takde kaitan dengan memasak. Yang penting adalah mood. Harap maklum. ;P

Bahan2:-

2 ekor ikan tauhu (disiang, dipotong & dicuci bersih)
1 biji bawang besar (dihiris)
1 keping asam keping
1 cawan cili kisar
1 sudu kecil serbuk kunyit
Minyak masak
Garam
Gula
Serbuk perasa

Bahan2 Kisar:-

1 biji bawang besar
3 biji bawang putih

Cara2 Penyediaan:-

1) Lumur ikan tauhu dengan garam & serbuk kunyit. Panaskan minyak. Goreng ikan tauhu hingga garing. Angkat & toskan.
2) Panaskan minyak. Tumis bahan2 kisar & cili kisar hingga pecah minyak.
3) Perasakan dengan asam keping, serbuk perasa, garam & gula.
4) Masukkan ikan tauhu yang telah digoreng tadi. Sebatikan.
5) Masukkan bawang besar. Masak hingga bawang sedikit layu. Angkat & hidangkan.

~ Ikan Tauhu Pedas Gelora Jiwa.


Bergelora jiwa, babe lepas makan lauk nie dengan nasik panas2! ;P

Well... takmo Tuesday blues over2, ek you ols..! Ngeh3...
:: Like3, ek! ::



2 comments:

My Little Diary said...

tugas seorang wanita...
hari2 memasak utk family.. :)

A.R.E.L.E.E.Z.A.F.F.E.N.D.Y said...

My Little Diary,
tp, macam leez, xla hari2 sgt.. ikut mood jugak. kalau penyakit mim alip lam alip sin dtg, terjah kedai makan jugak maa.. he3..

i SeRvE nUfFnAnG aDs

GO SEARCH BY GOOGLE SEARCH ENGINE

Google