SiNgGaH Lg, Ek! ;)

Friday, January 6, 2012

MEE GORENG TENTANG DHIA

*Slot Ketuk2 Kuali Bersama Areleez (KKBA)

Suatu hari, ah kak 'bertapa' kat dapur sambil pejam mata then, berangan nak jadik Masterchef! La3...

Bahan2:-

1 bungkus mee kuning (dicuci bersih & ditoskan)
1 sudu besar kicap
7-10 ekor udang (disiang & dicuci bersih)
2 keping tauhu lembut
1 pokok daun sup (dicincang)
1 pokok daun bawang (dicincang)
1 sudu besar sos tiram
1 sudu besar sos tomato
1 cawan cili kisar
1 sudu kecil serbuk kunyit
1 biji telur ayam
1 pokok sawi (dipotong)
Minyak masak
Air masak
Garam
Gula

Bahan2 Kisar:-

1 biji bawang besar
3 biji bawang putih

Cara2 Penyediaan:-

1) Lumur tauhu dengan serbuk kunyit & garam. Panaskan minyak. Goreng tauhu hingga garing. Angkat & toskan. Tauhu goreng dibelah 6 setiap 1.
2) Panaskan minyak. Tumis bahan2 kisar & cili kisar hingga pecah minyak.
3) Masukkan sos tomato, kicap & sos cili. Kacau rata.
4) Masukkan sedikit air masak.
5) Perasakan dengan gula & sedikit garam jika kurang masin.
6) Masukkan udang. Sebatikan.
7) Masukkan sawi. Masak hingga sawi sedikit layu.
8) Pecahkan telur ayam. Bila dah mengeras sikit, kacau hingga jadi telur hancur.
9) Masukkan mee kuning. Sebatikan. Masak seketika, angkat & hidangkan dengan tauhu goreng tadi, daun sup serta daun bawang.

~ Mee Goreng Tentang Dhia. He3...

Nama resepi jadik begitu adalah sebab tak puas hati dengan ending drama Tentang Dhia. Bab Zikir ngan Dhia mati tu aku macam boleh terima la... Tapi, bab Mommy Ku Salmi, Zetty, nenek Zikir ngan Rose yang tergantung tak tau apa jadik kat diorang tu yang tak boleh blah! 

At least, tunjuk la Mommy Ku Salmi tu jadik gila sebab Zikir mati ke... nenek dia pulak mati terkejut ke... Zetty terjun bangunan sebab mengandung anak luar nikah ke... Rose accident! Hah! Baru la nampak balasan perbuatan diorang! Huh! Emo ah kak tau!

Eh! Ni Slot KKBA ke slot meluahkan perasaan nih? ;P


:: Like3, ek! ::



2 comments:

fairus said...

NI MESTI DULU SUKA MAKAN MEE GORENG SAMBIL MENONTON TENTANG DHIA NI.. ;)

ArELeEz said...

fairus,
eh, mane tau nih? skodeng, ek? ha3..

i SeRvE nUfFnAnG aDs

GO SEARCH BY GOOGLE SEARCH ENGINE

Google