SiNgGaH Lg, Ek! ;)

Tuesday, July 16, 2013

SAHUR 5 RAMADAN 2013

Mak tapaukan nasik putih, sambal tumis terung pipit ikan bilis, ayam goreng berempah & ikan goreng. Bangun subuh tu, aku tinggal nak goreng ikan masin je.

Kojo sonang lagik... He3...

Bbrrppp...!!!

Alhamdulillah... Heh3...


:: Like3, ek! ::



Monday, July 15, 2013

IFTAR 4 RAMADAN 2013

Iftar terbest setakat ini untuk Ramadan 2013 sebab berbuka kat rumah Mak merangkap dapat makan makanan yang Mak masak. Owh... nom3!!!

Rasa hebak sangat, hokay! ;P

Pepagi, Abang bawak Mak ke pasar. Aku menebeng sekali. Mak nak masak sup kepala ikan. Dari Pekan Sabtu membawak ke Pasar Teluk Intan kami mencarik kepala ikan. Akhirnya mendapat jugak. Fuh!

Sempat jugak aku tolong Mak potong bahan2. Nanti senang... Mak tinggal campak2 je. Jimat masa gitu..!

Pukul 1 petang aku balik rumah kejap. Pukul 5 petang ke rumah Mak balik, dengan my 'sayang'. Hujan petang tu. Lebat jugak! Sojuk2 macam tu lagik la perut berdondang sayang kan... Adeh3...

~ Kak Yong puasa penuh tau! Alhamdulillah...

Sementara nak tunggu waktu berbuka, Kak Yong menyibukkan diri dengan mengsnap gambar. Eh, musti nak jadik blogger tegar macam Acu dia jugak kan? Hiks...

Sembang2 ngan Kak Yong kat porch rumah Mak...

"Acu, cikgu Kak Yong kata, kalau haus kita telan air liur sendirik. Kalau lapar, kita baca buku."

Owh... begitu kekdahnya... Kelakor pulak cikgu Kak Yong tu kan... He3...

Tapi, aku paham yang cikgu sebenornya nak psycho je. Supaya anak2 didik tahan berpuasa. ;)

~ Rifqi ligat! Mementang la tak puasa...

Asal aku amik gambar je dia mintak nak tengok balik. Lepas tu, terkekeh2 gelak tengok muka sendirik. Apakah..??? Ha3... 

~ Sup ikan Mak... terbahek dari ladang!

~ Menu berbuka puasa hari tu... 


Meh nak list down, meh! Nasik putih memang wajib la kan...

1) Sup ikan
2) Ikan termenung goreng
3) Ikan pekasam goreng
4) Ayam goreng berempah. Pot luck daripada Kak Aneem.
5) Sambal tumis terung pipit ikan bilis
6) Pecal
7) Tepung talam
8) Sambal kicap
9) Lai chi kang
10) Rojak buah 
11) Kurma Safia Pokcik Yusuf Taiyoob

~ Tepung talam berkenaan. Mak order dari geng surau. 1 loyang samadengan 6 hengget.

~ Mak buat sendirik tau lai chi kang nih. Plus, memang faveret Mak pun.

Aku takde bawak potluck apa2 pun! Bawak perut je sambil lenggang-kangkung. Ha3...

Santak perut! Tak sia2 bawak perut. Hadoi la... ;P

Macam nak terskip tarawih sebab 'overdose'! Tapi, bila dah bawak bertenang, akhirnya berjaya bertarawih kat Kampung Bahagia. 

Alhamdulillah...


:: Like3, ek! ::



NASI GORENG CILI PADI BERSALAD

*Slot Ketuk2 Kuali Bersama Areleez (KKBA)

Resepi untuk menu berbuka.

Bahan2:-

1 mangkuk nasi putih
1 pokok daun sup (dipotong)
1 biji telur ayam
7 helai daun salad
Minyak masak
Garam

Bahan2 Tumbuk:-

1 biji bawang besar
3 biji bawang putih
7 biji cili padi

Cara2 Penyediaan:-

1) Panaskan minyak. Tumis bahan2 tumbuk hingga naik bau.
2) Pecahkan telur ayam. Bila mengeras sedikit, kacau rata.
3) Masukkan nasi putih. Sebatikan.
4) Perasakan dengan garam.
5) Masukkan daun salad. Kacau rata. Angkat, taburkan dengan daun sup & hidangkan.

~ Nasi Goreng Cili Padi Bersalad

Pastikan daun salad tu dimasukkan di saat2 akhir sebab kalau masukkan awal sangat takut nanti jadik lembik. Tips nih. Sila salin. Heh3...

Eh, buat menu bersahur pun boleh jugak tau! Ikut sukahati memasinglah. 


:: Like3, ek! ::



SAHUR 4 RAMADAN 2013

Nasik putih ada... nasik goreng cili padi lebih berbuka tu pun ada. Jadiknya, sukahati memasing la nak makan nasik putih / nasik goreng. 

Kesimpulan, dua2 kitorang layan. Memula makan nasik goreng lepas tu, dah hujung2 tambah nasik putih pulak. Hebak tak? He3...

Aku sempat goreng ikan masin subuh tu. Ikan rebus goreng pun ada lagik. So, inilah saja lauk we ols untuk hari tu...

Air masak wajib togok banyak2. 

Sekian...


:: Like3, ek! ::



IFTAR 3 RAMADAN 2013

Mood nak memasak sendirik juadah berbuka masih tebal. Alhamdulillah...

Bahan2 aku dah prepare belah tengahari, masa balik waktu 'lunch hour'. Tapi, I ols tak lunch tau! Takmo3..! Puasa! ;P

Pukul 6 petang start memasak. Lambat dari biasa sebab my 'sayang' caj gas dulu. Gas habis! Nampak dengan sangat obvious yang tuan tanah kedaung rajin memasak kan? Ahaks3...

Tak perlu kelam-kabut sebab kan dah kata yang bahan2 semua dah prepare. Masak pun menu yang simple2 je. So, walaupun lambat sikit tapi, masih boleh memasak dengan hati yang tenang sambil tersenyum. Siap nyanyi2 lagu hindustan lagik kat dapur, noks! 

"Mehndi lagaa ke rakhna... Doli saja ke rakhna... La3..."

Cer bayangkan... Cer bayangkan... Ha3...

~ Nasik goreng cili padi...

~ ... & ikan rebus goreng... Ikan rebus ni Mak buat. Mak kasik yang dah siap disiang & dijadikkan ikan rebus. Memang kojo sonang kan? Tu yang boleh memasak sambil menyanyi lagu hindustan tuh! La3... Hiks...

2 menu kat atas ni je yang aku masak. Ok la tuh..! 

~ Menu tambahan yang my 'sayang' tapau dari PARAM. Popiah basah + goreng, murtabak & apam.

Aku request popiah je, sebenornya. Tapi, biasa la... my 'sayang' bukan boleh terjah PARAM. Kalau terjah jugak, memang berjenis2 yang dibelinya. Hadoiiyaiiinyapun!!! 

Tapi, yang ni 3 jenis kuih je. Macam ok la sikit kot. Plus, popiah ngan apam tu dia berjaya habiskan lepas semayang tarawih. Murtabak pulak kitorang habiskan sama2 masa berbuka.

Hokay, fine! Sebab takde pembaziran.

~ Buah of the day adalah buah oren.

Air of the day pulak adalah air blackcurrant. 

Nak dijadikkan cerita, stok kordial habis. So, masa my 'sayang' nak ke PARAM, aku pesan sekali kordial blackcurrant. My 'sayang' beli bukan sebotol tapi, 3 BOTOL, hokay..! Blackcurrant, mangga & oren.

Confuse ah kak kejap. Apakah ah kak kena campurkan ketiga2 perisa tuh atau ah kak kena buatkan 3 jenis air? Va3..!!!

& berlakulah conversation di antara we ols...

"Banyaknya B beli stok kordial! Apakah..???"

"Begini ceritanya... Tadi memang Abang aim blackcurrant je. Abang dah grab sebotol dah. Tetiba ternampak pulak oren ngan mangga. Macam sodap je... So, Abang belasah la amik 3 botol terus! Takpe... boleh Aaby buat air berbeza dalam bulan Ramadan ni... He3..."

Memang beliau tak boleh terjah kedai & PARAM time puasa kan? Ha3...


:: Like3, ek! ::



Sunday, July 14, 2013

SAHUR 3 RAMADAN 2013

Nasik goreng Cina buat ke sekian kalinya...

Nasik tu ditapau dari rumah Mak Ngah. Nasik lebih iftar. Subuh baru goreng. Bahan2 aku dah sediakan belah malamnya. So, takde la kelam-kabut. Tinggal nak menggoreng je.

~ Nasik goreng Cina... buat untuk 2 orang makan.

~ Ayam goreng berempah dengan rendang ayam kampung ni pun tapau masa iftar kat rumah Mak Ngah jugak. Reheatkan je.

Bila sahur, aku kena make sure aku minum air masak dalam kuantiti yang banyak. Tak nak dehydrate bila waktu berpuasa. Plus, aku kan ada allergic. Kalau kurang air, nanti naik bintat2 merah kat badan. Hu3...

My 'sayang' pulak akan minum 2 jenis air. 1 air panas macam kopi 3 in 1 ke... teh o ke... & 1 lagik air masak. Kalau tak pun, my 'sayang' tukar air panas ke susu sejuk. Minum dalam segelas then, minum air masak. Kurma pun dia amalkan jugak. Aku je yang susah nak telan kurma. Adeh3...


:: Like3, ek! ::



Saturday, July 13, 2013

PETOLA TUMIS AIR BERSUHUN

*Slot Ketuk2 Kuali Bersama Areleez (KKBA)

Campak2 je... Mudah sangat kot..! 

Bahan2:-

1 biji petola (dipotong bulat)
1 biji bawang besar (dihiris)
1 biji bawang putih (dihiris)
1 tangkai cili merah (dihiris serong)
1 pokok daun sup (dipotong)
1 genggam suhun (direndam)
Minyak masak
Air masak
Garam

Cara2 Penyediaan:-

1) Panaskan minyak. Tumis bawang besar, putih & cili merah hingga naik bau.
2) Tuangkan air masak secukupnya.
3) Masukkan petola.
4) Perasakan dengan garam.
5) Masukkan suhun. Reneh seketika. Angkat & taburkan dengan daun sup. Sedia untuk dihidang.

~ Petola Tumis Air Bersuhun

Kalau makan time dia berasap2 tu lagik best! Pekena pulak dengan ikan masin / ikan goreng. Wallawei lah! ;)


:: Like3, ek! ::



IFTAR 2 RAMADAN 2013

Jemputan iftar kat rumah Mak Ngah. We ols is hokay jerrr... Plus, tak payah masak. Heh3...

~ Dah siap nak pergi rumah Mak Ngah. Errr... bulan Ramadan pun muka boleh selebar ini... apatah lagik kalau bukan bulan Ramadan. Uhuks3... Mencikkk!!!

Pukul 6.50 petang sampai. Takde sesiapa pun lagik. Elok2 kami sampai, mertua, Bulat ngan Awa pun sampai. Pandai timing. He3...

Laju2 tolong my MIL hidangkan makanan. Well... ah kak kan menantu yang hebak..! Ha3...

Buat 4 hidang, makan bersila kat bawah ramai2. 

Meriah dengan makanan iftar hari tu. Berbelas2 juadah wooo..! Neves ah kak nak kira. Fuh! 

Meh nak senaraikan, meh! Nasik putih, of course la kan... Ni aku nak list down selain nasik putih.

1) Sup daging
2) Rendang ayam
3) Udang goreng
4) Kari udang
5) Kangkung tumis
6) Ayam goreng berempah
7) Gulai tempoyak ikan
8) Ikan kayu + cencaru goreng
9) Cencaru sumbat
10) Samosa
11) Buah melaka
12) Peria tumis telur
13) Telur dadar
14) Cencaru stim
15) Tembikai
16) Anggur
17) Cicah mempelam
18) Murtabak pisang

Semua di atas dengan 4 jenis air. Air oren, asam boi, soya & teh o panas. Amekaw!

Sebenornya, ada lagik. Tapi, tu je la kot yang boleh aku ingat. Meriah tak? ;P


:: Like3, ek! ::



SAHUR 2 RAMADAN 2013

Mak buat wake up call pukul 4.50 pagi. Terjuling2 bijik mata nak bangun. Ngantuk! Adeh3...

Petola tumis air ada lebih lagi. Hokay, boleh rehat. Ikan termenung goreng pun ada lebih jugak. Cukup la untuk 2 orang. Aku just goreng ikan masin je. Buat tambah lauk. 

Tak lalu makan sangat subuh tu. Air masak pun tak mampu nak telan banyak. Perut sebu. Hu3...

Siang harinya, ah kak sedikit flatlah. Nak lipat kain yang sebabun tu masa balik tengahari pun tak larat. Tergendala operasi mengemas ah kak. 

Coi betul! 

Tu la... lain kali, kena sahur dengan bersemangat. Hu3...


:: Like3, ek! ::



NASI GORENG CINA 1 RAMADAN

*Slot Ketuk2 Kuali Bersama Areleez (KKBA)

Menu sahur 1 Ramadan hari tu...

Bahan2:-

1 mangkuk nasi
1 pokok daun sup (dipotong)
2 batang sosej ayam (dihiris bulat)
1 biji bawang besar (dihiris)
2 biji bawang putih (dicincang)
1/2 batang carrot (dipotong dadu)
1/2 sudu kecil serbuk lada putih
1 biji telur ayam
Garam
Minyak masak

Cara2 Penyediaan:-

1) Panaskan minyak. Tumis bawang besar & putih hingga naik bau.
2) Pecahkan telur ayam. Bila mengeras sikit, kacau rata.
3) Masukkan carrot.
4) Masukkan sosej ayam.
5) Masukkan nasi. Sebatikan.
6) Perasakan dengan serbuk lada putih & garam. Kacau rata. Angkat & taburkan dengan daun sup. Sedia untuk dimakan.

~ Nasi Goreng Cina 1 Ramadan

Nasik goreng antara pilihan kami time sahur. Laju sikit nak menyuap. Kalau ada ikan masin goreng, lagik bertambah laju! Ikan masin kan pembuka selera. ;)


:: Like3, ek! ::



Friday, July 12, 2013

IFTAR 1 RAMADAN 2013

Ramadan kali ni, aku berazam nak lebihkan memasak dari membeli-belah kat PARAM. Tapi, azam ni boleh berubah. Ikut mood. Boleh gitu..! Ha3...

Sekarang, angin rajin masih kental! Berasap jugak la dapur tu... 

~ Kuih buah melaka. Terima kasih Kak Ja. Buat susah2 je... Ececeh..! 

~ Roti John. Tapau PARAM. Eh, PARAM jugak..??! Tettt......!!! ;P

~ Gulai lemak keladi. My MIL kasik.

Semua di atas adalah rejeki 1 Ramadan. Disumbangkan oleh opismate, ibu mertuaku & PARAM. Alhamdulillah... ;)

~ Petola tumis air. Aku masak ni je pun... Aci la jugak kan? Heh3...

Nasik putih + petola tumis air + ikan termenung goreng = menu utama. 

Sekian, melaporkan...


:: Like3, ek! ::



TABAHLAH...

2 Ramadan...

Kami dapat berita yang agak mengejutkan! Tak sangka sangat..! 

Suami Jiah, Din masuk wad. Tenat! Dapat berita dari mertua.

Jiah adalah cousin my 'sayang'. Untuk makluman...

Din memang ada 'sejarah' kena tahan kat wad. Aku lupa nama penyakit dia. Tapi, agak serius jugak. Dari Hospital Teluk Intan ke Hospital Selayang... Last2, doktor kasik discharge. Bila mertua kenduri, dia ngan Jiah selalunya akan datang, bawak anak2 perempuan yang 2 orang tuh. Hmmm... nampak macam dah sihat la kan...

Bila mertua bagitau yang Din kena tahan kat wad, aku ingatkan penyakit lama dia datang balik. Rupa2nya bukan! Tapi, tak tau la ada kaitan ke tak. Doktor kata main factornya adalah kekurangan potassium dalam sistem badan. Effect kat jantung dia.

Dah beberapa kali jantung dia terhenti. Berminit2 jugaklah... Tapi, alhamdulillah... berkat usaha doktor & doa dari yang tersayang, jantungnya kembali berdenyut. 

But, the sad news is... Din sekarang koma! Dari wad biasa ke ICU.

Ya Allah...

Berat dugaan Jiah. Semoga Jiah tabah... Kami pasti doakan yang terbaik untuk Jiah & Din. Dengan keberkatan Ramadan... & dengan izin-Nya... 


:: Like3, ek! ::






CHICKEN CHOP FROM MOMMY TO DADDY WITH LOVE...

*Slot Ketuk2 Kuali Bersama Areleez (KKBA)

Sebelum apa2, nak mintak ampon & mahap dulu. ;P

Bahan2 Utama:-

2 keping frozen chicken chop
2 mangkuk kecil frozen fries
4 biji baby tomato
1 sudu mentega
Minyak masak

Cara2 Penyediaan Bahan2 Utama:-

1) Panaskan minyak. Goreng fries hingga kekuningan. Angkat & toskan.
2) Panaskan minyak. Goreng chicken chop hingga separuh masak. Angkat & toskan.
3) Cairkan mentega dalam griller. Masukkan chicken chop yang telah digoreng separuh masak tadi. Grill hingga masak. Angkat & toskan.
4) Grill baby tomato. Golek2kan seketika. Angkat. Bahagikan bahan2 yang telah siap dimasak ke dalam 2 pinggan.

Bahan2 Untuk Salad:-

5 helai daun salad hijau (dipotong)
3 helai daun salad ungu (dipotong)
1/2 batang zuccini (dipotong memanjang)
1/4 biji bawang besar (dicincang)
1 biji bawang putih (dicincang)
1 biji limau nipis (diperah jusnya)
Mayonis
Garam

Cara2 Penyediaan Salad:-

1) Masukkan daun salad hijau, ungu, zuccini, bawang besar & putih ke dalam mangkuk.
2) Perasakan dengan garam & jus limau nipis.
3) Dressingkan dengan mayonis. Gaul rata. Siap untuk dihidangkan ke dalam 2 pinggan tadi.

Bahan2 Untuk Sos Lada Hitam:-

2 batang sosej ayam (dipotong dadu)
3 sudu tepung gandum
1 1/2 sudu mentega
1/2 biji bawang besar (dicincang halus)
1 biji bawang putih (dicincang halus)
1 sudu serbuk lada hitam
1/2 cawan susu cair
2 sudu kicap masin
Kiub ayam Knorr
Air masak

Cara2 Penyediaan Sos Lada Hitam:-

1) Cairkan mentega. Tumis bawang besar & putih hingga layu.
2) Masukkan tepung gandum. Kacau sentiasa.
3) Tuangkan susu cair.
4) Masukkan sosej ayam. 
5) Tuangkan sedikit air masak jika terlalu kering.
6) Perasakan dengan kicap masin, sedikit kiub ayam & serbuk lada hitam. Kacau rata. Angkat. Tuangkan ke atas chicken chop & fries. 

~ Chicken Chop from Mommy to Daddy with Love. Feeling2 omputih kejap. Heh3...

Sepatutnya sos tu pakai cendawan butang. Tapi, ah kak takde stok. So, try replace pakai sosej ayam sebab kekenyalan yang rasanya lebih kurang kan... Bereksperimentasi kejap. & my 'sayang pun berkata...

"Aaby bubuh cendawan butang, ek? Hmmm.. sodap!"

Hah, maknanya eksperimentasi ah kak berjayalah! Weehooo..!!! ;D

Pssttt2!!! You ols ampon & mahapkan ah kak tak? Dah dekat tengahari ni kan... Ho3!!! Larikksss..!!!


:: Like3, ek! ::



KELEDEK CINTA

*Slot Ketuk2 Kuali Bersama Areleez (KKBA)

My 'sayang' ada beli keledek madu masa family vacation kat Cameron Highlands tu. Mak awal2 dah pesan suruh rebus sebab takut keledek tu 'tumbuh balik'. 

Perumpamaan ye, you ols..! Perumpamaan...

Maknanya, Mak takut penyakit malas masak aku datang. Macam beberapa stok sayur aku sebelum ni. Kalau mood malas datang, memang ke lautlah semua sayur2 tuh. 

So, sebelum keledek madu ni 'tumbuh balik' baik aku rebus siap2. He3...

Bahan2:-

10 biji keledek madu (dibuang kulit)
1 mangkuk kecil ikan bilis
1 biji bawang besar (dihiris)
1 1/2 cawan cili kisar
1 keping asam keping
Garam
Gula
Serbuk perasa
Minyak masak
Air masak
Air

Bahan2 Kisar:-

1 biji bawang besar
3 biji bawang putih

Cara2 Penyediaan:-

1) Masukkan keledek madu ke dalam periuk berisi air. Rebus hingga empuk. Angkat & toskan.
2) Panaskan minyak. Goreng ikan bilis hingga garing. Angkat & toskan.
3) Panaskan minyak. Tumis bahan2 kisar & cili kisar hingga pecah minyak.
4) Tuangkan sedikit air.
5) Perasakan dengan serbuk perasa, garam, gula & asam keping.
6) Masukkan bawang besar. Sebatikan.
7) Masukkan ikan bilis yang telah digoreng tadi. Kacau rata. Angkat & hidangkan bersama keledek madu rebus.

~ Keledek Cinta. Ewah2..! Awwsss..! Ha3...

Resepi ni dimasak sebelum Ramadan datang...

Comel2 keledek madu tu kan? ;P


:: Like3, ek! ::



Thursday, July 11, 2013

BIHUN GORENG SINGAPORE PUTIH2 MELATI

*Slot Ketuk2 Kuali Bersama Areleez (KKBA)

Berderet2 Slot KKBA ah kak publishkan. Al maklum la... dah malam. Dah berbuka kekdahnya... Harap tak terliur sangat. He3...

Bahan2:-

1/2 peket bihun (direndam & ditoskan)
2 batang sosej ayam (dipotong serong)
1/2 biji kobis (dipotong)
1 biji telur ayam
1 mangkuk kecil daging cincang (defrostkan, dicuci bersih & ditoskan)
1 tangkai cili merah (dihiris serong)
1 sudu kecil serbuk lada hitam
1 sudu sos tiram
Garam
Minyak masak
Air masak

Bahan2 Tumbuk:-

1 biji bawang besar
3 biji bawang putih

Cara2 Penyediaan:-

1) Panaskan minyak. Tumis bahan2 tumbuk hingga naik bau.
2) Masukkan daging cincang. Masak hingga sedikit kental.
3) Tuangkan sedikit air jika terlalu kering.
4) Masukkan sosej.
5) Pecahkan telur ayam. Bila mengeras sedikit, kacau rata.
6) Masukkan kobis.
7) Perasakan dengan sos tiram & sedikit garam.
8) Masukkan bihun. Sebatikan.
9) Taburkan serbuk lada hitam. Sebatikan.
10) Masukkan cili merah. Kacau seketika. Angkat & hidangkan.

~ Bihun Goreng Singapore Putih2 Melati. Ecewah! ;P

Terliur tak tengok gambar ni di malam hari? Tak berapa sangat kan... Kan3..?


:: Like3, ek! ::



BABY POTATO SALAD

*Slot Ketuk2 Kuali Bersama Areleez (KKBA)

Sesiapa yang berhajat nak mengnyahkan lemak2 degil, boleh la try resepi ni, ye!

Bahan2:-

5 biji baby potato 
1/2 biji bawang besar (dicincang)
Mayonis
Garam
Serbuk lada hitam
Air
Mentega

Cara2 Penyediaan:-

1) Masukkan baby potato ke dalam periuk yang berisi air. 
2) Rebus baby potato hingga empuk. Angkat & toskan.
3) Belah 4 setiap baby potato.
4) Masukkan bawang besar & sedikit mentega.
5) Perasakan dengan garam & serbuk lada hitam.
6) Dressingkan dengan mayonis. Sebatikan. Sedia untuk dimakan.

~ Baby Potato Salad. Nak makan macam ni ngap3 je pun boleh.

~ Aku makan dengan paratha roll. Ngam jugak la... Resepi paratha roll, boleh godek2 kat sini, ek!

Jadikkan salad untuk berbuka puasa pun aci jugak kot...


:: Like3, ek! ::



i SeRvE nUfFnAnG aDs

GO SEARCH BY GOOGLE SEARCH ENGINE

Google