SiNgGaH Lg, Ek! ;)

Friday, June 28, 2013

PARATHA ROLL WITH GRAVY MASHED POTATO

*Slot Ketuk2 Kuali Bersama Areleez (KKBA)

Bahan2 Untuk Paratha Roll:-

1 keping roti paratha frozen
1 biji telur ayam
1 tangkai cili merah (dicincang)
1/2 biji bawang besar (dicincang)
1 batang sosej ayam 
Mayonis
Garam
Minyak masak

Cara2 Penyediaan Paratha Roll:-

1) Pecahkan telur ayam ke dalam mangkuk. Perasakan dengan sedikit garam. Kacau.
2) Panaskan minyak. Goreng sosej ayam hingga 1/2 masak. Angkat & toskan. Potong sosej ayam kecil2 secara membulat.
3) Panaskan minyak. Panaskan roti paratha hingga garing. Angkat.
4) Panaskan minyak. Tumis cili merah & bawang besar hingga kekuningan.
5) Tuangkan bancuhan telur ayam. 
6) Sebelum mengeras, taburkan sosej ayam ke atas telur. Buat seperti telur dadar. Angkat.
7) Sapukan mayonis ke lapisan atas roti paratha.
8) Lapiskan telur dadar tadi ke atas roti paratha & gulung. Siap!

Bahan2 Untuk Mashed Potato:-

1 biji ubi kentang (dibuang kulit, dicuci bersih & dipotong dadu)
1/2 biji bawang besar (dicincang)
Susu cair
Garam
Serbuk lada hitam
Air

Cara2 Penyediaan Mashed Potato:-

1) Rebus ubi kentang hingga empuk. Angkat & toskan.
2) Masukkan serbuk lada hitam, bawang besar & susu cair ke dalam ubi kentang yang telah ditoskan. 
3) Lenyekkan ubi kentang. Siap jugak!

Bahan2 Untuk Sos (Gravy):-

1/2 biji bawang besar (dicincang)
1 biji bawang putih (dicincang)
1 sudu mentega
1 sudu tepung jagung (dibancuh dengan sedikit air)
1/2 ketul kiub ayam
Serbuk lada hitam
Air masak

Cara2 Penyediaan Sos (Gravy):-

1) Cairkan mentega. Tumis bawang besar & putih hingga naik bau.
2) Tuangkan bancuhan tepung jagung. Kacau rata.
3) Tuangkan air masak secukupnya.
4) Masukkan kiub ayam.
5) Perasakan dengan serbuk lada hitam. Kacau rata. Angkat & tuangkan ke atas mashed potato. Hidangkan bersama paratha roll.

~ Paratha Roll with Gravy Mashed Potato

Dah boleh makan dah. Sesambil layan drama 'Sebenarnya Saya Isteri Dia!' Heh3...


:: Like3, ek! ::



6 comments:

:|: TinTa Kibod :|: said...

isk isk...
setapnyaaaa melelehhhhh!!!

mie said...

prata ni makan panas2 seddap//
boleh order ke?
hahahaha

A.R.E.L.E.E.Z.A.F.F.E.N.D.Y said...

:|: TinTa Kibod :|:,
kuasa visual. heh3..

A.R.E.L.E.E.Z.A.F.F.E.N.D.Y said...

mie,
aah. mmg sodap pun. nak2 yg br kuar dr kuali. perrgghhh!! tp, 'kedai' dh tutup! ha3..

♡ m.a.w.a.r_ b.e.r.d.u.r.| ♡ said...

sedapnya...nak cuba buat lah .. :)

A.R.E.L.E.E.Z.A.F.F.E.N.D.Y said...

♡ m.a.w.a.r_ b.e.r.d.u.r.| ♡,
sila2.. simple je..

i SeRvE nUfFnAnG aDs

GO SEARCH BY GOOGLE SEARCH ENGINE

Google