SiNgGaH Lg, Ek! ;)

Showing posts with label SAHUR. Show all posts
Showing posts with label SAHUR. Show all posts

Tuesday, April 28, 2020

KEJUTAN STEP BY STEP

Masih tak jemu & kekal memasak untuk sahur. Kalau jemu, buleh kemurungan perot kami. Ha3...

Dan untuk kesekian kalinya, Sis masih menggunakan khidmat Mother untuk wake up call. Sama macam tahun2 sebelumnya. He3...

Mother punya wake up call jam 4.00 pagi. Sempat lagik la bergolek2 sebelum betul2 bangun celikkan mata dengan harapan alarm Sis pulak kejutkan Sis in case terlajak bergolek. Heh3...

Sis set alarm jam 4.15 pagi. Reheat nasik. Masak lauk tambahan yang simple2. Contoh: Scrambled eggs & sayur goreng. Setting meja termasuklah cedok nasik & buat air. Kanda request air panas time sahur. Tak kesah air apa. Kadang2 air sirap suam pun dia onz. Buat penyedap tekak katanya...

Pukul 5.00 pagi, kejutkan Kanda. Terkulat2 jugak la dia nak celik mata. Normally, gagal bangun dengan sekali kejutan. Perlu repeatedly & step by step. Ha3... 

Kejutan pertama: Untuk Kanda gerakkan badan & sedikit tersedar dari mimpi indah. Ha3...
Kejutan kedua: Untuk Kanda duduk di birai katil. Bermenong tengok lantai sambil mata sekejap pejam, sekejap celik. Terkebil2.
Kejutan ketiga: Untuk Kanda bangun, masuk bilik air & cuci muka. 

Aaa gitchew..! 

Kadang2 suara kejutan Dinda dia lunak-merdu. Kadang2 memetir jugak. Nanti raya mintak ampon kaw2! Ha3... 

~ Nasik putih + leftover Ayam Panggang Madu + Scrambled Eggs + Sawi & Kobis Tumis.

Rasa tak lengkap tanpa cili padi. Siapa pempedas macam kami, cer angkat tangan sikit. Hiks... ;P


:: A.R.E.L.E.E.Z.A.F.F.E.N.D.Y ::



Sunday, April 26, 2020

HENING, U OLS..!

Sahur 1 Romadon...

Ye, tau... Dah 3 Romadon. 

Slow sikit Sis update entry. Maklumlah... semenjak 2 menjak #MovementControlOrder ni, busy betul Sis dengan urusan rumah tangga. 

Kemas rumah
Prepare bahan2 nak masak.
Lipat kain

Eceh, macam rajin betul bunyiknya di situ! He3...

~ Jadik, di sebalik kesibukan tu, dapatlah jugak Sis siapkan menu simple ni untuk sahur.

Dihidangkan bersama nasik putih & leftover sup daging. Alhamdulillah...

Kami masih mengekalkan konsep sahur seperti tahun2 sebelumnya. Less is more. Yang mampu bukakkan selera di waktu hening subuh. 

Isk... taip perkataan 'hening', terus je terbayang & terngiang2kan lagu raya, u ols..! Hu3...


:: A.R.E.L.E.E.Z.A.F.F.E.N.D.Y ::


Wednesday, May 8, 2019

PADU!

~ Menu sahur 3 Romadhon adalah leftover yang ditapau dari rumah Mother.

Bubuh dalam tray yang dah siap2 disapu butter, sumbat dalam oven sekejap. Sekadar untuk reheat. 

Nasik putih, ayam golek 3D & Tamar Milk by Origina yang tak pernah dilupakan. Eceh! 

Satgi sambungan #Imaan, you ols..! Rekod siap2 tau! Tak pun On Demand kan aje... Lepas tarawikh, buleh tatap #KandaRemyIshak sambil minum Tamar Milk by Origina. Perrgghhh! Padu! Heh3...


:: A.R.E.L.E.E.Z.A.F.F.E.N.D.Y ::



'ROH' MEMASAK

2 Romadhon...

Haaa... kali ni, roh memasak dah sampai. Menyerap masuk, helokkk... je. Ha3...

Masak subuh2 pulak tuh! Takde nak reheat2 derrr... Memang masak secara langsung. Kau mampu..??! Wah, berlagak betul statement ini! Ha3...

~ Tapi, yang super simple je la...

Nasik putih
Sambal udang
Ikan masin goreng
Tamar Milk by Origina (Terus terbayang #KandaRemyIshak, you ols..! Ahaks...)

Nak masak pun kena tunggu roh memasak bagai... Ko dah kenapa, 'Senah'?! ;P


:: A.R.E.L.E.E.Z.A.F.F.E.N.D.Y ::



Tuesday, May 7, 2019

LAUK-PAUK 'IMPORTED'

~ Sahur 1 Romadhon.

Lauk-pauk semuanya 'imported'. Mother kasik Ayam Sirsau Cili Padi & Ayam Kampung Sirsau. My MIL tapaukan Rendang Ayam. Kojo sonang... Ha3... ;P

Tamak Milk by Origina tu acara wajib. Dengan harapan, mampu #StayVibrant sampai iftar. #Halahhh3..!!! ;D

Dah. Tu je nak cerita. Bulan Romadhon ni, entry pendek2 je. Tak larat taip sebab jari-jemari semakin mengkurus. Ha3...

Selamat berpuasa... 


:: A.R.E.L.E.E.Z.A.F.F.E.N.D.Y ::



Monday, June 19, 2017

ACI JUGAK KAN?!

Awal betul Mother bangun. Pukul 4.30 pagi, aku baru terkulat2 kat tepi katil, Mother dah siap goreng ikan. Tinggal nak masak telur hancur asam jawa je katanya...

Mahapkan anakanda, Mother... Anakanda tak mampu menangkis godaan tido. Sob3... 

Tapi, nasik aku dah masak awal2. Ikan pun dah bersiang. Kira aci jugak la tu kan?! Ahaks...

~ Nasik putih + Baby Gerut2 Goreng Garing + Telur Hancur Asam Jawa + Cili Kicap

Simple. Tapi, best in the world..! ;D

Terima kasih, Mother terchenta... ;)


:: A.R.E.L.E.E.Z.A.F.F.E.N.D.Y ::



Monday, May 29, 2017

SAHUR 3 ROMADHON... 2017

My MIL tapaukan Sup Tulang. So, tugas ah kak cuma buat cili kicap & masak Ikan Bilis Goreng Cili Padi.

Wake up call daripada Mother masih diteruskan. He3...

Tapi, normally aku akan call back Mother pukul 5.00 pagi. Sebab Mother pun pandai tertido jugak sementara me-reheat nasik. Sejenis konsep anak-beranak yang bekerjasama la kiranya kitorang ni... Ha3...

~ Nasik putih + leftover Sup Tulang + Ikan Bilis Goreng Cili Padi + Cili Kicap + Susu Kambing Dates - Cocoa Khalish + air suam

Kami berdua masih berselera time sahur. Hwaiting!


:: A.R.E.L.E.E.Z.A.F.F.E.N.D.Y ::



SAHUR 2 ROMADHON... 2017

Wake up call daripada Mother tetap on! Heh3...

Panaskan kuali, buat telur dadar. Sap2 soi... siap!

Reheat leftover Tomyam Ayam. Sap2 soi jugak... siap!

~ Maka terjadiklah gabungan menu seperti di atas. Dihidangkan bersama Air Sarsi Suam & air masak.

Alhamdulillah... Kenyang perut suami isteri tersebut... ;)


:: A.R.E.L.E.E.Z.A.F.F.E.N.D.Y ::



Tuesday, June 7, 2016

2 PINGGAN ITU ADALAH PASTI

Ramadan kembali...

Alhamdulillah... Allah bagi kesempatan & peluang untuk berpuasa lagi... Syukur. ;)

Gigih set alarm, doa berbakul2 sebelum tido mintak terjaga pukul 4.30 pagi sebab nak prepare menu bersahur & ikhtiar paling wajib, WhatsApp Mother suh kejut bangun sahur. He3...

Awal2 Romadhon, selalunya takde masalah. Bersemangat waja sangat..! Senang je nak bangun sahur walaupun mata terkulat2 pandang jam sambil bermonolog...

"Bangun sekarang ke... lagik 5 minit?!"
"Lagik 5 minit ke... lagik 10 minit?!"

Ha3... #Dush3

Kesimpulannya, Mother buat wake up call pukul 4.20 pagi. Mulut kata, 'Ok2, Mother. Orang bangun dah ni.' Tapi, hati kata, 'Eh, belum 4.30 pagi! Kita kena punctual! Boleh tido lagik 10 minit ni...'

Kompom aku menangkan kata hati. Ha3... Hadoih!

Nasib baik terjaga pukul 4.40 pagi. Berdesup ke dapur, noks! Errr... sardin mana sardin? Ikan masin mana? Sirap... bla3... Ha3...

~ Pukul 5.05 pagi dah boleh makan nasik putih + sardin + ikan masin goreng + air sirap suam. 2 pinggan a.k.a 2 kali tambah untuk aku & Oppa adalah pasti. #OkBangga ;P

Annyeonghaseyo, Ya Ramadan..! 

Eh2! Ahlan wa sahlan, Ya Ramadan... ;)


:: A.R.E.L.E.E.Z.A.F.F.E.N.D.Y ::



Tuesday, July 15, 2014

SAHUR 8 RAMADAN... 2014

Seperti biasa, kalau kat rumah Mak, akulah 'Princess Elsa'. ;)

'Let it go... Let it go... Can't hold it back anymore... La3...'

Siap berkaroks! Ko mampu..?!! Ha3... Over tau! Mencik! ;P

Bangun2, tertonggeng2, cuci muka... tau2 menu dah terhidang di atas meja. Owh... terima kasih, Mak & Kakak kesayangan... Touching tau kita... Awwsss..! Ahaks...

Nasik putih dengan leftover lauk berbuka macam ikan termenung masak tumpi, ikan termenung goreng & kacang buncis tumis bersama udang kering. Ada 1 tambahan lauk which is telur dadar. Kalau setakat 2 pinggan, kompom selesailah! Heh3...

Pagi tu, dalam pukul 9, Kakak & family dah nak balik ke Kajang. Sekejap sangat masa berlalu & sekejap sangat masa untuk beronok2. Sehingga berjumpa lagik, di hari raya ini... Sob3...

Errr... tema peach, jangan lupa tau! Eh, tetiba... Ahaks...


:: Like3, ek! ::



Monday, July 14, 2014

SAHUR 7 RAMADAN... 2014

Asik makan nasik putih je. Macam boring pulak. Terasa macam nak bertukar selera.

My 'Jebat' cadangkan, masak nasik goreng bubuh udang kering. Ok, fine. Menarik jugak tuh. Plus, aku pun memang penggemar nasik goreng yang tegar! Kalau setakat sepinggan penuh tu, alahh haiii..! Celah usus ni je..! He3...

~ Nasik goreng udang kering + ikan masin goreng + air sirap suam. Perrgghhh..!!! Thorrbahekkk... wok..! 

Leftover ikan termenung goreng ada lagik. Tapi, aku tak amik pun... Kasik My 'Jebat' je habiskan.


:: Like3, ek! ::



Sunday, July 13, 2014

SAHUR 6 RAMADAN... 2014

Nasik dah siap masak belah malamnya. Tinggal 'keep warm' je. 

Lauknya pulak ayam goreng tepung yang ditapau lepas iftar kat rumah Mak Ngah. Tapau 3 ketul, cukuplah untuk we ols berdua. Tak masak lauk tambahan apa pun! Mata mengantuk sangat! Lagipun, My 'Jebat' ok jerrr... Dia mengantuk jugak kot..! Sebab makan pun dengan mata kuyu. He3...

Slow sikit momentum sahur subuh tu. Hmmm...


:: Like3, ek! ::



Tuesday, July 8, 2014

SAHUR 4 RAMADAN... 2014

Semuanya recycle kecuali nasik. Recycle maksudnya, reheatkan aje leftover berbuka. Kojo sonang! Jimat masa, jimat tenaga. ;)

Ada tambahan sikit je. Aku goreng telur mata untuk My 'Jebat'. Untuk aku pulak, aku buat telur hancur. Tuang kicap secukup rasa, kemudian pecah2kan cili padi. Dengan nasik putih panas2, memang kena sangatlah dengan tekak we ols. 

Mengaum kekenyangan lepas tu! Ha3...

Sila jangan tiru aksi mengaum tersebut di rumah ye, bapak2, ibuk2, anak2 sekalian..! Ganas sangat..! ;P


:: Like3, ek! ::



Saturday, July 5, 2014

SAHUR 3 RAMADAN... 2014

Pes untuk nasik goreng dah disiapkan awal2. Cili padi, bawang besar, bawang putih & belacan... semua kasik tumbuk 1 kali, simpan dalam fridge. Subuh tu, main campak2 je. Mamai2 pun still boleh memasak kalau bahan2nya dah siap cenggini.

~ Nasik goreng belacan + telur mata. 


Aku 2 pinggan, My 'Jebat' pun 2 pinggan. Hebak tak we ols..? Ha3...


:: Like3,ek! ::



Thursday, July 3, 2014

SAHUR 2 RAMADAN... 2014

Balik dari rumah mertua, we ols terus bersilat kat dapur. Buat preparation untuk juadah sahur. My 'Jebat' tolong masak nasik, aku pulak potong2 bahan2 yang diperlukan untuk masak subuh tu kang. Senang & jimat masa. Tinggal campak-mencampak je.

Begitulah hidup berumahtangga... Tolong-menolong tu perlu untuk ringankan beban & kurangkan stress. Kalau semua kerja / tugas letak kat bahu 1 pihak je, kesianlah pihak tersebut... 'Ini tidak adil... tidak adil... bagiku... La3...' kata Yunalis Zarai... ;P

~ Hasilnya = nasik putih + sardin + ikan masin goreng. Perrgghhh..!!! Kalau setakat 2 pinggan, aci pejam mata je... selesai! Ha3...

Menu simple macam ni lebih membuka selera we ols time sahur. You ols... bagaimana? Eceh! ;P


:: Like3, ek! ::



Monday, June 30, 2014

SAHUR 1 RAMADAN... 2014

'Dari jauhhh... ku berlari... Mengejar mimpi2... La3...'

Hah! Toksah nak bayangkan lebih2 sangat la... scene2 sweetness overloaded #jebatfoo & #hannahmastura, ek! Bulan Romadhon. Kurang pahala puasa ko karang. Ha3...

Itu sebenarnya ringtone handphone ah kak yang berdering subuh tadi. Mak buat wake up call sebab Mak sedia maklum, tanpa wake up call, kebarangkalian anak bertuah dia ni termiss sahur adalah tinggi! Hu3...

Terima kasih, 'Mak Cik Sari'..! Eh, Mak! ;D

Menu sahur yang dirancang adalah nasik putih, ikan termenung goreng & cicah cili kicap. Tapi, perancangan hanya tinggal perancangan. Ke laut habis! Sebab tuan tanah kedaung mengantuk tahap gaban! Berchenta betul nak bukak mata! & akhirnya, menu sahur bertukar ke nasik putih, telur mata & cicah cili kicap. Pekena pulak dengan air teh yang My 'Jebat' bancuh. Perrgghhh..!!! 2 pinggan nasik jalan..! Ko nak puasa ke nak mentekedarah... ntah... ah kak pun konpius! Ha3... Hadoih!

Sangat bersyukur sebab masih diberikan peluang & kesempatan untuk 'bertemu' dengan Ramadan 2014... Alhamdulillah...


:: Like3, ek! ::



Friday, August 2, 2013

SAHUR 17 RAMADAN 2013

Takde lauk leftover langsung! Sebabnya... kan juadah berbuka tu semuanya ditapau. 'Sold out' pulak tuh!

So, time sahur kena pikir inisiatif lain. ;P

Walaupun berbuka tapau kat PARAM tapi, malam tu aku dah siap2 masak nasik. Apa2 hal pun nasik kena hado..! Lauk asal boleh je pun takpe. Nasik dah kira kategori wajib! Takde nasik, mau ada yang meraung kang! Ha3...

Potong2 bawang sikit, cili padi sikit. Goreng ikan bilis, angkat & toskan kejap. Tumis bawang & cili padi, pecahkan telur, kacau3... tabur balik ikan bilis goreng tadi. Last sekali baru bubuh nasik. 

'Hoi, nasik goreng... Hoi, sungguh lazat... Sungguh sedap... La3...' katanya... ;P


:: Like3, ek! ::



Thursday, August 1, 2013

SAHUR 16 RAMADAN 2013

Mak buat ikan bilis kicap. Siap dengan teh o panas lagik..! Aku pulak gigih goreng telur mata. 

Nasik yang direheat masih berkepul2 asapnya di udara. Bila diadunkan sekali dengan lauk2 yang simple tuh... perrgghhh... terbahek dari ladang kot..! He3...

Lauk leftover ada je. Tapi, tak pandang sangat dah. Ikan bilis dengan telur mata tu lagik chantek, tertarik, menarik, komemangthebomb! ;P

Kenyang, sehhh..! Sekian... ;)


:: Like3, ek! ::



SAHUR 15 RAMADAN 2013

Nasik putih + ikan goreng sos palembang + ikan bilis cili padi. 

Semua kasik reheat.

Selalunya sahur berdua je. Kali ni ada Mak. Meriah sikit. ;)

Dah. Tu je nak cerita. 

Adios!


:: Like3, ek! ::



i SeRvE nUfFnAnG aDs

GO SEARCH BY GOOGLE SEARCH ENGINE

Google