SiNgGaH Lg, Ek! ;)

Showing posts with label ROTI JOHN. Show all posts
Showing posts with label ROTI JOHN. Show all posts

Friday, July 12, 2013

IFTAR 1 RAMADAN 2013

Ramadan kali ni, aku berazam nak lebihkan memasak dari membeli-belah kat PARAM. Tapi, azam ni boleh berubah. Ikut mood. Boleh gitu..! Ha3...

Sekarang, angin rajin masih kental! Berasap jugak la dapur tu... 

~ Kuih buah melaka. Terima kasih Kak Ja. Buat susah2 je... Ececeh..! 

~ Roti John. Tapau PARAM. Eh, PARAM jugak..??! Tettt......!!! ;P

~ Gulai lemak keladi. My MIL kasik.

Semua di atas adalah rejeki 1 Ramadan. Disumbangkan oleh opismate, ibu mertuaku & PARAM. Alhamdulillah... ;)

~ Petola tumis air. Aku masak ni je pun... Aci la jugak kan? Heh3...

Nasik putih + petola tumis air + ikan termenung goreng = menu utama. 

Sekian, melaporkan...


:: Like3, ek! ::



Wednesday, August 10, 2011

MENU BERBUKA PUASA 5 RAMADHAN 2011

Morning, you ols..! ;) Amacam pagi nie? Ada segar-bugar? Ke dah ke laut moodnya? Tak pun dah pikir2 nak makan apa la time berbuka nanti?! Hiks...

Relax2... Ada lebih kureng 11 jam lagik nak ke waktu berbuka. Tak perlu rush2 nak memikirkan ye, bapak2 ibuk2... Ecewah! Pandai nak tarbiah orang! Diri sendirik pun dah pikir macam2 makanan nih! Ha3...

Hokay! Let's go straight to the point, bebeh! ;P Update menu berbuka puasa untuk 5 Ramadhan plak.

~ Ada daging masak kicap & rendang kerang. Dua2 pun tapau dari PARAM. Beli kat stall yang sama. Daging masak kicap tu sodap! Tapi, rendang kerang tu dah basi la. Isk3... Camne la diorang meniaga nih? Haish!

~ Roti John & kuih-muih. Pun PARAM mari jugak.

~ Ikan tembakang masak lemak. My 'sayang' punya tekak la nie. Aku tak cuit sket pun!

Ada yang takde dalam gambar. Contohnya macam mee goreng basah & char kueteow Penang. Tak kose dah nak snap2. Flat tahap gaban! Hu3...

Eh! Setakat nie kan, juadah apa yang paling best + marvellous yang korang beli kat PARAM? Share la sket...


:: Like tak? Like tak? Like la... Mekacih... ::



Friday, January 15, 2010

RoTi JoHn MiNi

Kitorang kan masih baru lagik kat taman perumahan nie. So, tak berape tau la katne ade jual kuih-muih untuk minum petang. 1 hari tu, pas balik keje, kitorang explorace a.k.a tawaf la 1 taman nih semata2 nak carik stall2 yang jual kuih-muih.

Jumpe 1 jer. Bebudak bujang yang jual. Tapi, specialty diorang adalah roti john mini. Cam kuih-muih lak, ade la dalam 2-3 jenis. Laksa pon ado gak. We ols beli roti john mini 2 & laksa sebungkus. Bapak la banyak laksa tersebut. Rupe & kuantiti memang dah kebabom! Kuah lak quite pekat la... tak cair cam selalu orang jual tuh. Bile dah tuang abis kat laksa, memang cunlah kan... Tapi, rase ade fail sketlah! Tawar. Aku rase cam nak gi jumpe orang yang wat laksa tuh, nak suh beliau masin + masamkan sket kuah laksa tuh. Baru la ade umpphhh..! Owhhh... poyos lak aku. He3...


~ Roti john mini nie not bad la... Sesuwai la kat tekak aku...

Ais kacang pon diorang jual gak. Bagus betul bebudak nih! Dari melepak tak tentu hala, lebih baik berniaga kan... Kecil2-an pon takpe. Janji... masyukkk...! Syabas aku ucapkan wat diorang2 tuh!


::. TrULy, MaDLy, DeEpLy .::

i SeRvE nUfFnAnG aDs

GO SEARCH BY GOOGLE SEARCH ENGINE

Google