SiNgGaH Lg, Ek! ;)

Showing posts with label FILEM SERAM. Show all posts
Showing posts with label FILEM SERAM. Show all posts

Monday, May 23, 2011

ENDING BHOOTHNATH

Lieyda tanya aku kat comment box, apa ending citer Bhoothnath yang aku tengok masa hari Sabtu tuh?! Owh... bagi menjawab persoklan Lieyda tuh, meh ah kak nak jadik penglipur lara jap. Hiks...

Aku story-mory-morning-glory dari awal la, ek? Sebab tak plak Lieyda bagitau dari mana yang dia dah tengok & belum tengok?!

Sinopsis merangkap jalan citer Bhoothnath:-

~ Ada 1 family yang anggota keluarganya adalah Shah Rukh Khan (daddy), Juhi Chawla (mama) & Banku (anak lelaki) telah membeli 1 umah agam besor. Takde sape yang berani dok kat umah tu sebab dikatakan berhantu. Sume penghuninya asik kena kaco ngan hantu Bhoothnath.

 Sampai la family Shah Rukh Khan (SRK) nie dok situ. SRK nie navy & kena out station. So, tinggal la Juhi ngan Banku jer kat umah tuh. 1 malam, Banku terjaga sebab nampak 1 lambang kat dinding yang bergerak2. Banku follow mende alah tu sampai la ke peti sejuk. Banku bukak peti sejuk then, nampak eskrem. Bebudak kan... kalau nampak eskrem, harus la gediks nak makan! Banku amik 1 mangkuk eskrem & makan.

Tetiba, Banku nampak ada 1 lelaki kat 1 sudut ruang tamu tengah berdiri tengok dia. Banku terkejut lalu, mangkuk eskrem tu terjatuh! Kelentang..!!! (Sound effect mangkuk aluminium jatuh. Ha3...) Banku menjerit panggil mama dia. Juhi bergegas turun & tanya kat Banku apsal menjerit?! Banku citer la yang dia tengah makan eskrem, tetiba nampak lelaki. Juhi anggap Banku mengigau sebab tak nampak pun mangkuk eskrem tuh & suh Banku tido.

Tapi, Banku tak puas hati! Dia turun balik carik mangkuk tu then, jumpa. Bukan jumpa mangkuk jer tapi, ngan lelaki tadi pun jumpa jugak. Lelaki tu = hantu = Bhoothnath, actually. Tapi, Banku langsung tak takut ngan Bhoothnath sebab dia rasa tu bukan hantu tapi, malaikat. Start dari situ Banku & Bhoothnath berkawan baik.

Sampai la 1 hari tu, ada orang nak beli umah tuh. Dan2 tu, angin bertiup kencang! Macam nak ribut jer kekdahnya... Orang2 yang nak beli tu tak jadik beli! Terus lari sebab takut. Banku bagitau Juhi yang tu sume keje Bhoothnath. Juhi tak pecaya sampaila Bhoothnath zahirkan jasad dia & citerkan kesah dia yang sedih tu...

Dolu, Bhoothnath tinggal kat situ together2 dengan wife & anak dia, Vijay Nath. 1 hari Vijay Nath nak ke Amerika sebab keje. Tapi, dia terus bermastautin kat sana & macam dah takmo balik jenguk parents dia dah. Busy memanjang..! Nak calling2 pun jauh sekali! Sampai la mak dia matik dalam keadaan mewindui si Vijay Nath. 

Bhoothnath tak buleh mahapkan Vijay Nath. Tambah2 plak, Vijay Nath nak jual umah yang Bhoothnath dok tuh. Bhoothnath berkeras takmo jual! Dengan pengaruh isteri, Vijay Nath tinggalkan Bhoothnath. Bhoothnath merayu untuk kasik cucu dia (anak Vijay Nath) tinggal ngan dia. Tapi, Vijay Nath takmo kasik. Bhoothnath cuba kejor diorang sampai jatuh terjelepuk, kepala kena bucu tangga. Bhoothnath matik dalam keadaan tak rela. That's why roh dia still berkeliaran & tak mencapai nirwana (kepercayaan Hindu). 

~ Juhi citerkan kesah sedih tu kat SRK. SRK amik inisiatif untuk buat semayang roh. Pada hari yang sama, Vijay Nath datang ke umah tu atas jemputan SRK yang nak buat semayang roh untuk Bhoothnath. & akhirnya, Bhoothnath mencapai nirwana...

Begitula kesahnya... Panjang betul! Berlengas jari-jemari ah kak nak mengabiskan citer nie tau! ;P 

Harap2, Lieyda berpuas hati dengan sinopsis nie... ;) Eh, korang tengok tak citer nie Sabtu lepas? Kat TV2, start pukul 12.30 p.m.


*Credit to: torrentbutler & glamsham

Saturday, May 21, 2011

BILA AMITABH BACHAN JADIK HANTU...

Baru lepas memasak. Wah! Bunyik seperti rajin sangat la plak kan... Ha3...

Menu untuk lauk hari nie berasaskan ayam. Masak apa? Owh... tak buleh la bagitau skang. Kasik suspen... Kasik suspen... Ahaks3...

~ Mengemas pun sudah, memasak pun sudah. Baru la heaven nak layan citer hindustan! Ecewah! ;P Citer hantu wooo... Bhoothnath tajuk dia.

~ Starring: Shah Rukh Khan, Juhi Chawla, Amitabh Bachan ngan sorang budak kecik ntah tak tau nama dia apa?!
Aku tengok iklan dia tengahari tadi. Macam seram. So, gigih la nak tengok. Elok2 siap masak, citer Bhoothnath nie pun start. Rasa ngeri2 jugak nak tengok sebab kot2 la seram melampau kan... 

Tapi, tak pun... Citer hantu lawak. Amitabh Bachan lak tuh yang jadik hantu! Cer bayangkan... Cer bayangkan... Ha3... 

Kesah family Shah Rukh Khan yang mana wifeynya adalah Juhi Chawla & ada sorang anak lelaki nama dia Banku (dalam citer tu). Diorang pindah ke 1 umah agam besor tapi, berhantu. Nama hantu tu Nath. Bhooth = hantu dalam bahasa hindustan. Rumah besor tu dolu Bhoothnath yang punya. 

Ramai dah yang tak jadik dok situ sebab kena kaco ngan hantu tuh. Banku nie buleh nampak Bhoothnath. Bukan Bhoothnath yang menakutkan Banku tapi, Banku yang membuli Bhoothnath. Sampai Bhoothnath jatuh sayang kat Banku.

Tak tau la endingnya camne?! Tengah follow la nih! Heh3...


*Credit to: bindassbuzz & bbc

Tuesday, May 10, 2011

HANTU KAK LIMAH BALIK RUMAH

Malam tadi, aku layan citer Juvana. Tapi, macam tak best la plak. So, tengok secara suam2 kuku jer. Tak focus sangat la...

My 'sayang' pun dah naik boring jugak. Channel lain pun takde citer best. My 'sayang' pun pasang la DVD yang beliau baru beli. Filem Shooter. Nampak macam ganas! Pasal penembak yang asik la nak menembak orang jer kejenya. Sket2 nak tembak... Kang 5 minit kemudian nak tembak lagik. Merunsing ah kak, hokay..! Jalan citer giler lembab! Harap bunyik senapang jer pang3!!! Wah! Dasat sound effect senapang ah kak kan? Ha3...

Ada la dalam 15 minit layan citer tuh. Lepas tu, aku suh my 'sayang' tukar DVD lain. Layan Hantu Kak Limah Balik Rumah lagik bagus kot. He3...






















~ Aku tak penah tengok lagik citer nie, hokay..! So, macam berkobar2 la sket nak tengok kan... Ketinggalan zaman betullah! Heh3...

Bese2 jer pun citernya... Takde la tip top sangat pun... Ingatkan buleh la gelak2 macam David Teoh kata, 'Anda pasti tergelak sampai pecah bumbung!' Hmmm... Aku gelak sket2 jer... Aku lebih sker karakter dalam filem tu dari keseluruhan jalan citer.






















~ Tapi, masa Kak Limah yang berwajah scary muncul, ngeri2 jugak. Seram2 jugak bulu tengkuk kan... Cer bayangkan kalau jiran korang berpenampilan macam Kak Limah nih. Hah! Apa korang nak buat? Ngeeeeeeeee................!!!

*Credit to: hantukaklimah & edtv-zahidizakariya

Thursday, April 14, 2011

PENUNGGU ISTANA

SEPERTI cendawan tumbuh selepas hujan, setiap minggu para peminat filem Melayu dihidangkan dengan produksi tempatan di pawagam.

Kini, giliran Grand Brilliance Sdn. Bhd. dan Primeworks Studios yang sememangnya telah diakui kehebatan dalam menghasilkan filem-filem pecah panggung dengan membawakan satu kejutan menerusi filem terbaru berjudul, Penunggu Istana.

Naskhah ini bukanlah sebarangan filem. Amaran awal patut dilaungkan kepada masyarakat Malaysia khususnya peminat filem Melayu bergenre seram.

Jika selama ini mereka menonton filem-filem seram yang pada andaian mereka cuma sebuah cerita, maka mereka perlu berfikir lima kali sebelum mengambil keputusan untuk menonton filem ini.

Buat pertama kalinya, penonton filem di Malaysia akan disajikan dengan filem berbentuk dokumentari realiti seram bergenrekan paranormal!

Ini bermakna cerita yang terkandung di dalam filem ini bukanlah sebuah cerita kosong, tetapi ia adalah sebuah pendedahan secara realiti terhadap aktiviti paranormal di sebuah tempat yang dipercayai sangat berpuaka iaitu sebuah rumah yang telah ditinggalkan lebih 100 tahun di Perak dan dikenali sebagai Istana Billah.

Mengulas mengenai Penunggu Istana, kata Pengurus Besar Filem & Drama Primeworks Studios selaku penerbit eksekutif filem ini, Tengku Iesta Tengku Alaudin berkata: “Filem ini adalah sebuah dokumentari yang mana ia mengandungi rangkuman rakaman video yang berjaya dirakamkan oleh lima pelajar yang membuat kajian aktiviti paranormal di tempat yang dipercayai berpuaka.”

“Siasatan mereka telah dibantu oleh kumpulan Seekers, yang sememangnya sinonim dengan kegiatan aktiviti paranormal di Malaysia.”

Tambahnya: “Niat kami adalah untuk mendedahkan penemuan mereka ini kepada umum melalui filem. Ini adalah satu bentuk pembaharuan yang cuba kami serapkan dalam era filem bergenre seram.

Kami yakin ini dapat mempertingkatkan lagi kualiti filem bergenre seram di Malaysia.

“Jadi, tiada maknanya mengatakan kami cuba meniru filem luar, sebaliknya apa yang dihasilkan ini adalah rentetan kisah benar yang ingin kami kongsikan pada masyarakat di luar sana.”

Menurutnya lagi: “Rumah tinggalan yang digelar Istana Billah ini juga mempunyai banyak kisah seram yang diceritakan menerusi perbualan mulut penduduk setempat.

“Tambahan pula, produksi drama Warkah Terakhir yang pernah menjalani penggambaran di sana mengalami pengalaman yang mengerikan.

“Ini menunjukkan tempat tersebut benar-benar mempunyai kisah misterinya dan penonton dapat menyaksikan kesahihannya melalui filem dokumentari ini.”

Plot Penunggu Istana merupakan cantuman daripada pita rakaman terakhir lima pelajar iaitu Sara Ali, Nadzirah Ahmad Nadzri, Nor Zafirah Abd. Rahim, Mustaqim Mohamed Zaki dan Amar Asyraf yang membuat kajian aktiviti paranormal di sebuah rumah tinggalan lama, Istana Billah.

Secara naratifnya, Penunggu Istana dipersembahkan sebagai sebuah dokumentari berdasarkan jurnal video yang diperolehi mereka sendiri.

Cantuman footage tersebut itu seterusnya difilemkan sepanjang 15 hari mereka di Istana Billah sebagai usaha mencari jawapan terhadap kejadian mengerikan yang menimpa kumpulan pelajar berkenaan.

Penemuan inilah merupakan satu kejutan untuk tatapan semua peminat filem tempatan.

Ia bukan seperti filem-filem seram terdahulu yang menampakkan kesemua bentuk fizikal makhlus halus dan membuatkan anda berasa seram cuma di dalam panggung sahaja.

Paparan visual yang dipamerkan melalui filem Penunggu Istana adalah daripada rakaman video yang diambil oleh kelima-lima pelajar tadi.

Mungkin ada sesetengah visual bakal mengejutkan penonton sehingga tiba-tiba meremang bulu roma dan membuatkan degupan jantung lebih laju dari biasa, walaupun ia tidak menunjukkan sepenuhnya bentuk fizikal entiti halus yang menghuni di rumah tinggalan tersebut.

Buat pertama kalinya filem realiti seram bergenre paranormal bakal menemui rakyat Malaysia pada 21 April ini.

Buat pertama kali ini jugalah, anda bakal merasa apa itu sebenarnya yang dikatakan sebagai satu 'kejutan'!


~ Istana Billah... lokasi shooting filem Penunggu Istana yang banyak menyimpan kesah misteri nusantara...

*Sumber: kosmo

Filem nie mungkin akan jadik filem yang giler seram di abad ini. Aku pun akan pikir lapanploh kali antara nak terjah panggung wayang/tak untuk tonton filem nie. Alangkan tengok Mantera Anjasmoro pun aku gigih suh my 'sayang' teman nak gi kencing. Ngeeeeee....!!!

Dasat betul orang zaman skang! Kalau dolu, kita cukup ngeri nak dengor apatah lagik menatap wajah spesis2 hantu nih. Tapi, skang hantu/jin/kuntilanak sume pun diorang jadikkan 'pelakon filem'. Pelik kan?

Saturday, January 15, 2011

KHURAFAT

Seperti yang dijanjikan, aku nak review filem Khurafat yang baru jer aku tengok petang tadi ngan my 'sayang'. So far, Khurafat memang seram la bagi aku. Kalau tak, takkan bila tiba scene malam hari aku asik pejam2 mata kan...

Instead of plot2nya yang seram, sound effect/system pun memang dasat! Buleh gugur jantung dibuatnya! Macam takmo pakai spec pun ado sebab kalau tak pakai spec, maka kaburlah pemandangan aku kan... So, takde la nampak hantu2 yang dasat tuh! Hu3...


~ Dalam poster, nampak hantu sket jer. Tapi, kat dalam filem, hantu muncul banyak kali, hokay..! Muncul secara tetiba lak tuh! Aku nak makan Cheezel pun tak senang! Hadoiiyaiii..!

Sinopsis versi aku:

Kesah sepasang hubby-wifey yang kena ganggu dengan makhluk halus. At the same time, ex-galfren si hubby tu dok kacau hubungan diorang sebab dia tak puas hati kene tinggal ngan boyfren dia. Jiwa dia kacau sampai la dia mati. Memang kena tengok sampai abis la baru tau sapa yang khurafat antara diorang sume tuh.

Ke... nak aku bagitau? Heh3...


*Rating: 4/5

HARI DATING

Aku isytiharkan hari ni as hari mendating untuk aku & my 'sayang'. Kalau korang nak join mendeclare hari mendating ni pun buleh. Tapi, korang mendating kat sinun jauh2, aku plak mendating kat sini. Takmo kaco daun! Ha3... Larikksss...!!!

Hokay! Kita start dengan aktiviti paling 1st untuk hari ni. Memula, musti la bangun tido kan... Kalau tak bangun, camne lak nak beraktiviti bagai kan... Heh3... Tak la... gurau jer... Takkan sume pun aku nak consider as aktiviti. Bangun tido, mandi, blogging, etc.2... Over la tu kan... ;P Hmmm... kita start dengan brunch. Memandangkan aku & my 'sayang' tak breakfast (bese la kan... hari2 coti... musti MEN to the TI to the DO maaa... He3...) makanya, we ols decided untuk brunch jer. Menu adalah nasik kandar Padang Speedy kat Medan Selera MPTI. Marvellous, noks..! ;D

Lepas makan, barulah energetic! Kalau tak, lemah-longlai jer ah kak mase on the way nak makan nasik kandar tuh. My 'sayang' cakap sorang2 jer sebab bini dia dah tak lalu nak bukak mulut! Ha3... Dasat betul! ;P

Then, we ols menyopping lak. Apa lagik?! Mari mempau my 'sayang' lah! Ho3!!! Rembat slack & lingerie. Sempat gaklah mengusha handbag. Santek2, noks..! Ada less lak tuh! Juling2 jer bijik mata ah kak mengushanya! Haish! Control2... Tunggu next payment, baru lah buleh re-pau my 'sayang'. Errr... ada ke word 're-pau', ek? Ha3...

Lepas tu, my 'sayang' ajak ke Big Cinemas, nak jenguk2 movie apa yang tengah on showing. Ada Season of the Witch ngan Khurafat. Selepas proses 'pilihanraya', akhirnya majoriti pilih untuk tengok Khurafat. So, beli tiket. Tengok jam, dah pukul 1.40 p.m. Hokay! Kita singgah masjid dolu, performing Zohor. Plus, tayangan Khurafat adalah pukul 2.15 p.m.

Pasal Khurafat, malam kang la aku review, ek? Tak kesah la korang dah tengok ke belum?! Aku nak review jugak! ;P

Jap lagik, aku nak keluar lagik kot sebab my 'sayang' nak beli ubat sakit gigi. Suh cabut jer gigi tuh, tak nak! Degil betullah! Haish!

i SeRvE nUfFnAnG aDs

GO SEARCH BY GOOGLE SEARCH ENGINE

Google