SiNgGaH Lg, Ek! ;)

Showing posts with label SHAH RUKH KHAN. Show all posts
Showing posts with label SHAH RUKH KHAN. Show all posts

Friday, October 28, 2011

IIFA AWARDS

Malam tadi, gigih tengok International Indian Film Academy (IIFA) Awards. Sempena Deepavali kan... stesyen tv pun berlumba2 tayang cerita Tamil ngan Hindustan, temasuk la IIFA Awards nih.

Memula, macam malas nak layan tv. Sebab konon2 nak concerntrate kat blog ah kak yang macam terbiar beberapa hari nie kan... Tapi, bila nampak Shah Rukh Khan (SRK), terus tak kasik my 'sayang' tukar channel. Peminat SRK kata ko! Ngeh3...

Grand jugak India organize majlis anugerah, ek? Siap buat kat Toronto lagik tuh! Even Hillary Swank ngan sorang lagik pelakon lelaki kulit hitam pun ado gak memeriahkan majlis. Dasat!

Best la tengok SRK, Bipasha Basu, Priyanka Chopra & many more bergelek sakan...

"Say shava2... Say shava2..."

Perrgghhh!!! Terasa seperti nak bergelek jugak kat rumah! Ha3... Over tak? 

Harussssssssssss..............!!! ;P


:: Like3, ek! ::

Monday, May 23, 2011

ENDING BHOOTHNATH

Lieyda tanya aku kat comment box, apa ending citer Bhoothnath yang aku tengok masa hari Sabtu tuh?! Owh... bagi menjawab persoklan Lieyda tuh, meh ah kak nak jadik penglipur lara jap. Hiks...

Aku story-mory-morning-glory dari awal la, ek? Sebab tak plak Lieyda bagitau dari mana yang dia dah tengok & belum tengok?!

Sinopsis merangkap jalan citer Bhoothnath:-

~ Ada 1 family yang anggota keluarganya adalah Shah Rukh Khan (daddy), Juhi Chawla (mama) & Banku (anak lelaki) telah membeli 1 umah agam besor. Takde sape yang berani dok kat umah tu sebab dikatakan berhantu. Sume penghuninya asik kena kaco ngan hantu Bhoothnath.

 Sampai la family Shah Rukh Khan (SRK) nie dok situ. SRK nie navy & kena out station. So, tinggal la Juhi ngan Banku jer kat umah tuh. 1 malam, Banku terjaga sebab nampak 1 lambang kat dinding yang bergerak2. Banku follow mende alah tu sampai la ke peti sejuk. Banku bukak peti sejuk then, nampak eskrem. Bebudak kan... kalau nampak eskrem, harus la gediks nak makan! Banku amik 1 mangkuk eskrem & makan.

Tetiba, Banku nampak ada 1 lelaki kat 1 sudut ruang tamu tengah berdiri tengok dia. Banku terkejut lalu, mangkuk eskrem tu terjatuh! Kelentang..!!! (Sound effect mangkuk aluminium jatuh. Ha3...) Banku menjerit panggil mama dia. Juhi bergegas turun & tanya kat Banku apsal menjerit?! Banku citer la yang dia tengah makan eskrem, tetiba nampak lelaki. Juhi anggap Banku mengigau sebab tak nampak pun mangkuk eskrem tuh & suh Banku tido.

Tapi, Banku tak puas hati! Dia turun balik carik mangkuk tu then, jumpa. Bukan jumpa mangkuk jer tapi, ngan lelaki tadi pun jumpa jugak. Lelaki tu = hantu = Bhoothnath, actually. Tapi, Banku langsung tak takut ngan Bhoothnath sebab dia rasa tu bukan hantu tapi, malaikat. Start dari situ Banku & Bhoothnath berkawan baik.

Sampai la 1 hari tu, ada orang nak beli umah tuh. Dan2 tu, angin bertiup kencang! Macam nak ribut jer kekdahnya... Orang2 yang nak beli tu tak jadik beli! Terus lari sebab takut. Banku bagitau Juhi yang tu sume keje Bhoothnath. Juhi tak pecaya sampaila Bhoothnath zahirkan jasad dia & citerkan kesah dia yang sedih tu...

Dolu, Bhoothnath tinggal kat situ together2 dengan wife & anak dia, Vijay Nath. 1 hari Vijay Nath nak ke Amerika sebab keje. Tapi, dia terus bermastautin kat sana & macam dah takmo balik jenguk parents dia dah. Busy memanjang..! Nak calling2 pun jauh sekali! Sampai la mak dia matik dalam keadaan mewindui si Vijay Nath. 

Bhoothnath tak buleh mahapkan Vijay Nath. Tambah2 plak, Vijay Nath nak jual umah yang Bhoothnath dok tuh. Bhoothnath berkeras takmo jual! Dengan pengaruh isteri, Vijay Nath tinggalkan Bhoothnath. Bhoothnath merayu untuk kasik cucu dia (anak Vijay Nath) tinggal ngan dia. Tapi, Vijay Nath takmo kasik. Bhoothnath cuba kejor diorang sampai jatuh terjelepuk, kepala kena bucu tangga. Bhoothnath matik dalam keadaan tak rela. That's why roh dia still berkeliaran & tak mencapai nirwana (kepercayaan Hindu). 

~ Juhi citerkan kesah sedih tu kat SRK. SRK amik inisiatif untuk buat semayang roh. Pada hari yang sama, Vijay Nath datang ke umah tu atas jemputan SRK yang nak buat semayang roh untuk Bhoothnath. & akhirnya, Bhoothnath mencapai nirwana...

Begitula kesahnya... Panjang betul! Berlengas jari-jemari ah kak nak mengabiskan citer nie tau! ;P 

Harap2, Lieyda berpuas hati dengan sinopsis nie... ;) Eh, korang tengok tak citer nie Sabtu lepas? Kat TV2, start pukul 12.30 p.m.


*Credit to: torrentbutler & glamsham

Saturday, May 21, 2011

BILA AMITABH BACHAN JADIK HANTU...

Baru lepas memasak. Wah! Bunyik seperti rajin sangat la plak kan... Ha3...

Menu untuk lauk hari nie berasaskan ayam. Masak apa? Owh... tak buleh la bagitau skang. Kasik suspen... Kasik suspen... Ahaks3...

~ Mengemas pun sudah, memasak pun sudah. Baru la heaven nak layan citer hindustan! Ecewah! ;P Citer hantu wooo... Bhoothnath tajuk dia.

~ Starring: Shah Rukh Khan, Juhi Chawla, Amitabh Bachan ngan sorang budak kecik ntah tak tau nama dia apa?!
Aku tengok iklan dia tengahari tadi. Macam seram. So, gigih la nak tengok. Elok2 siap masak, citer Bhoothnath nie pun start. Rasa ngeri2 jugak nak tengok sebab kot2 la seram melampau kan... 

Tapi, tak pun... Citer hantu lawak. Amitabh Bachan lak tuh yang jadik hantu! Cer bayangkan... Cer bayangkan... Ha3... 

Kesah family Shah Rukh Khan yang mana wifeynya adalah Juhi Chawla & ada sorang anak lelaki nama dia Banku (dalam citer tu). Diorang pindah ke 1 umah agam besor tapi, berhantu. Nama hantu tu Nath. Bhooth = hantu dalam bahasa hindustan. Rumah besor tu dolu Bhoothnath yang punya. 

Ramai dah yang tak jadik dok situ sebab kena kaco ngan hantu tuh. Banku nie buleh nampak Bhoothnath. Bukan Bhoothnath yang menakutkan Banku tapi, Banku yang membuli Bhoothnath. Sampai Bhoothnath jatuh sayang kat Banku.

Tak tau la endingnya camne?! Tengah follow la nih! Heh3...


*Credit to: bindassbuzz & bbc

i SeRvE nUfFnAnG aDs

GO SEARCH BY GOOGLE SEARCH ENGINE

Google