Yang ke-13...
Nafisa memang manja dengan bunga manja. Malam tu, dia nak tido dengan bunga manja. Bunga manja layankan je...
"Haaa... tak tido lagi..! Aaa... comelnya teddy bear dia..! Mama baru beli ke? Tengok."
"Bukan la... Ni Pak Ngah yang kasik."
"Pak... Pak Ngah kasik teddy bear ni dekat Fisa?"
"Aah."
"Alaaa... Mak Ngah tak dapat pun... Mak Ngah nak jugak..."
"Tak boleh la... Ni Fisa punya..."
"Alaaa... Mak Ngah nak jugak... please..."
"Aaa... hmmm... tak boleh la... Mak Ngah kan dah dapat bunga daripada Pak Ngah."
"Pak Ngah kasik kat Mak Ngah bunga? *Jebat kasik aku bunga?* Ta... tapi kan Fisa... Mak Ngah tak dapat pun bunga tu. Fisa ambik jugak, eh?"
"Bukanlah! Petang tadi kan... Pak Ngah datang. Dia kasik bunga kat Fisa. Dia suruh bagi kat Mak Ngah. Tapi, Uncle Aryan dah ambik. Uncle Aryan kata, Mak Ngah tak suka bunga. Siapa suruh Mak Ngah tak suka bunga? Mana boleh ambik Bobo daripada Fisa..."
"Uncle Aryan cakap macam tu?..."
Haaa... kan dah kantoi..! Masak Aryan malam tu! Kompom kena maki dengan bunga manja. I is like lapanplohjuta kali..! Chaiyok2..! Fight for your right! Eceh! ;P
~ Credit to: ping |
Masalahnya, dah la renyuk2kan kad orang... buang bunga & hadiah orang kat dalam tong sampah... lepas tu, ada hati pulak nak lempang anak dara orang! Nasib baik bunga manja buat tamparan balas. Tamparan wanita... tajuk album dia... Amekaw! Awwsss..!!! Puas hati ah kak yang menonton jugak. Bravo bunga manja! Heh3...
Bunga manja korek tong sampah, cuci bersih2 bunga yang dah hidup segan mati tak mau tu sambil menangis teresak2. Dia sanggup abaikan keallergic-kan dia terhadap bunga semata2 kerana mamat kolam ikan. Dasar berkecuali katanya... Sampaikan Hannah perasan...
~ Credit to: youtube |
"... Kak Long... apa maksud dia, 3 kuntum bunga ni?"
"I love you."
"Hah? Abang Jebat 'I love you' Mas... hah? Sebelum ni, apa2 semua ni, dia... dia love Mas. Kira Mas bukan bertepuk sebelah tangan kan? Yes!..."
Angaunya bunga manja pada mamat kolam ikan, sama macam angaunya dia pada Uwais dulu2. Sampai habis bunga2 ros yang Mak Awa tanam kena petik dengan Uwais untuk dibagi pada Hannah. Membebel2 orang tua tuh! He3...
~ Credit to: Fanpage Bukan-Kerana-Aku-Tak-Cinta |
Mamat kolam ikan tak habis2 nak menyakat Makcik Sari. Sampai melatah2 orang tua tu tau! He3... Yang Makcik Sari pulak, tak habis2 la nak kenenkan mamat kolam ikan dengan Anis, anak pompuan tunggal merangkap anak bongsunya. Siap kasik chance Anis dengan mamat kolam ikan dating kat pondok. Bersuai kenal kengkononnya... Pening Anis! He3...
"... Anis marah dengan Makcik Sari ke? Ye la... Anis pun tau kan yang... dia nak jodohkan Anis dengan Abang."
"He3... Takde lah... Anis tak marah pun... Cuma Anis mintak maaf la kat Abang kalau Abang rasa Anis... memperkecilkan Abang. Takde... Anis takde, niat apa pun sebenarnya. Anis cuma tak sedia lagi nak kahwin dengan sesiapa pun."
"Buat apa Anis nak mintak maaf dengan Abang. Abang takde rasa apa2 pun. Lagipun, Abang sendiri tak pernah terpikir sampai ke tahap tu. Iye lah... Abang ni, nak jaga diri sendiri pun kadang2 miss jugak. Ni nak jaga anak orang. Rasa macam tak boleh je tu... "
Jeles betul bunga manja tengok keintiman mamat kolam ikan dengan Anis. Terkocoh2 dia datang dekat siap bawak sapu tangan buat lap hidung yang kena flu allergic munge. Jeles tahap dewa kot..! Hadoih!
"... Kalau tak sihat, takyah la datang."
"Owh... suka la ko kan... gatal kan... Duduk lama2 dengan boyfriend aku kat sini. Kata je bestfriend dunia akhirat, boyfriend aku pun ko nak rampas!... "
Kesian Anis, kena bahan. Ha3...
"... Ko main hujan kat mana ni? Selsema ni?"
"Heh3, duk sini! Duk sini! Dah tau Abang Jebat aku."
"Allah... ko ni pun! Haaa... dah! Puas hati?"
"Tak la... Mana ada aku main hujan. Kat sini kan dah lama dah tak hujan. Dekat seminggu kot."
"Hmmm... habis tu?"
"Sebenarnya, semalam kan... ada sorang mamat ni bagi aku bunga tau. Bunga ros pulak tu. Yang kelakarnya, siap guna posmen. Posmen tu dah la tak bertauliah. Tak cukup umur lagi, haaa..!"
*** Mengata aku la tu, haaa..! Sepatutnya, aku tak bagi bunga ros kat ko, ko tau tak?! Aku letak peluru berpandu je masa tu. Biar meletup ko! ***
~ Credit to: Fanpage Bukan-Kerana-Aku-Tak-Cinta |
Anis mintak diri, nak buat air katanya... Makin geram & jeles pulak bunga manja bila tengok mamat kolam ikan senyum & lambai2 tangan kat Anis siap ber-Abang2 kot..! Huh! Stress! Tapi, aku tak stress. Aku like lapanplohjuta kali sebab sweet sangat... Ha3...
"Gatal! Cakap apa tadi? Cakap apa? Apa? Gatal, eh!"
"Aduh! Duh2! Oppp6! Eiii..!!! Ko haaa.. Aduh2! Aduh! Aduh... Ko apa masalah ko ni? Suka2 hati ko je ko nak buat macam ni!"
"Eiii... Abang ni! Dengan Anis tu 'Abang2' apa semua. Dengan Mas, 'ko-aku... ko-aku' je kan...
"Yang ko nak jeles apa hal? Hey, kat dahi aku ni memang ada tertulis 'Mastura can use only' ke? Agak2 la ko nak sembang. Takde aku kacau ko pun... "
Habis mamat kolam ikan kena sekeh dengan bunga manja. Siap main pukul2 dengan sapu tangan lap hingus kat mamat kolam ikan. Jenuh mamat kolam ikan nak tepis2. Gila! Tapi, gila yang sumpah sangat sweet. He3...
:: Like3, ek! ::
2 comments:
Best pulak..baca entri akk ni
ummi hana,
terima kasihlah. sila la baca lg.. he3..
Post a Comment