SiNgGaH Lg, Ek! ;)

Saturday, June 14, 2014

PAHIT2 MANJA

Sememangnya dirancang! Sebab dah lama rasanya tak dating. Maksudnya, yang jauh2 sikit. Yang dekat2 tu, biasa sangat dah.

Sanggup amik cuti kerana dating. Kerja setel & anual leave pun dok ada lagi, tak berapa luak. Plus, dah apply awal2 via HRMIS & been approved. Rasanya, dah tak menyusahkan sesiapa la kot... Errr... tapi, kat ruangan 'Sebab Bercuti' tu takde la gediks mention 'Kerana urusan dating'. Over sangat tu..! He3...

~ #jebatmas. Ko mampu declare diri sendirik dengan gelaran cenggini..??! Ha3...

~ Nak show-off blouse baru tapi, terlebih show-off kat tudung lama pulak. Dengan alasan: Nak berlagak kat you ols. Ho3... Boleh terima tak?

Nak ke Ipoh, sebenornya. Temankan My 'Jebat'. Dia ada urusan kat Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM). Renew lesen kontraktor. We ols sampai tengahari. Ramai jugak yang still berurusan. Kaunter banyak, actually. Tapi, bilangan close lebih kurang sama dengan bilangan open. Bukan apa... kalau semua open kan bagus. Sebab aku rasa bahagian kaunter SSM takde yang kerja shift kot. Hmmm... ntah la...

My 'Jebat' sedang beratur. Aku sedang duduk sambil perhatikan mereka2 yang bertugas kat kaunter. Ada kaunter laju, ada sederhana & ada yang... hmmpphhh... ya hado..! Kaunter yang dijaga oleh 2 orang staf pompuan tu lagik la... asik bersembang je kerjanya. Aku pulak yang stress! 

Sedar dari stress bila My 'Jebat' datang kat aku. Muka sugul. Eh, kalau dah setel kenapa perlunya bermuka sugul kan?! Sepatutnya tunjuk muka happy. Nak lompat2 bintang pun aku izinkan. Kalau tak malu dengan orang sekeliling la... Ha3... 

Kessahnye... resit apakemendentah... tak boleh print sebab sistem down. Staf kaunter suruh duduk & tunggu dia panggil. Owh... ah kak kembali stress! 5 minit berlalu, tunggu pulak sampai 10 minit... 15 minit... berminit3... tetap jugak tak panggil nama My 'Jebat'. Takkan nak kena tukar nama jadik Sharnaaz Ahmad baru dia excited nak panggil kot..! Haish! Kesian Sharnaaz Ahmad terjebak dalam ini cerita. ;P

Akhirnya, My 'Jebat' yang penyabar tu terjah jugak kaunter. Ding dong ding dong... hah, dapat pun! Fuh! Sangat lega. Perut dah berk-pop. Tak mampu nak berlama2 kat situ. Lebih baiklah kita keluar mencarik lunch. Makanan kan terapi ah kak. ;)

Restoran Mee Rebus Tapah untuk heavy breakfast... membawak ke SSM... membawak pulak ke laksa Padang Polo... membawak ke shopping kat AEON Ipoh Station 18 & balik. Sangat seronok dapat dating. Walaupun kes kat SSM tu buat spoil tapi, hmmm... gasaklah! Anggap sebagai kenangan pahit2 manja jerrr...


:: Like3, ek! ::



4 comments:

CXopportunities said...

mls btl kalau kene tgu bagai ni. alahai. sabar jela ye. dating eh? sambil menyelam minum air lettew :p okay2. tunggu giliran cx pula ntk dating nanti ya. jgn jeles! huhu

fairus said...

KENAPA JEBAT? BUKAN TUAH..

A.R.E.L.E.E.Z.A.F.F.E.N.D.Y said...

CXopportunities,
kan.. sgt2 mencik bile perlu menunggu. sedeh! hu3..

aah. dating la.. menyelam, minum air sampai kembung! he3.. owh.. nak dating jugak, ek! bagus la tuh. sila2.. he3..

A.R.E.L.E.E.Z.A.F.F.E.N.D.Y said...

fairus,
sbb #bukankeranaakutakcinta
heh3..

i SeRvE nUfFnAnG aDs

GO SEARCH BY GOOGLE SEARCH ENGINE

Google