SiNgGaH Lg, Ek! ;)

Monday, September 30, 2013

STRESS DENGAN KIK! ARRGGHHH..!!!

Terabai sekejap blog. 'Bersawang2!' Takde masa nak 'kemas'. Hu3...

Tuan tanah kedaung sibuk sangat kekdahnya... KIK punya pasallah! Mencik tau! Tsk3...

Apekejadahnyapun KIK tu kan? Hah... meh ah kak nak kasik briefing sikit. Plus, orang kata share ilmu walau di mana berada ni bagus untuk otak & dapat pahala pulak tuh. Orang kata la kan... orang kata... bukan ah kak kata. ;P

KIK tu samadengan Kumpulan Inovatif & Kreatif. Kalau korang rajin sikit, google pun bolehhh..! Sure bersepah2 modul2 + presentation2 + nota2 KIK yang akan muncul. 

KIK ni diadakan sempena Hari Inovasi. Caranya, opis / department kita akan dipilih untuk jadik wakil setiap negeri. Then, kita kena build up 1 projek untuk carik solution kepada masalah yang kita hadapi regarding kerja. Lepas tu, kena buat research, slides & presentation bagai... Lepas tu, kena fight dengan kumpulan lain, wat presentation. Ala2 buat thesis gitu..!

Disebabkan tu jugaklah aku jadik 'separa zombie' sepanjang minggu ni. Panda eyes toksah ceritalah! Dok stay up sampai pukul 2 pagi kan... Hilang sikit iras2 Tiz Zaqyah & Nelydia Senrose tuh. Uhuks3... ;P

~ Peneman time stay up. My 'sayang' sangat memahami isteri dia ni yang asal stress je nak makan! Asal nak makan je stress! Ha3... Hadoi!

Slides dah siap dalam 90 %. Bila nak habiskan yang lagik 10 % tuh, jari-jemari ni ngengada je nak godek2 yang dah setel 90 % tu. Lepas tu, mula la rasa macam... 'Eh, ni nak kena tambah carta alir proses sikit nih! Eh, yang ni pulak bukan macam ni tapi, macam ni! Carta pai... gambarajah ishikawa... pareto... bla3...'

So, yang nak habis lagik 10 % tu dah terpostpone. Sakit pulak hati kita, wak..! Huh!

Sekian... aduan untuk hari ini. Hu3...


:: Like3, ek! ::



Saturday, September 21, 2013

CITRA

Orang pompuan sinonim sangat dengan kecantikan. Baju nak cantik... tudung nak cantik... body... muka pun nak cantik! Serba-serbi la nak cantik. ;)

Bila dah masuk usia remaja, mula la dok tercarik2 skincare. Terpengaruh dengan iklan kat tv... toksah cerita la. Nampak yang tu boleh putihkan kulit, nak beli. Nampak yang lain pulak boleh glowing2kan kulit, nak beli jugak. Kolagen... peeling... bla3...

Tapi, harus diingat! Cantik macam Miss World sekalipun kalau badan bau bacin tak guna jugak! Kena la wangi2. Biar orang kata, cantik paras rupa dengan keharuman badan tu sama seiring. Barulah gorgeous kata ko! ;P

~ Oleh yang demikian, ah kak simpan 1 losyen ni kat opis. Memang khas untuk kegunaan kat opis je.

Citra nama losyen tu. Sebut betul2... CITRA. ;P

Murah je. Bawah 5 hengget pun boleh dapat kalau saiz yang kecik macam dalam gambar tu. 60 ml kot. Aku rasa made in Indon sebab nama dia macam ala2 slang Indon kan... Ko nampak tak kat bawah tulisan 'Citra' tu ada tulis 'Mangir'. Kan macam slang Indon tuh. Jangan ngengada nak tanya aku apa maksud dia sebab sumpah aku tak tau! 

Mula kenal dengan losyen ni masa zaman2 study dulu. 1 of my geng kamceng, Meare yang introduce. Dia kata losyen tu dah la wangi, murah pulak tuh! Well... tau2 je la kan... zaman2 study kan zaman 'PPRT'. Nak berbelanja untuk kecantikan & kewangian pun kena la berhemah. Bila try sikit Meare punya losyen Citra, macam terjatuh hati pulak. Terus beli 1.

Tapi lepas study, lama kot tak pakai. Dah kerja. Jadik, berlagak la sikit. Pandang Johnson & Johnson ngan Nivea je la kengkononnya. Chait! Pui!

Sampai la 1 hari tu, tengah shopping ngan Mak, terjumpa balik Citra nih. Terus flashback zaman2 dok guna dulu & terus terbeli. Tinggal kat opis. Sebab kat rumah dah ada Johnson & Johnson. Untuk travel pulak ada Vasseline. 

Agak2 rasa macam dah berlengas, picitkan kat tapak tangan sikit then, lumur2 kat baju jugak. Wangi on the spot! He3...

 Murah... wangi... & takde kesan sampingan. Alhamdulillah... Suka sangat! ;)


:: Like3, ek! ::



DI HARI LAHIRKU...

Hari Isnin... 16 September...

Kitorang balik rumah Mak. Lebih kurang pukul 10 ++ pagi macam tu la... 

Lapor sangat! Sebab tak breakfast lagik. Perut berdondang sayang sepanjang jalan. Kesian perut. Hu3...

Cadangnya nak ajak Mak keluar makan2 sempena birthday. Tapi, bila terjumpa sambal tumis ikan bilis yang Mak masak kat bawah tudung saji, terus cedok nasik. My 'sayang' pun! Postpone keluar makan2! Ha3... Hadoi!

Perut dah tak berdondang sayang. Syiok! Lepak depan tv sambil layan movie The Expandables 2. Naik sheikh pulak bila tengok hero2 veteran macam Sylvester Stallone, Dolph Lundgren, Chuck Norris, Terry Crews, Bruce Willis, Van Damme, Jet Li & Arnold Schwarzenegger buat come back. Ditambah pulak dengan hero separa veteran macam Jason Statham & si handsome Liam Hemsworth... perrgghhh... memang tak berganjak la kan... He3...

Pukul 3 petang baru keluar jalan2 carik makan. 

~ Kat Port Cafe, di hari lahirku...

~ Mak lapor tahap gaban! Excited dengan The Expandables 2 punya pasallah! He3...

~ Chentahati yang sudi membelanja. ;)

2 nasik ayam penyet + 1 nasik Arab (Lamb Mandy) + 1 sup tulang Surabaya + 2 Ribena laichi + 1 Nescafe ais = Terima kasih chentahati! ;)


:: Like3, ek! ::



Friday, September 20, 2013

ABANG AARON AJIZKAH ITU..?!

Shopping dengan family mertua... merangkap aktiviti yang tak dijangka kekdahnya...

Ahad lepas...

Takde apa2 aktiviti pun memula. Bajet nak qada tido lepas tu tengok tv secara marathon je lah. Tup2... pukul 10 ++ pagi kot... my 'sayang' call...

"Aaby dah mandi ke belum?" (Motippp... sangat ayat ni tau! Mencik!!! Hu3...)
"Of course la... BELUM! Ha3..." (Jawapannya pun, memang... motippp... sangat..! ;P)
"Ha3... Takpe sebab dah agak dah... Errr... hari ni kita pergi jalan2 nak tak? Abah, Mak & yang lain2 nak sopping langsir kat Sungai Besar. Aaby siap2, ek! Nanti Abang amik."
"Ooo... itu macam kaaa..? Hmmm... hokaylah! Sekarang jugak Leez mandi! He3..."

Amboi3..!!! Kalau tang berjalan2, laju je kan... ;P

Sebenornya, my 'sayang' pagi2 lagik dah keluar, nak ke kebun. Tapi, cancel sebab hujan. Tu yang boleh join berjalan2 & menyopping ke Sungai Besar tuh.

Rejeki hujan... Hiks...

My MIL nak ke Sungai Haji Dorani dulu, nak borong ikan segar katanya... Dah la segar, murah2 pulak tuh! My 'sayang' beli ikan cencaru, bawal cermin & udang lipan. 

~ Dipendekkan cerita, kitorang dah sampai kat sini pulak, tempat jual borong Nata de Coco.

Tempat wajib singgah kot..! Kalau nak ke Sungai Besar / kawasan2 yang sewaktu dengannya, musti kitorang singgah sini. Tak kira lah dengan family mertua / family aku sendirik. Singgah je. Kecuali tutup la kan...

My 'sayang' beli 3 bekas Nata de Coco yang bersamaan dengan 10 hengget. Laici, strawberry & grape. Laici kasik kat Nenek, strawberry kasik kat Mak & yang grape tu, of course... aku punyalah. Tak kose nak rembat tiga2 sebab sure sempat expired.

Aku jumpa kerepek bayam. Tak pernah makan. Jadik, aku rembat sebungkus. Hmmm... aku suka jerrr... Tapi, adik2 ipar kata aku makan mende pelik. Ha3... Gasaklah!

~ Lepas tu, terus ke Jakel, Sungai Besar sebab nak jumpa 'Abang Aaron Ajiz' nih. Ahaks3... 

~ Ini semua poyo..!!! Ha3...

~ Nak sainnnnnnnn.... pehhh-lisss..!!! Ha3...

~ Awa pun nak jugak..! Ehem2! Encik Roy kat sebelah tu dah jeling2 kot..! Hiks...

~ Ah kak pun takmo kalah! Siap touching2 bahu lagik..! ;P

Tujuan utama ke Jakel adalah nak menyopping langsir & baju untuk wedding Jijah. Tapi, bila jumpa 'Abang Aaron Ajiz' terus semua lupa daratan! Abah & My MIL pun confuse tengok anak2, menantu2 + cucu diorang. Ha3... Hadoi!

Tu la... siapa suruh Jakel 'bubuh Abang Aaron Ajiz' kat situ..! ;P

Dah puas berposing dengan 'Abang Aaron Ajiz', baru la sambung shopping. He3... Naik 2nd floor dulu sebab nak carik langsir. Dapat kaler ala2 maroon. Lepas tu, turun ground floor, carik kain ela. Nak sedondon katanya... Ah kak ok jerrr... Dapat batik kaler base biru.

~ Habis shopping, perut pun lapor. Arissa maintain sleeping beauty. He3...

Alaaa... makan kat food court depan Jakel tu je... Tak payah susah2. Lintas jalan sikit, dah sampai.

~ Aku makan kueteow Hong Kong. Sodap! Portion giler banyak! 1 pinggan ni makan berdua pun boleh kenyang apa..?! Bagus tukang masak tu sebab tak pendekut. He3...

Lepas makan, terus balik. Tak singgah mana2 dah. Eh, ada2! Singgah rumah we ols sebab diorang nak tumpang solat Maghrib. Sempat jugak la aku jamu diorang dengan 'kuih raya'... 

Kacang potong dengan jambu batu yang takde bijik tuh. 'Kuih raya' la sangat kan... Ha3...

Hokaylah... adios! Errr... tajuk entry tu... hmmm... propa sangat kan? Hiks...


:: Like3, ek! ::



Wednesday, September 18, 2013

LAKSA NGIEEGHORR

Dah lama nak try. Akhirnya tercapai jugak hajat. ;)

Ada la 1 hari tu... jalan2 ngan Mak sambil beli groceries sikit kat Bintang. Ternampak pulak signboard 'Laksa Ngieeghorr' nih. Baik punya dia show-off gambar semangkuk laksa. Terus ajak Mak cuba, try & test! Heh3...

~ Tapau jerrr... RM 2.50 sebungkus. 

Masa beli, sementara tunggu kakak tu siapkan order, sempat jugak la 'interview' kakak tuh. Rupa2nya, Laksa Ngieeghorr ni siap ada delivery lagik..! Dah macam Pizza Hut kekdahnya... Hebaklah! He3...

Dengan syarat, alamat pengorder adalah di sekitar Teluk Intan & kena order paling minima sebanyak 6 bungkus. 

Ye la kan... kalau setakat nak 2, 3 bungkus lepas tu, mintak delivery, memang apekejadahnya la kan... Buang karan je. Tak berbaloi lah diorang nak mengdeliverykannya.

'Ngieeghorr' tu maksudnya 'ngigau'. Bila dislangkan ke loghat Perak maka terhasillah 'ngieeghorr'. Maybe, lepas makan sekali laksa ni kita boleh termengigau2 kot... Tido tak lena kata ko! Dok terbayang Laksa Ngieeghorr. Itu la yang nak disampaikan oleh owner dia agaknya... ;P

Sebelum ni, dok ternampak2 dekat facebook je, orang dok singgah makan & tapau Laksa Ngieeghorr. Sekarang dah merasa. Hmmm... not bad la... Tapi, aku syak, dia pakai ikan sardin. Kalau dia tukar pakai ikan segar tu, musti lagik terbahek dari ladang..!

Apa2 pun, kalau korang nak mengtry, dipersilakan... Boleh usha2 dulu kat facebook Laksa Ngieeghorr nih. Nak terjah terus pun boleh. Carik je alamat kat bawah nih:-

Laksa Ngieeghorr
No. 252, Jalan Cengal
Taman Seri Setia
36000 Teluk Intan, Perak

Sebut betul2...

Laksa NGIEEGHORR... Hiks...


:: Like3, ek! ::



WORDLESS WEDNESDAY #40: MAK2 & PAK2 SHEIKH










Bila 'Mak2 & Pak2 Sheikh' beriftar ala Arab di Port Cafe... begini la jadiknya. ;P


:: Like3, ek! ::



Tuesday, September 17, 2013

SELAMAT DATANG... CEO

12 September 2013...

~ Selamat datang, Y. Bhg. Datuk Nik Ali Mat Yunus, Pengerusi Eksekutif SKM ke SKM, Cawangan Wilayah Hilir Perak.

Merangkap sempena Anugerah Inovasi Sektor Awam (AISA) Peringkat Kebangsaan. 

Terima kasih atas kesudian...

Terima kasih jugak buat Pengarah & staff SKM, Cawangan Negeri Perak yang memeriahkan majlis...

~ Terima kasih opismate for the team work...

Till we meet again... ;)


:: Like3, ek! ::



Monday, September 16, 2013

IKAN GELAMA GORENG SOS LIMAU PURUT

*Slot Ketuk2 Kuali Bersama Areleez (KKBA)

Kat opis, sempat curik2 masa menggoogle resepi. Balik rumah terus praktikkan. Heh3...

Bahan2:-

3 ekor ikan gelama (disiang & dicuci bersih)
2 sudu tepung serbaguna
2 helai daun limau purut (dihiris halus)
5 biji bawang putih (dicincang)
1 biji bawang besar (dicincang)
10 biji cili padi (dipotong kecil)
1 sudu sos tiram
1 keping asam keping
1/3 ketul kiub ayam Knorr
1 sudu kecil tepung jagung (dibancuh dengan sedikit air masak)
1 sudu kecil serbuk kunyit
Gula
Garam
Minyak masak
Air masak

Cara2 Penyediaan:-

1) Lumur ikan gelama dengan serbuk kunyit, sedikit garam & tepung serbaguna. Panaskan minyak. Goreng ikan gelama hingga garing. Angkat & toskan.
2) Panaskan minyak. Tumis bawang besar, putih & cili padi hingga naik bau.
3) Masukkan kiub ayam Knorr.
4) Tuangkan sedikit air masak.
5) Masukkan sos tiram.
6) Perasakan dengan asam keping, sedikit garam & gula.
7) Tuangkan bancuhan tepung jagung.
8) Masukkan daun limau purut. Sebatikan. Angkat & tuang ke atas ikan gelama yang telah digoreng tadi. Hidangkan.

~ Ikan Gelama Goreng Sos Limau Purut

Kalau nak tukar dengan ikan spesis lain pun bolehhh... ;)


:: Like3, ek! ::



MISI TIZ@NELYDIA LOOK ALIKE DAY 20

Breakfast:-

1 senduk bihun goreng Singapore + air suam
Breakfast dengan my 'sayang' kat Sri Sayang, City Mewah.

Minum pagi:-

Togok air masak jerrr...

Lunch:-

1 mangkuk kecik nasik putih + 1 ekor ikan gelama goreng sos limau purut + 2 sudu sawi bunga tumis + air masak
Hari Jumaat. Jadik, sempat la masak tengahari time lunch hour tuh.

Minum petang:-

1 biji epal merah + air masak

~ Dinner: 1 ekor ikan gelama goreng sos limau purut (leftover lunch) + meratah sawi bunga tumis (leftover lunch jugak) sampai habis + air masak

Sekian, untuk makluman... ;P


:: Like3, ek! ::



WELCOME '3 SERIES'...

Masa tu, aku tengah tengok tv, channel Pelangi 142. Cerita Kafan Sundel Bolong. Tajuk macam seram ya hamat! Tapi, cerita lawak. Ghalit tengok sambil berblogging + berfacebooking.

Tepat jam 12 tengah malam...

~ Tiba2... si dia wish...

Terima kasih, B... sebab ingat tarikh tu setiap tahun...

Terima kasih, Mak... sebab lahirkan anakmu ini ke dunia...

Terima kasih, adik-beradik, in-laws... & terima kasih semua for the awesome wishes... ;)

& Selamat Hari Malaysia too..! ;)

~ Wahai, Malaysia..! Kita berkongsi 'tarikh lahir' nampaknya. ;)

*Credit to: panitia-psvskpk


By the way, I am welcoming my '3 SERIES'... Owh3...


:: Like3, ek! ::



Sunday, September 15, 2013

NAK DINNER PUN DILEMA

My 'sayang' ajak dinner kat luar. Tak payah susah2 nak masak katanya... Nanti jari-jemari kasar. 

Awwsss2..!!! Rasa dihargai pulak. Plus, siapa tak sayang bini, oiii..!!! Ahaks3...

~ Meja #9 kat Port Cafe.

Dilema hokay nak pilih tempat makan nih. Tak tau dah nak makan kat mana?! Sebab rasa macam semua port makan yang agak popular kat Teluk Intan ni we ols dah terjah. Rasanya la kan...

Memula ke Taman Melor sebab aku suggestkan try 1 restoran ni, Restoran Lizna nama dia. Tak pernah lagik makan kat situ. Restoran baru kot... Lepas tu, selang beberapa lot ada lagik 1 restoran, baru jugak, Restoran Nasi Kukus. Kengkonon nak try either 1 la kan... 

Tapi, kuchiwa sebab tutup. Hu3... 

Patah balik ke Teluk Intan, singgah Bandar Baru. Suggestion ke-2 adalah Wana Cafe. Dah nak belok masuk parking lot dah tetiba my 'sayang' kata nak cadangan lain. Jemu katanya...

Cadangan seterusnya adalah Reena's Kitchen / Port Cafe. 2, 3 kali jugak tawaf Bandar Baru tuh sebab tak tau nak pilih yang mana 1. Dilema kata ko! Dinner pun nak dilema2 bagai... Hadoiiyaiiinyapon!

Last2, pilih Port Cafe je lah. Hmmm... rejeki owner Port Cafe agaknya malam tu. 

~ Interior design kat dalam Port Cafe. Paling terkagum tengok shisha gedabak tuh. Perasan tak?  

Dah berkali2 jugak sebenornya makan kat Port Cafe nih. Last masa bulan puasa hari tu. 

~ Gumbira sangat sebab dihargai encik suami. Ececeh... Memang statement mintak kena sekeh sangat kan... Hiks...

~ Sup Tulang Surabaya

~ Nasi Ayam Penyet (biasa) untuk aku.

My 'sayang' makan nasik Arab, Lamb Mandy. Teringin pulak katanya...

~ Amacam? Dasat tak 'kesimpulan' nih? ;P


:: Like3, ek! ::



LEGA SANGAT..!

Appointment SOPD Mak berjalan lancar...

Tunggu giliran pun tak lama sangat. Bagus! ;)

Doktor kata, semua orang ada kelenjar thyroid. Yang jadik problemnya adalah kalau kelenjar tu membengkak. Thyroid yang bengkak pulak ada macam2 jenis, sama ada disebabkan oleh pengumpulan cecair / cancer. 

Appointment sebelum tu, doktor dah amik sample untuk buat lab test. Resultnya, thyroid Mak BUKAN cancer. Just pengumpulan cecair.

Lega sangat aku dengor. Alhamdulillah...

Kebarangkalian nak berulang bengkak balik tu memang ada. Solutionnya buat suction je la. Tapi, tak perlu apa2 medication.

Kali ni Mak dapat doktor pompuan, Melayu pulak tuh. Ada jugak aku tanya kat doktor, macam mana cara nak cegah dari berulang balik & kot2 la ada nak pantang2 makan ke apa ke kan... Tapi, doktor tu kerek sikit la... eh, banyak kot! Susah sangat mulut dia nak explain apa yang kita tanya & nak tau. Macam ada emas dalam mulut. Ke... kedekut ilmu..?! Ntahlah! Muka memang tak senyum langsunglah. Tak mesra alam betul! Mencik!

Dah. Tu je la nak cerita... Harap2 lepas2 ni, tak jumpa dah doktor kerek macam tu. Hu3...


:: Like3, ek! ::



BERONOK2 DENGAN CHENTAHATI

Hari Selasa, 10 September 2013...

Aku tau tu adalah hari bekerja. Tapi, aku sengaja amik cuti. Sengaja sangat..! Memang perancangan awal la kiranya kan... Sebab-musabab adalah nak dating dengan my 'sayang'. Tu jerrr... Hiks...

Tulis kat 'Catatan: Urusan peribadi di Ipoh, Perak.' Hmmm... peribadi la sangat kan... *TDDMKA* ;P

Lapor! Sebab tak breakfast lagik. Plus, hujan lebat! Bertambah2 la perut ni berdangdut kan... Singgah kat Restoran Mee Rebus Tapah. Pekena mee rebus daging & ayam. Boleh la... buat alas perut.

~ Teh tarik 1! ;P

Teruskan perjalanan. Hujan still tak berhenti. Tapi, dah tak lebat sangat. Manjas2 jerrr...

Singgah CIDB sebab my 'sayang' ada urusan pasal lesen kontraktornya. Aku tunggu dalam kereta je. Sambil main Garden Mania yang ntah baru level berapa ntah tapi, dok tersadai kat situ kemain lama tak lepas2. Mencik! 

Tak sampai 10 minit, my 'sayang' dah setel segala urusan. 

"Kita nak pergi mana, ek Aaby?"
"Ntah! B la decide. Leez ok jerrr..."
"Ermmm... kita terus pergi AEON Ipoh Station 18 lah. Lunch kat sana terus. Amacam..?"
"Owh... ok jerrr..."

~ Makanya, sampai la we ols ke sini...

Pusing2... ukur parameter AEON tuh... window2 shopping... tetiba je lapor! Kebetulan sangat kan... He3... 

Carik food court. Hmmm... terpesona pulak dengan roasted chicken 'Encik Kenny' tuh. Macam melambai2 pulak dia kan... Haish! Geram betul! ;P

~ Makanya, menjamu selera la pulak di Kenny Rogers Roasters. ;)

~ Lakonan semula #1.

~ Lakonan semula #2.

Ini semua poyo... sangat..! ;P

~ Kenny's Home-made Muffin. Aku suka kerak2 dia yang kat bahagian atas tuh. Pecah2kan dalam aiskrim Single Happiness, perrgghhh... terbahek dari ladang..!

~ Mushroom Chicken Soup. Habis licin aku bedal! Siap tumpang cedok dari mangkuk my 'sayang' lagik..! Heh3...

~ Kenny's Quarter Lite Meal with BBQ Flavour. Pilihan ah kak.

~ Red Hot Meal with Black Pepper Flavour untuk my 'sayang'. 

Kesimpulannya, main course semua tinggal tulang ayam je. Nak amik gambar bukti pun rasa segan. Ha3... Hadoi!

~ Aiskrim Single Happiness yang dah jadik double. ;)

Kenyang dah. Alhamdulillah... 

Dengan perut santak tuh, sempat jugak mengukur parameter AEON lagik. Lepas tu, baru chow..!

Sampai Teluk Intan pukul 6 petang. Amik Mak dulu sebab Mak ada appointment SOPD esoknya. 

Well... beronok2 dengan chentahati. Syiok sangat! 1 hari tu, senyum meleret sampai ke telinga je... Esoknya pun... Esoknya lagik... & membawak ke esok lagik... & lagik... & lagik2... bla3... ;)


:: Like3, ek! ::



Saturday, September 14, 2013

DAGING MASAK KICAP VS IKAN TUMPI

Kesah masa Kakak & family balik kampung hari tu...

Tetiba je Kakak mengidam nak makan daging masak kicap air tangan Mak. Siap kata...

'Kakak bukan penchenta daging sangat kecuali daging masak kicap yang Mak masak. Memang tak boleh nak tolak!'

Katanya... ;P

~ Lunch yang hebak! Cewwah..! Walaupun lauk2 kampung yang biasa2 je tu tapi, aku tetap kasik rate ngalahkan makan kat tempat2 makan 5 star. 1st sebab dapat makan ramai2 dengan family. 2nd sebab semua Mak & Kakak yang masak. Aku tolong perhati dari kejauhan & ngap je. Kan ke best + bahagia tuh? Ha3...

Sebenornya, aku & my 'sayang' langkah kanan la sebab tak tau pun pasal lunch yang hebak tu. Sebab malam yang Kakak sampai kat rumah Mak, lepas jumpa + sembang2 kejap, kitorang balik. Tengahari esok kitorang balik rumah Mak lagik, terus tercium2 bau makanan yang hebak2 tuh. 

Owh... rejeki jangan ditolak, noks! He3...
 
~ Daging masak kicap vs ikan tumpi.

Ikan tumpi tu pulak requested by A_bern. Memang faveret beliau sangat2 kot... ikan termenung masak dalam daun pisang tuh. 

~ My 'sayang' tu motip... sangat kan..?!

~ Menikmati sangat..! He3...

Agaknya la kan... kalau hari2 macam ni, Kakak yang bajet slim tu pun boleh bertukar jadik Doraemon kan? Ye la... beli bahan2, lepas tu, Mak masak ikut request anak2. Sorgaaa... Hiks...


:: Like3, ek! ::



Friday, September 13, 2013

SIR SAU DAGING CINCANG FUSION

*Slot Ketuk2 Kuali Bersama Areleez (KKBA)

Terjumpa stok ketupat mini segera. Bahaya betul perkataan 'TERjumpa' tuh. Nampak sangat la kan... penyakit 'MHURUFBESAR' tu kan... Ha3... Hadoi!

Check2 tarikh... hmmm... tak expired lagik. Terus berpikir2, nak buat cicah apa la agaknya kan...

& akhirnya...

'Ting..!!!' Idea datang. Jadik, begini la hasilnya..! ;)

Bahan2:-

10 bungkus ketupat mini segera (direbus, ditos, disejukkan & dibelah 4 setiap bungkus)
2 batang serai (dibelah 2)
1 biji ubi kentang (dipotong dadu)
1 keping daging kisar Ramly (defrost, dicuci bersih & ditoskan)
1 keping asam keping
Minyak masak
Air masak
Garam
Gula

Bahan2 Kisar:-

7 biji cili padi
1 tangkai cili merah
1 inci halia
1 biji bawang besar
2 biji bawang putih

Cara2 Penyediaan:-

1) Panaskan minyak. Tumis bahan2 kisar & serai hingga pecah minyak.
2) Masukkan daging kisar. Kacau rata.
3) Masukkan ubi kentang.
4) Tuangkan sedikit air masak jika terlalu kering.
5) Perasakan dengan asam keping, garam & gula. Masak hingga ubi kentang empuk. Angkat & hidangkan dengan ketupat mini segera.

~ Sir Sau Daging Cincang Fusion. Ermmm... dappp... Ecewah! ;P

Berjaya mengfusionkan masakan tradisi. Hoyyeahhh..!!! ;D


:: Like3, ek! ::



Thursday, September 12, 2013

IKAN KAYU MASAK CUKA VA2 VOOM!

*Slot Ketuk2 Kuali Bersama Areleez (KKBA)

Mood memasak masih berlegar2... ;)

Bahan2:-

1 ekor ikan kayu (disiang & dicuci bersih)
1 biji bawang besar (dipotong baji)
1 tangkai cili merah (dibelah 2)
1 batang zuccini (dipotong memanjang)
2 biji bawang putih (dihiris)
1 inci halia (dihiris)
7 biji cili padi
3 sudu besar cuka
Gula
Air masak
Garam
Serbuk kunyit
Minyak masak

Cara2 Penyediaan:-

1) Lumur ikan kayu dengan sedikit garam & serbuk kunyit. Panaskan minyak. Goreng ikan kayu hingga garing. Angkat & toskan.
2) Panaskan minyak. Tumis halia, bawang merah & putih hingga naik bau.
3) Masukkan cili merah, cili padi & sedikit serbuk kunyit.
4) Tuangkan air & cuka secukupnya. Biarkan hingga mendidih.
5) Perasakan dengan garam & sedikit gula.
6) Masukkan zuccini & ikan kayu yang telah digoreng tadi. Sebatikan & masak seketika. Angkat & hidangkan.

~ Ikan Kayu Masak Cuka Va2 Voom!

Terpengaruh dengan drama Tipah Va2 Voom! He3...


:: Like3, ek! ::



i SeRvE nUfFnAnG aDs

GO SEARCH BY GOOGLE SEARCH ENGINE

Google