SiNgGaH Lg, Ek! ;)

Saturday, September 7, 2013

HARI KOPERASI NEGARA 2013

Event: Hari Koperasi Negara (HKN) 2013
Tarikh Kejadian: 24 Ogos 2013
Venue: Dataran Darul Aman, Bandar Darul Aman, Jitra, Kedah

Kehadiran adalah diwajibkan. Harap maklum. ;P

Plan asal nak gerak pukul 6 pagi. Tapi, biasa la... plan hanya sekadar plan semata2. Bangun pun pukul 6.30, ada hati nak bertolak pukul 6 pagi..! Pui! Hu3...

Pukul 8 pagi, hokay baru gerak! Diulang suara... pukul 8, ye..! Hu3...

Sampai Jitra pukul 12 ++ tengahari. Sedang2 elok, tengah launching.

~ Pengunjung... Crowded jugak kot!

Setiap SKM Negeri disediakan 1 pavillion. Terpulang kepada negeri memasinglah macam mana nak decor2kan pavillion tuh.

~ Pavillion SKM Melaka. Ada rupa Kota A Famosa tak?

~ Otai dari Bumi Kenyalang.

~ 'King & Dayang2' dari pavillion Negeri Sarw2ak. Comel betul akak yang kat sebelah aku tuh. Muka sejibik macam akak senior aku kat SMSS. Kak Shawndawnniwati nama dia. Alaaa... wife si 'Mat Qaypoh', Yusmal Ghazali tu haaa..! Kenal ke idok?

~ Pavillion SKM Perak. Berkonsepkan Rumah Perak. Bangga sangat I ols tau..! ;)

~ Salah 1 agenda...

~ Jumpa geng lama yang sama2 induksi kat Pangkor & Melaka, Noor Cahaya. Sedap nama dia kan?

~ Macho pokcik nih. He3...

~ Pavillion SKM Negeri Kelantan.

~ VVIP... Antaranya Tan Sri Muhyiddin Yassin (Timbalan Perdana Menteri), Datuk Hassan Malek (Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi & Kepenggunaan) & Datuk Mukhriz Mahathir (Menteri Besar Kedah).

~ Tan Sri Sanusi Junid (Mantan Menteri Pertanian) diumumkan sebagai penerima Anugerah Tokoh Koperasi.

Acara terakhir of course la acara makan2 kan... Macam2 makanan ada! Makan free, hokay! Ala2 open house HKN 2013 gitu..! Belasah je apa ko nak.

Aku sempat grab soto & my 'sayang' pulak grab laksa. Yang lain2 tak kose nak grab sebab ramai kebenor umat manusia! Soto tu sodaplah. Laksa pun not bad jugak.

We ols sampai rumah pukul 8 malam. Tak singgah mana2 pun sebab esoknya my 'sayang' kerja. Menikmati pemandangan balik je la kekdahnya... Jadik lah! ;)

Sekian kesah HKN 2013...


:: Like3, ek! ::



No comments:

i SeRvE nUfFnAnG aDs

GO SEARCH BY GOOGLE SEARCH ENGINE

Google