SiNgGaH Lg, Ek! ;)

Showing posts with label NASI AYAM PENYET. Show all posts
Showing posts with label NASI AYAM PENYET. Show all posts

Sunday, September 15, 2013

NAK DINNER PUN DILEMA

My 'sayang' ajak dinner kat luar. Tak payah susah2 nak masak katanya... Nanti jari-jemari kasar. 

Awwsss2..!!! Rasa dihargai pulak. Plus, siapa tak sayang bini, oiii..!!! Ahaks3...

~ Meja #9 kat Port Cafe.

Dilema hokay nak pilih tempat makan nih. Tak tau dah nak makan kat mana?! Sebab rasa macam semua port makan yang agak popular kat Teluk Intan ni we ols dah terjah. Rasanya la kan...

Memula ke Taman Melor sebab aku suggestkan try 1 restoran ni, Restoran Lizna nama dia. Tak pernah lagik makan kat situ. Restoran baru kot... Lepas tu, selang beberapa lot ada lagik 1 restoran, baru jugak, Restoran Nasi Kukus. Kengkonon nak try either 1 la kan... 

Tapi, kuchiwa sebab tutup. Hu3... 

Patah balik ke Teluk Intan, singgah Bandar Baru. Suggestion ke-2 adalah Wana Cafe. Dah nak belok masuk parking lot dah tetiba my 'sayang' kata nak cadangan lain. Jemu katanya...

Cadangan seterusnya adalah Reena's Kitchen / Port Cafe. 2, 3 kali jugak tawaf Bandar Baru tuh sebab tak tau nak pilih yang mana 1. Dilema kata ko! Dinner pun nak dilema2 bagai... Hadoiiyaiiinyapon!

Last2, pilih Port Cafe je lah. Hmmm... rejeki owner Port Cafe agaknya malam tu. 

~ Interior design kat dalam Port Cafe. Paling terkagum tengok shisha gedabak tuh. Perasan tak?  

Dah berkali2 jugak sebenornya makan kat Port Cafe nih. Last masa bulan puasa hari tu. 

~ Gumbira sangat sebab dihargai encik suami. Ececeh... Memang statement mintak kena sekeh sangat kan... Hiks...

~ Sup Tulang Surabaya

~ Nasi Ayam Penyet (biasa) untuk aku.

My 'sayang' makan nasik Arab, Lamb Mandy. Teringin pulak katanya...

~ Amacam? Dasat tak 'kesimpulan' nih? ;P


:: Like3, ek! ::



Monday, May 30, 2011

TERLIUR TAK? ;P

Hari Rabu lepas, aku ajak my 'sayang', mak & nenek 'menternak lemak' kat Port Cafe. He3... Tak aci la kan... asik2 aku sorang jer yang gigih 'menternak lemak'. Plus, kan ke 'menternak lemak' secara berjemaah itu lagik heaven adanya... Ha3...

~ Mak yang serba pink ghalit menengok hiasan berupa shisha gergasi kat 1 sudut display dalam Port Cafe tuh. Terkagum2 mak tengok shisha yang giler besor! Tapi, aku lupa lak nak snap gambar shisha tuh. Haish!

~ Nenek yang serba biru lak ghalit tengok citer Men in Black yang ditayangkan kat situ.

~ Ah kak bese la... posing sesado! He3...

~ & order pun sampai... Ribena laichi jumbo untuk my 'sayang'. Aku plak order ice peach tea. Mak nak air suam jer sebab kena pantang ais. Nanti susah nak bernapas. Untuk nenek aku orderkan ice lemon tea. Nenek kata, 'Air teh ke air masam nih?' Ha3...

~ Makanan plak, my 'sayang' makan Nasi Arab Kambing.

~ Mak mintak Nasi Arab Ayam. Mak kata sodap nasiknya. Lembut2 & berbau harum jer...

~ Nenek makan Nasik Ayam Penyet Spesel (ayam kampung). Aku lak order Nasi Ayam Penyet bese.

So far, sume menu makanan kat Port Cafe nie kitorang dah try kecuali nasi lemak berlauk. Hmmm... nanti2 nak trylah! Plus, masa we ols makan tu, ada 1 couple Cina nie makan nasi lemak. Macam santek, menarik, tertarik, komemangthebomb jerk. ;P

Sodap, selesa & harga pun berpatutan. Makan 4 orang dengan menu yang pelbagai malam tu hanya dicharge RM 39 ++. Servis pun not bad la...

Amacam? Terliur tak? Ngeh3...

Tuesday, May 17, 2011

NASIK AYAM PENYET

Hari nie, aku masak. Ecewah! Tu pun nak kepohchi kan? He3...

Masak ayam masak pedas, ikan goreng ngan kobis goreng jer. Rupa paras masakan, later aku upload, ek?! Sebab skang nak war2kan pasal nasik ayam penyet yang aku & my 'sayang' dah try. Sodap, babe..! ;)

~ We ols mentry masa lunch hour. Berseri2 jer muka ah kak bila dibawak makan kan? Ahaks3...

~ Nama restoran adalah Port Cafe. Baru bukak, kat area Bandar Baru. Menu tak banyak. Ada la dalam 3 camtu, ha..! Speselty dia of cos lah Nasik Ayam Penyet kan... The rest cam Nasik Arab & Nasik Lemak pelbagai lauk.

~ Nie la rupa nasik ayam penyet tuh. Ada 2 jenis, 1 nasik ayam penyet bese which is ayam adalah ayam yang bese kita makan tuh. 1 lagik adalah nasik ayam penyet spesel, pakai ayam kampung. Aku prefer yang bese.

~ Ini versi ayam kampung. My 'sayang' punya.

~ Order air laici jumbo nih. 1 gelas buleh share 2 orang, hokay..! Giler jumbolah!

~ Bukti bahawa nasik ayam penyet tu memang sodap! Licin, noks..! ;P

~ Harga pun reasonable. Tengoklah sendirik.
So, kalau ada yang sesat-barat ke Teluk Intan, aku syorkan try nasik ayam penyet Port Cafe. Meh aku kasik address:-

194G, Jln Intan 5
Bandar Baru Teluk Intan
36000 Teluk Intan, Perak
No. telefon: 05-6258225

Promo free nih! Tolong sedara seagama katanya kan... ;)

i SeRvE nUfFnAnG aDs

GO SEARCH BY GOOGLE SEARCH ENGINE

Google