SiNgGaH Lg, Ek! ;)

Showing posts with label BIRTHDAY. Show all posts
Showing posts with label BIRTHDAY. Show all posts

Thursday, September 22, 2016

WALAUPUN MUKA PAN ASIAN

Selamat hari jadi, Malaysia..!

Selamat hari lahir untuk aku. ;)

Kitorang share birthday, noks..! Seperti tahun2 yang lepas gitu..! Ah kak likeee..! Ahaks...

So kesimpulannya, ah kak kompom anak Malaysia, hokay..! Walaupun MUKA PAN ASIAN. #SengajaHurufBesarkanTangMukaPanAsian Ha3...

Birthday girl TER-bangun lambat pada hari tersebut. Nampak kan perkataan 'TER' tu? Jujur. Takde niat langsung nak cover line. Ha3...

Bangun2, muka sembab, cek WhatsApp, perrgghhh!!! Berduyun mesej membina semangat! A good start of the day. Terus terfeeling retis. Sempat la jugak senyum tersengih2 seorang diri. Hiks...

Oppa kerja. Tapi, Oppa janji nak balik awal, spend time dengan birthday girl. Terasa dihargai sangat..! Awwsss..! ;P

Oppa dah ada plan, sebenarnya. Berupa sejenis dinner treat yang spesel. Awwsss... lagik! ;P

Well... ah kak tak demand. Ah kak redha je. ;P

Rezeki jangan ditolak, musuh jangan dicarik. Kecik tapak tangan, nyiru ah kak tadahkan. Haaa... peribahasa keluar dah! #Jaga2CikSalmah ;D

Tapinya, aku mintak postpone dulu. Sebab lepas Raya Haji macam penat sikit. Kemudian, nak survey2 tempat makan best & plan betul2. Oppa setuju. Canteklah!

Pre-celebration di KFC. 

~ Bagi memenuhi keperluan + kehendak perut yang comel... Hiks...

~ Birthday girl tersangat happy..! ;D

Alhamdulillah...

Terima kasih kepada Oppa, Mother, Kakak, Abang, ipar-duai, biras & kawan2 yang wish siap dengan doa sekali. Sangat2 dihargai. Sayang semuanya... ;)


:: A.R.L.E.E.Z.A.F.F.E.N.D.Y ::



Thursday, August 7, 2014

BIG GIRL... ARRISYA

Kesah ni, bukan setakat sebelum raya tau! Tapi, sebelum Romadhon lagik! Hah, nampak tak tempoh pemeramannya di situ? Ha3... Hadoih!

Awa WhatsApp, nak celebrate birthday Arrisya katanya. We ols ditugaskan untuk memeriahkan majlis je... See! Betapa 'V.V.I.P-nya' we ols nih..! Ha3...

Konsepnya adalah bbq bersama keluarga. Kompomlah buat kat rumah mertua. Majlis bermula selepas Asar.

Masa aku & My 'Jebat' sampai, preparation dah 60 % siap kot. Tinggal buat proses marinate, bancuh air, buat air asam & susun2 meja-kerusi. So, aku amik task marinate & cucuk sotong tu dengan lidi sate. Senang nak bakar kang. Tipsnya, lidi sate perlu direndam dalam air sekejap sebelum operasi mencucuk sotong supaya lidi tu tak ikut sama terbakar nanti.

~ Dah siap. Mari berposing dengan kek dulu. Heh3...

~ Antara jemputan selain family members adalah geng surau Abah.

~ Ini acara wajib merangkap penyeri blog. Ha3...

~ Birthday girl belajar potong kek. Errr... tapi, macam mama dia pulak yang over excited..! Ha3...

~ Mencelah. ;P

~ Mencelah lagik. Ko mampu nak 'behave' begini di rumah mertua..? Ah kak mampu..! Mujurlah mertua I memahami... So far, tak pernah lagik dapat 'renungan makrifat'. Ha3...

Aku banyak makan sate cicah air asam. Bunyik macam pelik & rare. Tapi, lepas try secucuk, macam best pulak rasanya. Terus addicted! He3...

Ayam, sotong & udang bbq, aku cuit sikit2 je. Ikan memang kompomlah aku tak usik. Serahkan seikhlas hati kepada si penggemarnya. 

Happy birthday, Arrisya. Awak dah 'big girl' tau! ;) Semoga jadik anak yang baik, solehah & kiut macam Mak Anjang. Awwsss..!!! Ha3...


:: Like3, ek! ::



Sunday, July 20, 2014

IFTAR 10 RAMADAN... 2014 & HARI ISTIMEWA MY 'JEBAT'

Hari yang extra spesel! Bukan setakat iftar tapi, hari yang istimewa untuk My 'Jebat'. Hari dia dilahirkan / dalam bahasa saintifiknya it's his birthday.

Aku sengaja tak wish sejak detik 12 malam sebab nak buat surprise kengkononnya. Dari pagi ligat berpikir, apa pulak surprise yang aku nak buat untuk kali ni. Tengah menung2 tu, sambil tengok rak fail dengan pandangan yang kosong, tetiba terpikir pasal #bukankeranaakutakcinta dengan Ketuk2 Ramadan.

Wokeh! Dah dapat idea! Hmmm... #bukankeranaakutakcinta & Ketuk2 Ramadan dengan birthday My 'Jebat'... macam takde kaitan kan? Takpe2. Relax... Tengok je apa yang ah kak nak buat. He3...

Nak bake sejibik kek, memang tak la kan... Di luar kepakaran ah kak. Nak buat chicken chop, stok pulak nan hado..! Nugget je yang ada. Hmmm... nugget pun bollehhh..! ;)

~ Ding dong... ding dong... sap2 soi... maka siaplah sudah Nugget Chop nih. Susun elok2 dalam pinggan, letak homemade potato wedges beberapa ketul, sira dengan homemade black pepper sauce & last sekali, cucukkan tag. 

Masak & cucuk tag tu inspirasinya adalah dari Ketuk2 Ramadan. Tag yang over tu pulak inspirasinya dari #bukankeranaakutakcinta 

Hah, nampak tak konsepnya kat situ? Hiks...

~ Tang tag tu yang paling mahal tuh! 'JEBAT' kata ko! Ahaks3...

~ Birthday boy yang akan selalu jadik my favourite hubby. Ecewah! ;)

Memula, My 'Jebat' ingat aku lupa birthday dia. Dari tengahari dia membebel...

"Aaby, Abang sedeh... Abang sedeh ni... Hu3..."

Bila aku tanya kenapa, dia kata takde apa2. Alaaa... sedeh sebab wife dia tak wish la tuh! He3...

Padahal, wife dia berlakon je. Pura2 tak tau, pura2 tak ingat. Kata #hannahmastura kan... actingnya harus over! Ha3...


:: Like3, ek! ::



Saturday, December 7, 2013

CADBURY & SENTIMENTAL VALUE

Kesah birthday aku...

Tetap nak include sebagai entry walau dah 2 ++ bulan berlalu. Plus, ada sentimental value. Harus la upload! ;)

Beberapa hari selepas birthday, aku balik kampung. Saja je jenguk2 Mak. Tetiba Mak kata,

"Dik, tadi Kakak ada tinggalkan sesuatu sebelum balik Kajang. Cer tengok dalam peti ais tuh."

Terus ah kak neves suspen bagai... On the spot selongkar fridge. Jumpa something yang siap berbalut cantik. Tak sabor nak tau apa isinya. Isk3... suspen betul!

~ Tarat tat taraaa..!!! Cadbury Dairy Milk rupanya. Terbaheklah!

Buat Kakak, Abang Mie & A_bern... terima kasih untuk birthday pressie yang sesweet ini. Tahun depan kasik 2 bars pulak, ek! Hiks...


:: Like3, ek! ::



Saturday, September 21, 2013

DI HARI LAHIRKU...

Hari Isnin... 16 September...

Kitorang balik rumah Mak. Lebih kurang pukul 10 ++ pagi macam tu la... 

Lapor sangat! Sebab tak breakfast lagik. Perut berdondang sayang sepanjang jalan. Kesian perut. Hu3...

Cadangnya nak ajak Mak keluar makan2 sempena birthday. Tapi, bila terjumpa sambal tumis ikan bilis yang Mak masak kat bawah tudung saji, terus cedok nasik. My 'sayang' pun! Postpone keluar makan2! Ha3... Hadoi!

Perut dah tak berdondang sayang. Syiok! Lepak depan tv sambil layan movie The Expandables 2. Naik sheikh pulak bila tengok hero2 veteran macam Sylvester Stallone, Dolph Lundgren, Chuck Norris, Terry Crews, Bruce Willis, Van Damme, Jet Li & Arnold Schwarzenegger buat come back. Ditambah pulak dengan hero separa veteran macam Jason Statham & si handsome Liam Hemsworth... perrgghhh... memang tak berganjak la kan... He3...

Pukul 3 petang baru keluar jalan2 carik makan. 

~ Kat Port Cafe, di hari lahirku...

~ Mak lapor tahap gaban! Excited dengan The Expandables 2 punya pasallah! He3...

~ Chentahati yang sudi membelanja. ;)

2 nasik ayam penyet + 1 nasik Arab (Lamb Mandy) + 1 sup tulang Surabaya + 2 Ribena laichi + 1 Nescafe ais = Terima kasih chentahati! ;)


:: Like3, ek! ::



Monday, September 16, 2013

WELCOME '3 SERIES'...

Masa tu, aku tengah tengok tv, channel Pelangi 142. Cerita Kafan Sundel Bolong. Tajuk macam seram ya hamat! Tapi, cerita lawak. Ghalit tengok sambil berblogging + berfacebooking.

Tepat jam 12 tengah malam...

~ Tiba2... si dia wish...

Terima kasih, B... sebab ingat tarikh tu setiap tahun...

Terima kasih, Mak... sebab lahirkan anakmu ini ke dunia...

Terima kasih, adik-beradik, in-laws... & terima kasih semua for the awesome wishes... ;)

& Selamat Hari Malaysia too..! ;)

~ Wahai, Malaysia..! Kita berkongsi 'tarikh lahir' nampaknya. ;)

*Credit to: panitia-psvskpk


By the way, I am welcoming my '3 SERIES'... Owh3...


:: Like3, ek! ::



Thursday, September 13, 2012

KERANG BUSUK BAJET SEXY!

Semenjak 2 menjak ni kan, aku suka cakap macam ni...

"B, 16 September tau!"

Kang lagik 15 minit cakap lagik dialog yang sama...

"B, 16 September tau!"

30 minit selepas itu pun cakap lagik... Berminit2 selepas itu pun... My 'sayang' layankan je sambil senyum2. Hiks...

Hari2 pulak tuh! Disertai dengan senyuman kerang busuk bajet sexy! Owh3... ;P

Isk3... over pulak birthday girl to be ni! Ooppsss! ;P


:: Like3, ek! ::



Monday, April 16, 2012

HAPPY BIRTHDAYS KAWAN2...

Bulan ni adalah bulan April. Eh, macam korang tak tau pulak kan... He3...

Saja je... propaganza... ;P

Setiap bulan kot, memang ada opismate yang sambut birthday. Kalau tak kawan2 kat opis aku yang comel nih, maybe ada kat wilayah lain atau negeri mahu pun hq yang sambut birthday.

Macam bulan April, ada sorang opismate aku yang sambut birthday iaitu Cik Ros. Eh, silap! PUAN Roslah! ;P Seperti biasa, kalau ada function apa2 kat opis Ipoh (hq negeri), musti diorang akan celebrate sekali dengan mana2 staf yang sambut birthday bulan tuh.

Macam bulan ni ada Perhimpunan Bulanan. So, diorang kumpulkan staf2 yang lahir dalam bulan April then, celebrate ramai2 lepas Perhimpunan Bulanan. Begitulah kekdahnya...

~ Owh... sebelum apa2, aku nak wish selamat datang & selamat bertugas kepada Pengarah baru nih, Haji Saiful Bahri Haji Omar. Sebelum ni, Haji Saiful posting kat Sabah. Dalam gambar ni muka dia tak nampak sebab dia tengah ghalit tengok gambar2 yang diraikan birthday mereka. Tapi, sekali pandang memang sejibiklah macam PM kita, Tok Jib. Cara bercakap pun sama jugak. Bila dia datang buat lawatan ke opis aku tak lama dulu, terus rasa macam menerima lawatan kerja daripada Tok Jib. He3...

~ Barisan staf yang sambut birthday di bulan April. Happy birthday untuk korang..! ;)

Lepas Perhimpunan Bulanan & majlis sambutan birthday kawan2, bos2 ada meeting pasal pengurusan aset termasuklah bos ah kak kan... Hu3... Makanya, terpaksa la ah kak ngan Ros menebeng menghabiskan masa pergi window shopping. Heh! ;P Kami kan carpool... Nak tak nak, kena la tunggu bos habis meeting, baru boleh balik sama2. 

Well... ah kak memang tak boleh kot berwindow shopping. Asal niat nak window shopping je, musti tershopping jugak. Tak besor, kecik punya barang pun jadik. Tak mahal, murah pun aci jugak. Adeh3...

Aku tershopping brooch 2 bijik. Brooch yang pinkan tudung kat bawah dagu tu, haaa... Memula, macam lalu2 je kat kiosk jual brooch tuh. Tetiba terjeling2 pulak. Lepas tu, terstop & tangan ni gatal dok pilih2. Last2, terbeli! Ha3...

Cer teka kaler ape brooch2 tuh? ;P


:: Like3, ek! ::



Thursday, September 22, 2011

SUDAH KU RASA CHUNKY LOADED ITU..!

Dah 6 hari berlalu... tapi, aku still dalam mood meraikan birthday. 'Happy birthday to me... again..!' Ewah2! ;P

Nak citer & share sketlah pasal birthday celebration nie kan... Well... tahun nie sambutannya macam biasa2 jer. Takde la bercandle light dinner ke... apa ke kan... Super simple! Sebab memasing macam tercarik2 masa jugak la nak keluar berdating..!

Nak keluar time weekend, schedule penuh. Nak keluar time weekdays, macam flat la plak. So, kita kasik celebrate kat rumah jerlah...

~ Bangun pagi2, lepas dapat morning kiss beserta dengan birthday wish daripada my 'sayang', terus order Pizza Hut (delivery). Dalam 30 minit dah sampai si penghantar pizza di depan pintu rumah.

~ Teringin nak try Chunky Loaded. Terpengaruh dengan entry Chunky Loaded kat blog ceeramoon.  

~ Order set Chunky Loaded 1. Ada 1 pizza Chunky Loaded + 4 ketul WingStreet. Nyum3..!!!

~ Suapan kasih. Ecewah! Poyos merangkap gediks betul! Ha3...

~ Sembap, derrr..! Tapi, still kiut kan? Ahaks3...

Kalau nak tau lebih lanjut pasal Chunky Loaded/latest promotion, korang click jer sini, ek?! ;)

Begitu la serba sedikit kesah birthday celebration ah kak untuk tahun nie... Walaupun simple tapi, bila disambut bersama2 dengan orang tersayang, terus jadik seperti... 

'Kelasss... ko Maria..!' 

;P


:: Like3, ek! ::

Friday, September 16, 2011

STICKY MODE ENTRY: 16 SEPTEMBER...

*This is a sticky mode entry. Please scroll down for new updates. Thank you. ;)


Hari Malaysia disambut pada 16 September setiap tahun untuk memperingati penubuhan persekutuan Malaysia di tarikh yang sama pada tahun 1963. Ia menandakan penyertaan bersama Tanah MelayuBorneo Utara (kini Sabah), Sarawak dan Singapura bagi membentuk Malaysia.
Pembentukan persekutuan baru ini dirancangkan berlaku pada 1 Jun 1963 namun kemudiannya ditangguhkan ke 31 Ogos 1963 bagi membolehkan ia disambut bersama-sama dengan sambutan hari kemerdekaan ke-6. Beberapa isu berkaitan dengan bantahan Indonesia dan Filipina untuk pembentukan Malaysia memperlambatkan pengisytiharan hingga ke 16 September pada tahun yang sama. Penangguhan itu juga dibuat bagi membolehkanPertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu memperuntukkan masa membuat pungutan suara di Borneo Utara (kini Sabah) dan Sarawak.
Hari Malaysia merupakan cuti am di negeri Sabah sempena hari keputeraan Yang Di-Pertua Negeri. Ia bukan merupakan cuti am di Sarawak danSemenanjung Malaysia. Mulai tahun 2010, Hari Malaysia juga merupakan cuti am di semua negeri di Malaysia.


*Sumber: wikipedia

~ Selamat Hari Malaysia untuk semua rakyat Malaysia. ;)

16 September... tarikh keramat untuk seluruh rakyat Malaysia & tarikh keramat jugak untuk aku sebab 16 September jugaklah aku dilahirkan ke muka bumi nih. Alhamdulillah... 

1 Malaysia sambut birthday ah kak, noks! Siap dapat public holiday lagik ko! Ko ado..??! Ha3... Over pulak di situ... Gurau2 jer maaa... ;P

Apa2 pun, aku bangga jadik anak Malaysia & aku jugak bangga dilahirkan pada tarikh keramat, 16 September... Thank you, Allah... & terima kasih mak... ;)

Errr... nak hadiah buleh tak? Ahaks3...


:: Like3, ek! ::



Wednesday, January 13, 2010

Lv TuUu...............!!!!!!!!!

KUALA LUMPUR - Teka-teki hadiah hari jadi ke-31 penyanyi tersohor, Datuk Siti Nurhaliza Taruddin terungkai malam tadi apabila suaminya, Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa atau Datuk K menghadiahkan tas tangan jenama Louis Vuitton (LV) berharga lebih RM40,000.

Penyanyi kelahiran Kuala Lipis, Pahang yang juga penggemar barangan berjenama LV sudah mendapat 'hadiah pendahuluan' apabila dibawa bercuti oleh Khalid ke Barcelona, Dublin dan London pada bulan lalu.

Pada tahun 2008, Siti Nurhaliza mendapat hadiah kereta Mercedes Benz hitam bernilai RM800,000 diikuti dengan jam tangan Richard Mille berharga RM200,000 tahun lalu.

"Hadiah itu cukup menggembirakan Siti kerana memang Siti berkenan dengan beg tangan edisi terhad itu.

"Namun apa yang lebih penting kepada rumah tangga kami adalah kasih sayang daripada suami,'' katanya pada majlis sambutan hari jadinya itu yang diadakan serentak dengan majlis pelancaran Album CTKD di Hotel JW Marriot di sini malam tadi.

Album CTKD adalah singkatan nama Siti Nurhaliza dan rakan baiknya yang merupakan penyanyi dari Indonesia, Kris Dayanti.

Datuk K ketika ditanya mengenai hadiah tersebut sekadar berkata:

"Banyak suami yang marahkan saya apabila hadiah yang diberikan kepada Siti diketahui umum kerana ia menyebabkan isteri-isteri di luar sana turut mahukan hadiah yang sama."

Hadiah perkara kedua bagi Siti Nurhaliza dan Datuk K kerana apa yang lebih penting ialah mereka terus bahagia dan ingin segera mendapat cahaya mata.


~ Tema PURPLE ko..! Owhhh... I like lah! ;)


*Sumber: Kosmo

Tok T dapat handbag LV tuuu....!!! Sebut betul2... L.O.U.I.S V.U.I.T.T.O.N... Syiokla Tok T... Every year, dapat birthday gift yang vogue da vass! Caya dowhhh...! Wallawei..! Mantap, babe..! Perrgghhh..!!! Ha! Hapelagik perkataan2/frasa2 yg bersesuaian? Sila add on ye! ;P

Hmmm... bile la my 'sayang' nak dapat title Tan Sri nih? Tak sabor dah nak jadik Puan Sri! Pastu, buleh dapat 5-6 bijik handbag LV! Caya dowhhh..! ;P


::. TrULy, MaDLy, DeEpLy .::

i SeRvE nUfFnAnG aDs

GO SEARCH BY GOOGLE SEARCH ENGINE

Google