SiNgGaH Lg, Ek! ;)

Wednesday, September 18, 2013

LAKSA NGIEEGHORR

Dah lama nak try. Akhirnya tercapai jugak hajat. ;)

Ada la 1 hari tu... jalan2 ngan Mak sambil beli groceries sikit kat Bintang. Ternampak pulak signboard 'Laksa Ngieeghorr' nih. Baik punya dia show-off gambar semangkuk laksa. Terus ajak Mak cuba, try & test! Heh3...

~ Tapau jerrr... RM 2.50 sebungkus. 

Masa beli, sementara tunggu kakak tu siapkan order, sempat jugak la 'interview' kakak tuh. Rupa2nya, Laksa Ngieeghorr ni siap ada delivery lagik..! Dah macam Pizza Hut kekdahnya... Hebaklah! He3...

Dengan syarat, alamat pengorder adalah di sekitar Teluk Intan & kena order paling minima sebanyak 6 bungkus. 

Ye la kan... kalau setakat nak 2, 3 bungkus lepas tu, mintak delivery, memang apekejadahnya la kan... Buang karan je. Tak berbaloi lah diorang nak mengdeliverykannya.

'Ngieeghorr' tu maksudnya 'ngigau'. Bila dislangkan ke loghat Perak maka terhasillah 'ngieeghorr'. Maybe, lepas makan sekali laksa ni kita boleh termengigau2 kot... Tido tak lena kata ko! Dok terbayang Laksa Ngieeghorr. Itu la yang nak disampaikan oleh owner dia agaknya... ;P

Sebelum ni, dok ternampak2 dekat facebook je, orang dok singgah makan & tapau Laksa Ngieeghorr. Sekarang dah merasa. Hmmm... not bad la... Tapi, aku syak, dia pakai ikan sardin. Kalau dia tukar pakai ikan segar tu, musti lagik terbahek dari ladang..!

Apa2 pun, kalau korang nak mengtry, dipersilakan... Boleh usha2 dulu kat facebook Laksa Ngieeghorr nih. Nak terjah terus pun boleh. Carik je alamat kat bawah nih:-

Laksa Ngieeghorr
No. 252, Jalan Cengal
Taman Seri Setia
36000 Teluk Intan, Perak

Sebut betul2...

Laksa NGIEEGHORR... Hiks...


:: Like3, ek! ::



3 comments:

lily lotus said...

haha unik nama laksa ni

nadeera said...

asyik nampak gambar makanan jer..lapar pulak jadinyer..huhuh

safurara said...

tanak kawan lah! knp post pic laksa.kan dh terliur~

i SeRvE nUfFnAnG aDs

GO SEARCH BY GOOGLE SEARCH ENGINE

Google