SiNgGaH Lg, Ek! ;)

Thursday, September 5, 2013

SUP LEKOR

*Slot Ketuk2 Kuali Bersama Areleez (KKBA)

~ Persoalan daripada seorang BFF. Sila click kalau rasa macam rabun ayam. ;P

Meh, nak jawab, meh! ;P

Bahan2:-

1 biji bawang besar (dihiris)
1 inci halia (dihiris)
1 biji bawang putih (dihiris)
1 biji ubi kentang (dipotong dadu)
1 pokok sawi (dipotong)
2 biji telur ayam
5 batang keropok lekor (made from Terengganu, yang packagingnya kaler merah, tak payah rebus pun takpe, boleh goreng terus.)
1/4 kiub ayam Knorr
Serbuk lada hitam
Garam
Minyak masak
Air masak

Cara2 Penyediaan:-

1) Panaskan minyak. Goreng keropok lekor hingga garing. Angkat, toskan & potong kecil2. 
2) Panaskan minyak. Tumis halia, bawang besar & putih hingga naik bau.
3) Tuangkan air masak secukupnya.
4) Masukkan kiub ayam Knorr & ubi kentang.
5) Pecahkan telur. 
6) Perasakan dengan garam & serbuk lada hitam. 
7) Masukkan sawi. Masak seketika. Angkat, hidang & taburkan dengan keropok lekor yang telah dipotong kecil tadi.

~ Sup telur + keropok lekor sebagai garnish = Sup Lekor. Nama harus gempak! Heh3...

Maka terjawablah sudah persoalan daripada Puan Eja sebentar tadi... Peace! ;)


:: Like3, ek! ::



No comments:

i SeRvE nUfFnAnG aDs

GO SEARCH BY GOOGLE SEARCH ENGINE

Google