SiNgGaH Lg, Ek! ;)

Tuesday, September 3, 2013

LAKSA GORENG SINGAPORE

*Slot Ketuk2 Kuali Bersama Areleez (KKBA)

Mengantuk pulak mata kite... Rasa macam nak... zzzzzzzzzzzzzzzzz......... je... Uhuks3...

Dalam dok mengantuk2 tu, sempat jugak update blog. Kesah masak2 lagik..! Ko mampu..??! ;P

Bahan2:-

1 peket laksa (dicuci bersih, dicelur sekejap & ditoskan)
1 tangkai cili merah (dihiris serong)
1 pokok sawi (dipotong)
2 batang fishcake (dihiris)
1 biji telur ayam
1 sudu kecil sos tiram
1 sudu sos tomato
1 sudu kicap manis
2 sudu kicap masin
Minyak
Air masak

Bahan2 Kisar:-

3 biji bawang putih
1 biji bawang besar
5 biji cili padi
2 tangkai cili merah

Cara2 Penyediaan:-

1) Panaskan minyak. Tumis bahan2 kisar hingga naik bau.
2) Perasakan dengan sos tiram, tomato, kicap manis & masin. Sebatikan.
3) Pecahkan telur ayam. Bila dah mengeras sedikit, kacau rata.
4) Masukkan sawi.
5) Tuangkan sedikit air masak jika terlalu kering.
6) Masukkan fishcake. Kacau rata.
7) Masukkan laksa. Sebatikan. Masak seketika, angkat & hidangkan bersama cili merah sebagai hiasan.

~ Laksa Goreng Singapore... katanya..!

~ Siap2 tapau dengan nasik goreng kampung, nak bawak balik rumah Mak. Makan sama2 kekdahnya... Plus, we ols nak amik Mak tido kat rumah kitorang hari tu sebab esoknya Mak ada appointment check BP.

Esok pun Mak ada appointment jugak. Check BP lagik. Harap2 maintain terkawal je BP Mak. Berkat amalkan pengambilan Walit Stevia, Raja Herba & ubat hospital. In shaa Allah... ;)

Hokaylah! Tak larat nak tongkat mata dah. 'Good nite' everybody..! Ha3...


:: Like3, ek! ::



6 comments:

mama ila said...

sedap Nye laksa goreng Singapore.. =)

ArELeEz said...

mama ila,
cubalah masak! ;)

Sya Ahmad said...

wah..cm best jer..laksa buat goreng..

ArELeEz said...

Sya Ahmad,
macam mee goreng. bezanye laksa je.. ;)

♡ m.a.w.a.r_ b.e.r.d.u.r.| ♡ said...

Eh..Mak saya pernah jugak goreng laksa cenggini ..sedap!

ArELeEz said...

♡ m.a.w.a.r_ b.e.r.d.u.r.| ♡,
yupp! tukar selera kan.. asik yg b'kuah je. kite try goreng2 pulak.

i SeRvE nUfFnAnG aDs

GO SEARCH BY GOOGLE SEARCH ENGINE

Google