SiNgGaH Lg, Ek! ;)

Friday, June 28, 2013

PARATHA ROLL WITH GRAVY MASHED POTATO

*Slot Ketuk2 Kuali Bersama Areleez (KKBA)

Bahan2 Untuk Paratha Roll:-

1 keping roti paratha frozen
1 biji telur ayam
1 tangkai cili merah (dicincang)
1/2 biji bawang besar (dicincang)
1 batang sosej ayam 
Mayonis
Garam
Minyak masak

Cara2 Penyediaan Paratha Roll:-

1) Pecahkan telur ayam ke dalam mangkuk. Perasakan dengan sedikit garam. Kacau.
2) Panaskan minyak. Goreng sosej ayam hingga 1/2 masak. Angkat & toskan. Potong sosej ayam kecil2 secara membulat.
3) Panaskan minyak. Panaskan roti paratha hingga garing. Angkat.
4) Panaskan minyak. Tumis cili merah & bawang besar hingga kekuningan.
5) Tuangkan bancuhan telur ayam. 
6) Sebelum mengeras, taburkan sosej ayam ke atas telur. Buat seperti telur dadar. Angkat.
7) Sapukan mayonis ke lapisan atas roti paratha.
8) Lapiskan telur dadar tadi ke atas roti paratha & gulung. Siap!

Bahan2 Untuk Mashed Potato:-

1 biji ubi kentang (dibuang kulit, dicuci bersih & dipotong dadu)
1/2 biji bawang besar (dicincang)
Susu cair
Garam
Serbuk lada hitam
Air

Cara2 Penyediaan Mashed Potato:-

1) Rebus ubi kentang hingga empuk. Angkat & toskan.
2) Masukkan serbuk lada hitam, bawang besar & susu cair ke dalam ubi kentang yang telah ditoskan. 
3) Lenyekkan ubi kentang. Siap jugak!

Bahan2 Untuk Sos (Gravy):-

1/2 biji bawang besar (dicincang)
1 biji bawang putih (dicincang)
1 sudu mentega
1 sudu tepung jagung (dibancuh dengan sedikit air)
1/2 ketul kiub ayam
Serbuk lada hitam
Air masak

Cara2 Penyediaan Sos (Gravy):-

1) Cairkan mentega. Tumis bawang besar & putih hingga naik bau.
2) Tuangkan bancuhan tepung jagung. Kacau rata.
3) Tuangkan air masak secukupnya.
4) Masukkan kiub ayam.
5) Perasakan dengan serbuk lada hitam. Kacau rata. Angkat & tuangkan ke atas mashed potato. Hidangkan bersama paratha roll.

~ Paratha Roll with Gravy Mashed Potato

Dah boleh makan dah. Sesambil layan drama 'Sebenarnya Saya Isteri Dia!' Heh3...


:: Like3, ek! ::



MISI TIZ@NELYDIA LOOK ALIKE DAY 17

Breakfast:-

1 senduk kueteow goreng + 1 biji telur rebus + air suam
Breakfast dengan my 'sayang' kat Ramli Selera Kampung.

Minum pagi:-

Tak sempat nak grab buah limau dalam fridge. So, togok air masak je la...

Lunch:-

1 mangkuk kecik nasik putih + 1 ketul ayam masak pedas + 2 sudu sayur kacang panjang tumis + air masak
Tapau kat Mokcik Banjir la... Mana lagik kan...

Minum petang:-

Tak sempat sebab kerja banyak. Hu3...

~ Dinner: 1 keping paratha roll + gravy mashed potato + air masak. Buat sendirik tau! See the leg la kan... Ahaks3...

Still berdiet, sebenornya. Tapi, on-off. Mencikk!!!

Tak tau la berat badan ni dah turun ke... menaik ke... maintain gitu2 je ke... Tak nak timbang. Ngeri! Hu3...


:: Like3, ek! ::



PEMANGGANG AJAIB ITU...

Setelah merequest sambil kenyit2 mata kat my 'sayang'...

akhirnya...............

~ ... dapat jugak pemanggang ajaib nih. Weehoo..!!!

~ Brand Happycall, made in Korea, harga 80 hengget. Ada apa hal dengan brand kan... Yang penting kualiti lebih kurang sama. Plus, ah kak kan amatur jerrr...

So far, dah pernah buat paratha roll pakai pemanggang ajaib nih. Sangat2 puas hati. Lepas ni, nak try masak mende lainlah. Dah katanya macam2 boleh kan... Kukus, grill, panggang... kukus, grill, panggang, kukus... 

Eh, macam 'Chef Michael' pulak! Heh3...

So, kalau you ols nak pemanggang ajaib yang disponsor oleh kesayangan you ols, jangan lupa kenyit2 mata, ek! Ha3... Tips tak boleh blah! ;P


:: Like3, ek! ::



Thursday, June 27, 2013

KURSUS MEMAHAMI PENYATA KEWANGAN KEPADA KOPERASI BARU

Jadik urusetia merangkap peserta kursus...

Hokay apa..??! Sebab kursus tak sampai petang pun... Half day je. Makan adalah 2 kali. Breakfast & lunch. Tang makan adalah yang paling menjadik faveret. Heh3...

Memula, aku ingatkan aku jadik urusetia sorang2 sebab Kak Ja maybe lambat sikit. Dia balik kampung. Pagi2 tu baru dia bertolak dari KL. 

Takpe... I think I can manage this. Ecewah! Terskipping London pulok. Ahaks3...

~ Mintak tolong Hafiz temankan untuk urusan pendaftaran peserta. 

Kursus ni kat Kompleks SKOMK tu je pun. Dari opis aku tak sampai 5 minit kot. Mengdrive la ah kak hari tu. Nasib baik tak sesat! Fuh! ;P

~ Outfit of the day adalah baju kurung Pahang celoreng2 buat orang yang pandang pening + tudung ekspress kaler merah. Masa jahit baju kurung aku tu kan, Mak membebel2 sebab Mak pun pening. He3...

Half way urusan pendaftaran, Kak Ja roger2 kata nak join. I is hokay jerrr..! Ada jugak geng kan... ;)

Kursus berjalan dengan lancar. Alhamdulillah...

Nampak gayanya, kuota kursus wajib ah kak untuk tahun ni dah cukup. Macam terlebih2 pun ada jugak. Wah, ada nada riak di situ! Ha3...


:: Like3, ek! ::



DARI SIPITANG...

~ Parcel dari Sipitang, Sabah.

Setelah bermacam2 dugaan akhirnya... sampai jugak parcel nih. Alhamdulillah...

Shopping online, actually. Beli sabun kolagen. Sana-sini orang dok kepohchikan pasal produk2 kolagen kan... Makanya, I is tak tahan & terpengaruhlah! So, terjebak beli online. Heh3...

Aku tak pikir lama pun nak membeli sabun kolagen nih. Secara tak sengaja pulak tuh. 

Memang la dah lama berkira2 nak membeli produk berkolagen. Tup2... 1 hari tu, terbaca 1 entry kawan blogger yang jual sabun kolagen. Terberkenan! Terus laju2 roger2 beliau.

Terima kasih, aziefirdaus83... & terima kasih jugak sebab kasik tips2 penggunaan sabun kolagen nih. ;)

Tak sabor nak jadik gebu-gebas macam Tiz Zaqyah & Nelydia Senrose. Ha3... Over, noks!!!


p/s: Entry ni terlambat nak publish. Harap maklum.


:: Like3, ek! ::



CENCARU MASAK DALAM PANTANG

*Slot Ketuk2 Kuali Bersama Areleez (KKBA)

Aku dapat resepi ni daripada Mak. Masa tu, we ols tengah borak2 kat dapur, sesambil Mak siang ikan (termasuk ikan aku. Heh3...), sesambil Mak perturunkan resepi. Aci ingat dalam kepala hotak je nih. ;)

Bahan2:-

2 ekor ikan cencaru (disiang, dipotong 2 & dicuci bersih)
1 biji bawang besar (dihiris)
2 biji bawang putih (diketuk)
1 sudu kecil serbuk lada hitam
1 keping asam keping
1 sudu kecil serbuk kunyit
Garam
Air masak

Bahan2 Tumbuk:-

1 inci halia
1 biji bawang besar

Cara2 Penyediaan:-

1) Masukkan ikan cencaru, bawang besar, bawang putih & bahan2 tumbuk ke dalam periuk.
2) Tuangkan air sehingga ikan cencaru tenggelam (pass2 je tau!) & renehkan.
3) Perasakan dengan asam keping, serbuk lada hitam, serbuk kunyit & garam.
4) Bila mendidih, terbalikkan ikan perlahan2. 
5) Reneh hingga kuahnya agak kering. Angkat & hidangkan.

~ Cencaru Masak Dalam Pantang

Selalunya, masak macam ni pakai ikan masin. Plus, kalau Mak masak pakai ikan masin, memang laju aku tambah nasik. He3...

Tapi, boleh je kalau nak tukar pakai ikan hidup. Terpulang kepada citarasa memasing...

Tang paras kekeringan kuah tu pun terpulang kepada korang jugak. Kalau spesis yang suka kuah banyak makanya, jangan la reneh sampai kering. Macam aku ni, spesis yang tak suka kuah banyak sangat. Suka yang sedang2 je. 

Hokaylah! Selamat mengtry..! ;)


:: Like3, ek! ::



Wednesday, June 26, 2013

BIG POT

Nak shopping sikit dengan my 'sayang'. Merangkap nak mengopakkan poket beliau. He3...

Tujuan utama adalah nak menyopping backpack. Untuk kegunaan kursus. Senang sikit kalau kena berkursus dalam 2 hari je tak payah la nak usung trolley bag tuh. Bawak backpack je dah cukup. Lepas tu, bawak 1 tote bag khas untuk kasut2. 

Bernas tak idea ah kak? Kannnnnnnn.......... ;P

Carik backpack kat Giant, tak jumpa. Actually, ada je... tapi, mahal ya ampon! Kualiti so-so yet mahal! 180++ hengget harganya. Kalau yang ada ciri2 water proof & heat resistance tu berbaloi la jugak kot. Ni yang biasa2 je... Brand pun cap ayam. So, reject!

Ada banyak mende lagik yang nak dishoppingkan sebenornya. Tapi, perut dah lapor sebab tak breakfast lagik. Turun bawah, jalan ke depan sikit, nampak 1 port makan baru. Big Pot kalau tak silap aku namanya. 

So, jom mengtry! ;)

~ Aku order Fishball Fried Kueteow. Sodap!

~ My 'sayang' makan Mee Curry. Fail sikit sebab macam terlebih kunyit. Karinya pun tak kaw. Kaw lagik Zul Mee Kari kat RNR Ulu Bernam

~ Bersih & self service. Means, kita order kat kaunter & bawak sendirik apa yang kita order kat dalam tray ke meja. Air je diorang tolong serve.

~ Menu.

Menunya simple2 je. Nasik lemak, nasik ayam, kueteow & bihun. Lepas ni, aku nak try nasik ayam pulak. 

Korang pun kalau nak try, ok jerrr... Terjah sini:-

Big Pot
Rapid Mall Seri Intan, Bandar Teluk Intan
Jalan Changkat Jong
Teluk Intan, Perak

Betl2 dalam Giant tuh. Pendek kata, kalau jumpa Giant makan akan terjumpa jugaklah dengan Big Pot nih. Opposite Sushi King.

Lepas makan, sambung shopping. Tapi, bukan kat Giant, kat Teluk Intan terus. Dapat backpack within 65 hengget. Kaler harus oren. Heh3...


:: Like3, ek! ::



KENDURI DI SERI ISKANDAR

Ada jemputan kenduri. Anak cousin my 'sayang' kahwin. Adalah tak wajar kalau tak pergi kan... Plus, mertua dah book awal2. 

Ah kak kan menantu hantu... Eh, menantu pilihanlah! He3...

Rumah cousin my 'sayang' tu adalah kat Seri Iskandar. Tak la jauh sangat dari Teluk Intan. Dalam sejam macam tu la...

~ Tapi, dalam dok sejam tu pun aku sempat jugak mentido. Bila dah sampai, my 'sayang' kejut, terus laju2 touch-up & jadiklah comel seperti ini... Ahaks3...

~ We ols...

Sampai2, terus makan. Lapor kot..! Menu not bad jugak la. Paling aku suka adalah ayam panggang.

~ Amik kesempatan jenguk bilik pengantin kejap. Tapi, tak sempat nak tunggu pengantin bersanding sebab diorang bersanding agak lambat. Rombongan pengantin pompuan sesat-barat katanya...

Apa2 pun, congrats untuk pengantin. Semoga happy2 selalu. Amin...

On the way balik, we ols tak singgah mana2 pun. Paham2 je la, bila dah kenyang tu semua mentido je lah. Memula Abah tido, lepas tu, Qistina, lepas tu, Udda. Last sekali, aku. 

Memula, kengkononnya tak nak tido sebab bajet nak teman my 'sayang'. Tapi, haub je la kot..! Hujung2 my 'sayang' sembang sorang2 katanya... He3...

Ya ampon, B..! Ya ampon... ;P

Lepak kat rumah mertua sampai petang sebab nak tunggu baby baru Awa balik dari hospital. Eh, lupa nak bagitau! Awa dah dapat baby girl ke-2. Peneman Qistina. 

Nama yang difinalizekan masa tu adalah Nurul Alesya Qurratu'ain. Yang 'Nurul Alesya' tu macam dah confirm. Tang 'Qurratu'ain' tu je yang tak berapa nak confirm. Cadangan masih dibuka katanya...

Aku cadangkan Nurul Alesya Qawiema. Tak pun Nurul Alesya Qaisara. Tapi, tak kesahlah. Qawiema ke... Qaisara ke... Qurratu'ain ke... aci je. Yang penting baby sihat. ;)

Sempat la bermanjas2 dengan baby Alesya. Actually, baby Alesya kena jaundice. Tapi, takde la sampai kena admit. Cuma kena follow-up jumpa doktor la.

Hmmm... dah bertambah sorang lagik anak sedara. Duit raya, owh... duit raya! He3...


:: Like3, ek! ::



LONGKANG ITU KEJAM!

Kesah 6 Jun 2013...

Ada Perhimpunan Bulanan kat SKM Perak. Nama naik. Nak tak nak, kena la pergi kan... 'Saya yang menurut perintah' katanya...

~ Posing dulu sebelum V.V.I.P sampai. Heh3...

Terima kasih Hafiz sebab jadik Mr. Driver hari tu. We ols pergi bertiga. Hafiz, aku & Kak Nana. Tapi, Hafiz attend Perhimpunan Bulanan je. Bowling dia tak terlibat.

Owh... lupa nak bagitau. Belah petang, ada pemilihan pemain bowling untuk Karnival Sukan SKM. Aku ngan Kak Nana terlibat. Makanya, terpaksa la mintak hubby memasing amik time balik...

Kalau ikut jadual asal, bowling start pukul 4 petang. Tapi, we ols mintak awalkan sikit sebab Perhimpunan Bulanan habis pukul 12 tengahari. Pitam pulak nak menunggu sampai pukul 4 petang kan... Nak menebeng kat mana pun tak tau.

Last2, diawalkan ke pukul 3 petang. Hmmm... bolehlah tuh!

Sementara nak ke pukul 3 petang tu, aku, Kak Nana & Murni training dulu. Ececehhh..!!! Bunyik macam bowlers terhebak je kan... Nak training bagai... Ha3...

~ Ah kak dah bertukar..!!! ;)

~ Gaya pompuan Melayu mutakhir membaling bola... Lemah-lembut & tatasusila itu perlu, ye bapak2 ibuk2... Ha3...

~ Bowlers yang sweet2 belaka. Ahaks3...

~ Sweet jugak...

Training pun banyak yang ke longkang. Neves pulak nak ke peringkat saringan. Ngeeee...

Pukul 3++ petang semua pun turun. We ols main kat Ampang Superbowl, Ipoh Parade. Pengarah pun join sekali, hokay..! Bertambah neves ah kak! ;P

Belasah je lah! Baling je! Yang penting vogue da vass! Ha3... Motip sangat kan...

Habis main pukul 6++ petang. Ah kak dapat rasakan yang ah kak tak terpilih. Tengok result la kan... Plus, asik ke longkang je. Kejam tau longkang tuh! Mencikkk!!!

Dah berhempas-pulas main bowling, harus la rasa lapor kan... We ols makan kat Dataran Majlis Bandaraya Ipoh (MBI).

~ Jumpa abang2 askar ni. Masa my 'sayang' nak snap gambar diorang, diorang siap panggil, 'Bang, amik gambar kitorang, bang. P.E.A.C.E!' Comel lah! He3...

~ Kakak2 askar pun ada tau! Tapi, tersorok di kalangan abang2 askar. ;P

Memula, rasa pelik jugak, apsal abang2 askar & abang2 polis banyak sangat kat situ kan? Rupa2nya ada solat hajat memohon keamanan & keselamatan para perajurit katanya...

Ingatkan nak pekena char kueteow. Tapi, diorang baru nak bukak gerai la... Means, kalau nak order char kueteow tu macam amik masa sikit la kot. Dah la abang2 & kakak2 askar pun melepak kat gerai2 yang ada kat situ jugak. Sure lambat kan... So, kitorang order apa yang dah available, kat gerai yang kurang customer je.

~ Bakso 2, char kueteow 1.

Char kueteow tu order last minute sebab nampak abang tu dah start nak masak char kueteow. Kesimpulannya, bakso tu so-so & char kueteow tu pun so-so je. Tapi, habis jugak! Dasar kan... He3...

Lepas makan, tak singgah mana2 dah. Tak kose! Menikmati pemandangan on the way balik tu je.

Sampai rumah pukul 9 malam. Sekian...


:: Like3, ek! ::



WORDLESS WEDNESDAY #31: SOYA

~ Breakfast di suatu hari... minum ni je.

Percaya tak, you ols? ;P


:: Like3, ek! ::



Tuesday, June 25, 2013

AYAM GORENG SEMPOI

*Slot Ketuk2 Kuali Bersama Areleez (KKBA)

Sempoi sangat..! Tak caya, cer scroll down... Cer scroll down...

Bahan2:-

1/2 ekor ayam (disiang, dipotong & dicuci bersih)
1 biji bawang besar (dihiris)
2 biji bawang putih (diketuk & dicincang)
1 inci halia (dihiris)
7 - 10 biji cili padi
1 tangkai cili merah (dibelah 2, dibuang biji & dihiris serong)
1 sudu serbuk kari
1/2 sudu kecil air asam jawa Xtra Adabi
Minyak masak
Air masak
Garam

Cara2 Penyediaan:-

1) Lumur ayam dengan serbuk kari & sedikit garam. Panaskan minyak. Goreng ayam hingga garing. Angkat & toskan.
2) Panaskan minyak. Tumis halia, bawang besar & putih hingga naik bau.
3) Masukkan cili merah & padi.
4) Tuangkan sedikit air masak.
5) Perasakan dengan garam & air asam jawa.
6) Masukkan ayam yang telah digoreng tadi. Sebatikan. Angkat & hidangkan.

~ Ayam Goreng Sempoi

Nak ratah boleh, nak makan dengan nasik pun aci jugak. Apa ada hal kan... 


:: Like3, ek! ::



Monday, June 24, 2013

KURSUS KECERGASAN DIRI KATANYA...

Tetiba je dapat surat arahan berkursus. Paling tak boleh blah adalah bila mengtengok nama kursus tuh, Kursus Kecergasan Diri katanya... 

Va3..!!! Feeling atlit yang bermuscle2 sangat..! Ha3...

Hokay, fine! Sudah2 berangan tuh. Sila kembali ke jalan yang benar... ;P

Begini kesahnya... SKM nak buat Karnival Sukan. Makanya, we ols yang menurut perintah ni kena la involve. Rela ke... paksarela ke... redah je lah. Seantero SKM dibahagikan kepada 3 zon. Zon Tengah, Utara & Selatan. Aku adalah tergolong dalam Zon Tengah.

Kursus Kecergasan Diri ni merangkap pemilihan kontinjen la kekdahnya...

Venue sangat la dasat! Kat Ampang Pecah Training Centre, Kuala Kubu Bharu, Selangor nun! Merangkap kem PLKN. Hadoiiyaiiinyapon!!!

~ Selamat sampai. Tengah tunggu urusetia kasik briefing.

Tapi, briefing ditangguhkan sebab ada yang tak sampai lagik. So, we ols 'check-in' dulu.

~ Dah namanya pun kem PLKN kan... Jadik inilah rupa paras penginapannya. Hu3... Sedeh!

Kursus ni 2 hari 1 malam. Aktiviti day 1 adalah pemilihan pemain volleyball. Sumpah, ah kak memang bukan sportswoman! Sangat2 bangku! Bukan setakat kaki je... tapi, tangan, lutut, lengan, bla3... semuanya sangat bangku! Tapi, ada hati nak join pemilihan atlet untuk sukan kan... Sangat tak relevan! Ha3...

Tapi, nak buat macam mana kan... Dah katanya 'Saya yang menurut perintah'... Belasah je la...

Cuba mengsportingkan diri walaupun perasaan malu tu macam tak berapa nak terbendung. Hu3... 

Nasib baik aku jenis yang minat nak tengok a few sukan kat tv. Boleh jugak dijadikkan panduan. Tapi, bab2 rules peraturan bagai... memang ke lautlah! Apapuntakboleh!!!

Bila dah try2 main tu, baru la macam...

"Ooo... sorang2 kena serve..."

"Ooo... lepas tu kena rotate2 kedudukan pulak..."

"Ooo... begitu... Ooo... begini... Ooo... bla3..."

Nampak tak kebangkuannya di situ? Adeh3...

~ Day 2...

~ 'Atlet2' yang kiut2 jelita. Ahaks3...

~ Breakfast dulu. Kalau tak kang perut ah kak meroyan! ;P

Makan kat dining hall je. Lepas makan, kena basuh pinggan & cawan sendirik. Owh... back to skool sangat..! Hu3...

~ Lepas makan, bergayut. Ceria sangat I ols tau! Harap2 bila balik kang, berjaya mengtinggi sikit. He3...

Pagi day 2 ada pemilihan untuk pemain netball. Memandangkan takde siapa2 lagik kat padang makanya, we ols bersiar2 sambil berpoya2 dululah. ;P

~ Geng huru-hara dah takde. Dah bertukar jadik Geng Ini Semua Poyo! (GISP!) Suka hati je kan... Hiks...

~ Atlet yang penuh tatasusila. ;P

~ GISP! sedang beronok2. ;)

~ Amik mood, lepak kat court.

~ Tetiba ah kak jadik WA. Yang ah kak tau WA samadengan Wind Attack. Apakah kan..??! 

Tau2 je la netball ni kan... Tak semua tempat boleh kita masuk. Ikut bib yang kita pakai. Tapi, ada aku kesah..??! Dah katanya pun buta peraturan kan... Semua ceruk ah kak mencelah! Ha3...

~ Keciknya we ols... ;P

Nasib baik la kursus ni 2 hari 1 malam je. Kalau lebih, berkemungkinan besor aku cha alip bot awal, mintak my 'sayang' amik ke apa ke kan... Sebab tak tahan dengan accomodationlah. 

Well... aku sedia maklum kalau dah namanya kem PLKN memang la kena stay kat dorm, kena makan kat dining hall bagai... Aku bajet tahap aku boleh tido dengan aman secara ala kadar pun dah hokay je. Tapi, aku tak expect la yang dorm tu sangat2 teruk dengan taik cicak bersepah2, bila malam nyamuk ya ampon... punya banyak! Dah la skang musim panas. 

1 dorm ada 14 orang, katil double decker, kipas siling ada 2 kot. Bila malam, panas membahang + nyamuk = cer ko bayangkan betapa stressnya ah kak! Nak pakai selimut, panas! Tak pakai kang, nyamuk geget! Mencik dilema!!!

Toilet lagik la ya ampon..! Asal mandi je kena geget nyamuk! Asal kena geget nyamuk je mandi! Flush semua rosak. Harap jirus je la. Scary hokay toiletnya... Adeh3... 

Sekian cerita Kursus Kecergasan Diri yang 'scary'... 

Eh, kejap! Nak kasik kesimpulan pasal pemilihan pemain. Errr... kesimpulannya, ah kak tak terpilih pun... Pasrah gitu..! Tapi, takpe... I is hokay jerrr... 

Sporting, bebeh! Sporting! & supportive. ;)


:: Like3, ek! ::



Saturday, June 22, 2013

LAI CHI KANG SESEDAP RASA

*Slot Ketuk2 Kuali Bersama Areleez (KKBA)

Asik mengesahkan pasal makanan je kan dalam KKBA nih. Adalah lebih afdal kalau ah kak tukar sikit, kita ke minuman pulak.

Lai chi kang katanya... 

Bahan2:-

1 biji epal hijau (dipotong dadu)
1 biji epal merah (dipotong dadu)
1 peket selasih
1/2 ketul lengkong hitam (dicincang)
1 tin laichi
1 cawan Nata d Coco
Kiub ais
Air

Cara2 Penyediaan:-

1) Masukkan epal hijau, merah, selasih, lengkong hitam, Nata d Coco, kiub ais & laichi bersama airnya ke dalam jag.
2) Tuangkan air secukupnya. Dah siap!

~ Lai Chi Kang Sesedap Rasa... namanya. ;P Aku tak tambah gula sebab air dari laichi tin tu dah sedia manis. Plus, aku & my 'sayang' bukan spesis pemanis. We ols suka yang manis2 buah je...

Ya ampon... punya senang nak buatnya! Kalau buat time cuaca panas membahang, memang terbaheklah! 

Tapi, kalau cuaca sesejuk & seangin sepoi2 bahasa kat Cameron ni tak berapa nak sesuai kot...

Eh, tetiba cerita pasal Cameron kan! Apakah..??! Tak surprise langsung! Heh3...


:: Like3, ek! ::



Sunday, June 16, 2013

ACAR AYAM HO LIAO!

*Slot Ketuk2 Kuali Bersama Areleez (KKBA)

Berderet2 cerita pasal makanan kan... Sambil menaip, sambil meleleh2 air liur. Boleh gitu..?!! Ha3...

Suatu hari, ah kak menggoogle resepi. Terjumpa resepi acar ikan. Macam chantek, menarik, tertarik komemangthebomb la pulak kan... 

Tapi, ikan dah out of stock. Ada ayam je. Ayam pun ayamlah. Asal boleh. ;)

Bahan2:-

1/2 ekor ayam (disiang, dipotong kecil & dicuci bersih)
2 tangkai cili merah (dibelah 2)
7 biji baby zuccini (dibelah 2)
1 biji tomato (dibelah 4)
2 sudu air asam jawa
1 biji bawang besar (dihiris kasar)
2 biji bawang putih (dihiris)
1 inci halia (dihiris)
1 sudu serbuk kunyit
5 biji cili padi
Minyak masak
Air masak
Garam

Cara2 Penyediaan:-

1) Lumur ayam dengan serbuk kunyit & sedikit garam. Panaskan minyak. Goreng ayam hingga garing. Angkat & toskan.
2) Panaskan minyak. Tumis halia, bawang putih & bawang besar hingga naik bau.
3) Tuangkan air asam jawa.
4) Masukkan baby zuccini, cili padi & cili merah.
5) Tuangkan air masak jika terlalu kering.
6) Perasakan dengan garam.
7) Masukkan ayam yang telah digoreng tadi & tomato. Kacau rata. Angkat & hidangkan.

~ Acar Ayam Ho Liao! Tak payah lauk lain. 1 lauk ni pun dah cukup. Makan dengan nasik panas2.  Pasti uummpphhh!!!

~ Tapi, rezeki we ols murah hari tu. Mak ada kasik ayam masak lemak cili padi ngan ikan kayu goreng. Paratha rolls tu ah kak yang buat. 

Sekian, menu dinner we ols... 

Alhamdulillah... ;)


:: Like3, ek! ::



Saturday, June 15, 2013

MEJA #28

Malam...

My 'sayang' ajak dating. I is hokay jerrr..! He3...

Wana Cafe jadik pilihan. Sebab sebelum ni, my 'sayang' pernah order air Ribena laichi. Waiter tu promo Ribena soda. 

Disebabkan teringin nak mengtry Ribena soda tu la we ols terjah Wana Cafe. Boleh gitu kan..! He3...

~ Beverages 'podium'. ;P

~ Tekak ni teringin nak makan bihun goreng. Jadik, order la bihun goreng. Of course la kan... Takkan tekak nak makan bihun goreng tapi, dok order chicken chop pulak! ;P


Tapi, aku pernah je nak makan lain, order lain. Selalu kot... Contoh: Dari rumah dah pikir dah nak makan kueteow tomyam. Tapi, bila sampai port makan, mulut gediks dok cakap nak mee goreng mamak. 

Apakah..??! ;P

Korang pernah jadik macam ni jugak tak?

~ Nasik putih + sup ekor + telur dadar. Selera my 'sayang'.

Lepas makan, my 'sayang' bawak jalan2 amik angin malam sambil tengok Menara Condong Teluk Intan. Owh... romantik je rasanya..! Terus jatuh chenta yang ke seratuslimapuluhjuta! 

Ha3... Over!!!

Sekian, kesah 'Meja #28'... ;)


:: Like3, ek! ::



ASAM REBUS IKAN TERMENUNG AKU DAH BOSAN!

*Slot Ketuk2 Kuali Bersama Areleez (KKBA)

Hari Jumaat lepas punya cerita kot... 

Bosan sangat dah sebab asik2 makan kat kedai / tapau je kan... Sampai dah boleh hafal menu2 yang available kat satu2 kedai tuh. So, ah kak amik keputusan nak masak je la untuk lunch. Lunch hour di hari Jumaat kan lama dari biasa. Masak yang simple2, confirm sempat sangatlah!

Bahan2:-

3 ekor ikan termenung (disiang & dicuci bersih)
1 biji tomato (dibelah 4)
7 batang kacang bendi
1 sudu kecil serbuk kunyit
1 keping asam keping
5 helai daun limau purut
5 biji cili padi
Air masak
Garam

Bahan2 Tumbuk:-

1 biji bawang besar
2 biji bawang putih

Cara2 Penyediaan:-

1) Masukkan bahan2 tumbuk ke dalam periuk.
2) Masukkan air. Reneh dengan api sederhana.
3) Masukkan ikan termenung, serbuk kunyit & asam keping.
4) Masukkan daun limau purut & cili padi.
5) Perasakan dengan garam.
6) Masukkan kacang bendi & tomato. Masak seketika. Angkat & hidangkan.

~ Siap dah... Asam Rebus Ikan Termenung Aku Dah Bosan! ;P

Ada lebih lagik 4 ekor ikan termenung. Aku goreng je. Lepas tu, buat cicah cili kicap. Nasik putih panas2 + asam rebus ikan termenung + ikan termenung goreng + cili kicap = Terbaheklah..!!!


:: Like3, ek! ::



ROOT CANAL TREATMENT

Appointment Root Canal Treatment (RCT) mak...

You ols tau tak apakah itu RCT? Hmmm... kalau you ols tak berapa nak tau, meh I ols bagitau, ek! ;)

RCT ni salah 1 cara nak elak gigi dari dicabut. Maksudnya, kata la gigi yang sakit tu still elok, tak berlubang bagai... Of course la sayang nak cabut kan... So, dentist akan syorkan untuk buat RCT. 

Means, kerosakan tu berlaku pada saraf / akar gigi. That's why gigi tu tetap sakit walaupun tak berlubang ke apa ke kan... RCT ni lebih kepada rawatan akar / saraf gigi la. 

Begitu la serba sedikit info pasal RCT...

Kalau nak tau lebih lanjut, contohnya pasal prosedur ke kan... sila la google, ye! Bersepah2 artikel pasal RCT. Harap maklum... ;)

~ Lepas buat RCT, aku bawak Mak mengeteh kat Wana Cafe. Mak order lai chi kang ngan bihun tomyam. Aku pulak makan kueteow tomyam. 

Sebenornya, masa buat RCT tu, mulut Mak injured sikit. Terkena mende macam lilin panas yang diorang guna untuk RCT tuh. Nurse tu la careless ya ampon..! Dah macam kena ulcer je mulut Mak. Jenuh jugak la dentist tu mintak mahap bagi pihak nurse yang mengong tuh! 

Aku memang pangkah dari mula lagik nurse tu. Memang la muda remaja lagik. Tapi, berlagaks je kan... Poyo! Perasan bagus! Mencik!!! Ikutkan hati rasa nak lempang je muka dia! Nasib baik Mak saborkan... Huh!

Dentist kasik ubat untuk sapu kat mulut Mak yang injured tuh. Fine la kan... pasal ubat tuh! Tapi, yang aku tak puas hati, boleh pulak si nurse mengong tu cakap begini...

"Ubat ni sapu kat mulut kalau rasa sakit. Ubat ni mahal tau! Kat farmasi klinik kesihatan ni takde. Kalau nak, kena beli kat farmasi luar. Tapi, harga dia mahal la."

W.T.F kan...!!! 

Nak kasik ubat, kasik je la... Appologize la sikit sebab injury tu kan sebab kecareless-an dia. Apakejadah dia nak ungkit pasal harga ubat pulak! 

Aku nampak kecikkkkkk... je nurse mengong tu tau! Kalau Mak tak tarik aku, mau ada yang jadik lempeng. Geram!!!

~ Mak buat lakonan semula. Saja je tau... nak kasik anak dia yang tengah berapi ni chill sikit. Hokay, Mak menang! Hu3...



Beberapa hari lepas tu, aku follow up dengan Mak. Mak kata pedih sikit je tapi, takde la sampai sepedih ulcer. Sebab Mak sapu ubat tu cepat2. 

Alhamdulillah... semuanya hokay. Kalau tak hokay, siap la nurse mengong tu! Kaw2 aku kasik ceramah kat dia kang! Huh!

Eh, nak bagitau jugak nih! Antara penyebab akar / saraf gigi sakit adalah sama ada patient suka makan asam / jeruk sebagai habit atau suka makan makanan keras. & Mak adalah kategori pemakan makanan keras. 1 habit Mak adalah Mak suka kunyah beras especially lepas makan. Dulu2 pulak Mak suka kokak tebu pakai gigi je. Ganas tak Mak? Ha3...

Bila aku tarbiah, laju je Mak tukar topik lain. Hadoiiyaiiinyapon..!!!


:: Like3, ek! ::



PARATHA ROLL + MASHED POTATO ALA WESTERN

*Slot Ketuk2 Kuali Bersama Areleez (KKBA)

My 'sayang' ada belikan roti paratha yang frozen tuh. Terpikir nak buat kelainan instead of panaskan & cicah ngan kari / kuah2 lain yang sewaktu dengannya. Cuba nak bereksperimentasi sikit. Ecewah!!! ;P

Bahan2 Untuk Paratha Roll:-

1 keping roti paratha frozen
1 biji telur ayam
1 tangkai cili merah (dicincang)
1/2 biji bawang besar (dicincang)
1 batang sosej ayam 
Mayonis
Thousand Island
Garam
Minyak masak

Cara2 Penyediaan Paratha Roll:-

1) Pecahkan telur ayam ke dalam mangkuk. Perasakan dengan sedikit garam. Kacau.
2) Panaskan minyak. Goreng sosej ayam hingga 1/2 masak. Angkat & toskan. Potong sosej ayam kecil2 secara membulat.
3) Panaskan minyak. Panaskan roti paratha hingga garing. Angkat.
4) Panaskan minyak. Tumis cili merah & bawang besar hingga kekuningan.
5) Tuangkan bancuhan telur ayam. 
6) Sebelum mengeras, taburkan sosej ayam ke atas telur. Buat seperti telur dadar. Angkat.
7) Sapukan mayonis ke lapisan atas roti paratha.
8) Lapiskan telur dadar tadi ke atas roti paratha & gulung.
9) Dressingkan dengan Thousand Island. Siap!

Bahan2 Untuk Mashed Potato:-

1 biji ubi kentang (dibuang kulit, dicuci bersih & dipotong dadu)
1/2 biji bawang besar (dicincang)
Susu cair
Garam
Serbuk lada hitam
Air

Cara2 Penyediaan Mashed Potato:-

1) Rebus ubi kentang hingga empuk. Angkat & toskan.
2) Masukkan serbuk lada hitam, bawang besar & susu cair ke dalam ubi kentang yang telah ditoskan. 
3) Lenyekkan ubi kentang.
4) Dressingkan dengan Thousand Island.

~ Hidangkan dua2nya macam ni. Maka jadiklah Paratha Roll + Mashed Potato ala Western. ;) Errr... portion macam ni adalah untuk sepinggan, ye! Kalau jenis perut comel, boleh je sharing makan sepinggan. Tapi, kalau jenis tangki besor, kena gandakan portion bahan2 tu la. Harap maklum...

Eksperimentasi berjaya..! ;)

Petunjuk prestasi / Key Performance Index (KPI) nya adalah my 'sayang' request suruh buat lagik. Hoyyeahhh..!!! ;P

Boleh masukkan dalam Sasaran Kerja Tahunan (SKT) nih. Erkkk! Motip..??! Ha3...


:: Like3, ek! ::



Thursday, June 13, 2013

BILA DAH KENYANG KAN...

Pejam celik, pejam celik je kan... dah nak sampai ke bulan Ramadan... 

Hmmm... laju je pikiran melayang, dok terbayangkan pasar ramadan (PARAM). Syiok tengok suasana tu. Tu baru suasana. Belum lagik tang juadah2 yang dijual. Kat PARAM la boleh jumpa satar, karipap dengan inti yang macam2, bubur pulak toksah cerita la kan... memang variety habis! Macam2 nama, beraneka kaler. 

Memang boleh rambang mata dibuatnya! Nak2 pulak tengah lapor tu kan... Nafsu membeli membuak2 sungguh! 

Over kan pemikiran? Ganti puasa pun tak habis lagik, dah gediks nak bayang2kan PARAM bagai... Meh nak sekeh kepala lutut sendirik, meh! Hu3...

Baru2 ni, ah kak berjaya ganti puasa. Wah, seperti ada nada riak pulak di situ kan... Ha3...

Bila dah petang2 sikit nak membawak ke pukul 7 malam tu, mula la dok reka2 nak berbuka apa la kan... Biasa la tuh. Tekak hari tu bajet ngengada lebih, nak makan makanan Arab alkesahnya... Heh3...

~ My 'sayang' yang gorgeous. ;) Pujian harus berbakul, hokay..! ;P

~ Sudu tu props je. Takde kena-mengena dengan ini cerita.

~ Tak lain tak bukan, we ols ke Asiatica lah.

~ Lemonade.

~ Asiatica Shawarma. Makan mende alah ni pun sebenornya dah kenyang, hokay! Sebab dia ada 4 keping roti pita berintikan minced chicken + sos dihidangkan bersama fries. 

Tapi, ah kak kan tamak... Mana mungkin makan itu je kan... Puasa2 macam ni, musti nak carik nasik. ;P

~ Terbayang Dajaj Khaari (Chicken) yang aku order masa farewell Encik Sukeri dulu. So, aku re-order.

~ My 'sayang' makan Dajaj Khaari (Lamb). 

~ Desertnya pulak adalah Moist Choco Cake, bentuk hati. Siap ada strawberry ditempek kat atas whipped cream lagik..! Kiut sangat..! Yang penting, FREE, noks! Owh... heaven... ;)

Memang gendang-gendut tali kecapi sangat we ols malam tu. Nak bangun keluar dari Asiatica pun ya ampon... punya malas! Ha3... 

Buruk betul perangai bila dah kenyang. ;P


:: Like3, ek! ::



i SeRvE nUfFnAnG aDs

GO SEARCH BY GOOGLE SEARCH ENGINE

Google