SiNgGaH Lg, Ek! ;)

Showing posts with label PUASA GANTI. Show all posts
Showing posts with label PUASA GANTI. Show all posts

Thursday, June 13, 2013

BILA DAH KENYANG KAN...

Pejam celik, pejam celik je kan... dah nak sampai ke bulan Ramadan... 

Hmmm... laju je pikiran melayang, dok terbayangkan pasar ramadan (PARAM). Syiok tengok suasana tu. Tu baru suasana. Belum lagik tang juadah2 yang dijual. Kat PARAM la boleh jumpa satar, karipap dengan inti yang macam2, bubur pulak toksah cerita la kan... memang variety habis! Macam2 nama, beraneka kaler. 

Memang boleh rambang mata dibuatnya! Nak2 pulak tengah lapor tu kan... Nafsu membeli membuak2 sungguh! 

Over kan pemikiran? Ganti puasa pun tak habis lagik, dah gediks nak bayang2kan PARAM bagai... Meh nak sekeh kepala lutut sendirik, meh! Hu3...

Baru2 ni, ah kak berjaya ganti puasa. Wah, seperti ada nada riak pulak di situ kan... Ha3...

Bila dah petang2 sikit nak membawak ke pukul 7 malam tu, mula la dok reka2 nak berbuka apa la kan... Biasa la tuh. Tekak hari tu bajet ngengada lebih, nak makan makanan Arab alkesahnya... Heh3...

~ My 'sayang' yang gorgeous. ;) Pujian harus berbakul, hokay..! ;P

~ Sudu tu props je. Takde kena-mengena dengan ini cerita.

~ Tak lain tak bukan, we ols ke Asiatica lah.

~ Lemonade.

~ Asiatica Shawarma. Makan mende alah ni pun sebenornya dah kenyang, hokay! Sebab dia ada 4 keping roti pita berintikan minced chicken + sos dihidangkan bersama fries. 

Tapi, ah kak kan tamak... Mana mungkin makan itu je kan... Puasa2 macam ni, musti nak carik nasik. ;P

~ Terbayang Dajaj Khaari (Chicken) yang aku order masa farewell Encik Sukeri dulu. So, aku re-order.

~ My 'sayang' makan Dajaj Khaari (Lamb). 

~ Desertnya pulak adalah Moist Choco Cake, bentuk hati. Siap ada strawberry ditempek kat atas whipped cream lagik..! Kiut sangat..! Yang penting, FREE, noks! Owh... heaven... ;)

Memang gendang-gendut tali kecapi sangat we ols malam tu. Nak bangun keluar dari Asiatica pun ya ampon... punya malas! Ha3... 

Buruk betul perangai bila dah kenyang. ;P


:: Like3, ek! ::



Thursday, April 25, 2013

NAK TERDEMAM KOT

Tak sodap badan...

Rasa nak demam je kekdahnya... Hu3...

Aku syak sebab aku dok togok air ais je semenjak 2 menjak nih. Tak kira masa! Air masak pulak tak berapa dipandang. Lepas tu, saja menggediks main hujan yang manjas2 tuh. My 'sayang' nak payungkan masuk dalam kereta, boleh pulak aku larik mencicit. Bajet kebal hujan la tu kan... 

Skang, amekaw! Kebal ke idok..??! Hu3...

Dari hari Isnin dah start bersin. Tapi, boleh bertahan lagik. Malam tadi, flat. Bersin sesado! Nak kena flu la tuh! Tengok Konsert Kilauan Emas pun tak feel sebab hidung dah start berair. Adeh3...

Habis je Kilauan Emas, we ols ke Sam Burger. Aku dok diam2 dalam kereta je. My 'sayang' tapaukan nasik goreng kampung sebab kengkononnya nak bersahur la kan... Nak ganti puasa cadangnya. 

Tapi, cancel sebab tak terbangun sahur 1 hal. Lepas tu pulak, badan dah rasa lain macam sangat. Even tido pun tak berapa lena. Kejap2 terjaga, suruh my 'sayang' massage kat kepala la... belakang leher la... Isteri yang manjas katanya kan... Ahaks3... Pui! ;P

Malam tadi dah telan ubat flu. Ubat demam takde amik. Kengkonon nak wait & see la kan... Ha3... Nampak sangat berchenta nak makan ubat! Adeh3...

Doakan ah kak cepat sembuh, ye! Terima kasih... ;)


:: Like3, ek! ::



Saturday, July 16, 2011

LAST MINUTE... GANTI PUASA

Bbrrppp..!!! Alhamdulillah... kenyang sudah... Heh3...

Kata tadi 'makan sorang2 adalah tak best'. Tapi, hujung2 sendawa kemain kuat lagik ko! Ha3... Propa betul ah kak nih! ;P

Hokay! Nie nak citer pasal ganti puasa. Hari Selasa, aku puasa ganti. Last minute, dowh... ;P

Biasa la aku kan... kalau puasa, harus la time berbuka, balik rumah mak. Plus, mak pun memang puasa jugak hari tu. Puasa sunat.

~ Menu berbuka memang terbaik dari ladang! Mak buat laksa. Owh... nom3!!! ;P

~ Nasik putih wajib la ada. Kalau laksa jer, mau menggelupur kelaporan la my 'sayang' tuh. Ha3... Lauk plak adalah ikan  tumis cili padi. Pedas tapi, marvellous!

~ Bayam tumis pun ado. Gegar2 plak tangan nih masa snap gambar. Haish!

~ My fav kuih, popia. Popia basah ada... popia goreng pun ada... My 'sayang' tapaukan dari Pekan Selasa. Popia Rahman namanya. Kalau nak beli popia Rahman nie memang kena beli awal2 la. Sebab kalau ko datang beli lambat2, confirm pakcik tu dah geleng2 kepala menandakan popia abis. Sodap! Sayur2 kat dalam popia tu pun fresh. Takde la macam sesetengah popia yang dijual tu, kadang2 diorang celur sayur2 tu sampai lebam & layu sangat, especially taugeh. Tak best...

~ Air plak, my 'sayang' bancuhkan sirap selasih. Bila buh ais, terus... ahhhh.... nikmatnya... ;P

Sowylah sebab kualiti gambar cam hampeh! Pakai camera handphone cap ayam jer... Nie pun dah jenuh aku mengedit, touch up sana-sini sket. & this is the best I can do. Ecewah! Skipping London, noks! Hiks...

Tak lama lagik, dah nak masuk bulan Ramadhan. Hmmm... korang dah abis ganti puasa ke belum?

Thursday, June 2, 2011

CEKODOK KE... CUCUR KODOK KE... JEMPUT2 KE...?

Hari yang aku puasa ganti tu kan, ermmm... hari Selasa la... seperti yang dirancangkan, aku berbuka kat rumah mak. Pukul 3 p.m dah gigih roger2 mak, bagitau nak berbuka di sana & teruslah merequest menu berbuka mintak mak masak. Ha3...

Aku memang begitu kalau berbuka kat rumah mak. Memanjang jer nak merequest! Aci order2 melalui telefon, balik rumah mak, azan jer, berbukalah ko di situ..! Ngeh3...

~ Hari tu, aku merequest cekodok bawang. Well... cekodok memang menjadik fav ah kak sejak azali. Rasa heaven jer bila dapat makan cekodok especially time berbuka puasa. Tambah2 lak kalau ada cicah sambal telur hancus/sambal tumis ikan bilis. Perrgghhh..! Sudah semustinya ah kak akan tersenyum girang sambil membuat 'peace' seperti dalam gambar kat atas nih! Ahaks3...

Aku panggil cekodok jer. Tak kesah la... cekodok bawang ke... cekodok bilis ke... even cekodok pisang pun aku panggil cekodok jugak. Means, perkataan sebelum perkataan bawang/bilis/pisang tu adalah 'ce-ko-dok'. 

Ada jugak yang panggil cucur kan? Pastu, paling sopan aku rasa kalau orang tu panggil jemput2. Apa bezanya, ek? Hmmm...

Tuesday, May 31, 2011

AKU = BERPUASA

Tengok tajuk entry pun dah tau kan apa yang ah kak nak story-mory-morning-glorykan?! Ye! Aku berpuasa ganti hari nie. Banyak lagik, noks nak kena ganti! Hu3...

Actually, aku prefer berpuasa time2 coti/weekend sebab buleh la aku melayan blues (lapor) sambil tengok tv ke... blogging ke kan... Mak ngan my 'sayang' lain lak teori mereka. Bagi diorang, kalau puasa time weekdays/working days lagik heaven sebab rasa cepat masa berlalu. Tau2 dah pukul 5 p.m... Tau2 lagik 2 ++ jam nak berbuka... Begitu katanya...

Nak tak nak, aku kena jugak ganti time working days sebab kalau nak tunggu weekend/coti baru puasa, memang tak la... Mana ngan balik kampungnya... kalau dah balik kampung harus la ada makan2 secara berjemaah kan... Pastu, sesi jalan2 & makan2 dating2 lagik... Attend kenduri-kendara la... Huh! Banyak betul agendanya! Sebab tu la kena gak puasa time working days. Adeh3...

~ Bila berpuasa, harus la lentok2 kat bahu my 'sayang' sambil gediks request segala macam jenis makanan untuk berbuka..! Ha3... Itu adalah melampau, hokay..! ;P

Aku maybe berbuka kat rumah mak. Tapi, tak roger2 mak lagik. Petang2 sket kang la...

Nak request mak masak apa, ek? Any ideas, you ols..? 

Ha3... Matik la... Pukul 9 ++ a.m dah pikir menu berbuka kan... Teruknya pompuan nie bila berpuasa! Hadoi la...

i SeRvE nUfFnAnG aDs

GO SEARCH BY GOOGLE SEARCH ENGINE

Google