SiNgGaH Lg, Ek! ;)

Showing posts with label SUP EKOR. Show all posts
Showing posts with label SUP EKOR. Show all posts

Friday, September 26, 2014

TERLAJAKKK... HAVOC!

Dah tak sama macam dulu. Sebab dulu2, dia sunyi. Sepi je... Cuma ada tv Astro Sport Channel yang ulang tayang football match. Kena sangat dengan nama dia... Arena.

Tapi, sekarang dah lain! Lain sangat! Hmmm... macam penjenamaan semula pulak kekdahnya... Kerusi meja dah makin bertambah, especially untuk yang suka bersantai kat outdoor. Tv masih kekal, dengan tambahan 2 white screen + projector ala2 untuk presentation khas untuk peminat bola yang nak menonton secara outdoor jugak. 

Hokay, takpe! Itu masih macam mengekalkan konsep asal la jugak kan... Yang jadik tambahan drastik adalah sudut DJ & karoks. Kalau takde yang nak berkaroks, DJ akan pasang lagu pelbagai genre. Gegak-gempita, weh! 

Memula rasa ok je... Tapi, lama2 rasa seperti, 'Owh... sakitnya telinga ah kak!". Hu3...

~ Restoran Arena Bistro yang... terlajakkk... havoc! ;P

~ Meredhakan halwa telinga. Hu3...

~ Dari segi makanan pun Restoran Arena Bistro buat penjenamaan semula / penaiktarafan rasa kot. Sebab semakin sodap especially sup ekor. Betul2 ho liao wooo..! Heh3...

Restoran ni sangat sesuai untuk havoc lover. Macam kami yang spesis havoc suam2 kuku ni, agak merunsing sikitlah especially bila DJ naikkan volume lagu to the max. Nak sembang pun aci jerit2, noks! Sakit pulak hati kita..! Nasib baiklah makanan dia tip top jugak. Kurang sikit tahap sakit hati tu. Hu3...

So, kepada peminat karoks, bola & makanan yang sodap, silalah terjah Restoran Arena Bistro ni, ek!

Restoran Arena Bistro
Jalan Maharajalela
36000 Teluk Intan, Perak


:: A.R.E.L.E.E.Z.A.F.F.E.N.D.Y ::



Saturday, June 15, 2013

MEJA #28

Malam...

My 'sayang' ajak dating. I is hokay jerrr..! He3...

Wana Cafe jadik pilihan. Sebab sebelum ni, my 'sayang' pernah order air Ribena laichi. Waiter tu promo Ribena soda. 

Disebabkan teringin nak mengtry Ribena soda tu la we ols terjah Wana Cafe. Boleh gitu kan..! He3...

~ Beverages 'podium'. ;P

~ Tekak ni teringin nak makan bihun goreng. Jadik, order la bihun goreng. Of course la kan... Takkan tekak nak makan bihun goreng tapi, dok order chicken chop pulak! ;P


Tapi, aku pernah je nak makan lain, order lain. Selalu kot... Contoh: Dari rumah dah pikir dah nak makan kueteow tomyam. Tapi, bila sampai port makan, mulut gediks dok cakap nak mee goreng mamak. 

Apakah..??! ;P

Korang pernah jadik macam ni jugak tak?

~ Nasik putih + sup ekor + telur dadar. Selera my 'sayang'.

Lepas makan, my 'sayang' bawak jalan2 amik angin malam sambil tengok Menara Condong Teluk Intan. Owh... romantik je rasanya..! Terus jatuh chenta yang ke seratuslimapuluhjuta! 

Ha3... Over!!!

Sekian, kesah 'Meja #28'... ;)


:: Like3, ek! ::



Saturday, October 8, 2011

PERCAYAKAH ANDA..???

Percayakah anda bahawa...

~ semua nie adalah makanan untuk orang demam merangkap tak sodap badan? Siakap 3 rasa, sup ekor & tom yam ayam.

Hebat bukan? ;P


:: Like3, ek! ::

i SeRvE nUfFnAnG aDs

GO SEARCH BY GOOGLE SEARCH ENGINE

Google