SiNgGaH Lg, Ek! ;)

Friday, February 17, 2012

TANJUNG PIAI...

Entry tertunggak. Harap maklum.

20 Januari 2012... (Amekaw! Dah almost sebulan terperam kot. Hu3...)

Aku on leave sebab nak ke Pontian, Johor. A-im nak nikah, derrr..! Nikah ngan bersanding kat rumah belah pompuannya hari Sabtu. Tapi, bukankah Perak dengan Johor tu samadengan jauh?! So, harus la pergi awal sikit, hari Jumaat.

Dari Perak, kami konvoi 2 bijik kereta. My 'sayang', aku & mertua 1 kereta, Juan, Mak Ngah, Nenek Seksi & Abang Udit pulak 1 kereta. Kami ke rumah Awa dulu. Berkumpul kat situ sebab dari sana ada 2 bijik kereta lagik nak join.

Sampai rumah Awa dalam pukul 1 p.m macam tu la... Kasik chance kat kaum Adam semayang Jumaat dulu. Then, pukul 3 p.m baru bertolak secara berjemaah ke Pontian, Johor.

~ Traffic masa keluar dari kawasan rumah Awa je clear. Lepas tu tak clear dah! Jemm sangat! Maybe sebab ramai warga kota yang dah sibuk nak balik kampung. Cuti Tahun Baru Cina kata ko!

~ Walaupun jemm, ah kak cool je... Siap camwhore lagik! La3...

~ My 'sayang' ada sedikit kemeroyananlah. Biasa la kaum Adam kan... asal jemm je meroyan! Asal meroyan je jemm! Heh3...

Lama jugak kami tersangkut kat dalam jemm tuh. Sampai my 'sayang' tukar haluan la... Amik jalan alternatif lain. Jangan ditanya kat ah kak jalan yang mana, ye?! Sebab memang fail sangat2! Hu3...

Sepanjang perjalanan, banyak kali jugak la dok berhenti kat R&R. R&R Pagoh la... Simpang Renggam la... Perjalanan jauh katanya kan... Setiap R&R penuh dengan manusia! Nak semayang pun aci chop2 tempat, hokay! Fuh!

Dasat betul kat Malaysia ni kalau ada public holiday especially perayaan. Tak kira bangsa apa, semua pun amik kesempatan balik kampung/jalan2. Singaporean pun banyak tau! Ziarah sedara-mara kat Malaysia kot.

Dipendekkan cerita, setelah berhempas-pulas mendrive, akhirnya sampai jugak kami semua ke Pontian. My 'sayang' roger2 A-im, tanya nak jumpa di mana?! A-im pun kasik la direction & kami follow je.

~ Last2, sampai kat Tanjung Piai. Giler besor tempat menjamu seleranya. Perut memang dah lapor. Apa lagik?!! Serbulah!!! Ha3...

~ Sejuk, dowh..! Kami pulak gediks amik port yang betul2 tepi pantai. Terus bayu laut menusuk ke tulang. Adeh3... Qistina pun kene paksa pakai sweater.

~ Makan, makan jugak... camwhore, camwhore jugak... Hiks...

1st time kot sampai kat Tanjung Piai. Banyak homestay kat sini. Lepas makan, terus terjah homestay yang A-im sewakan untuk kami. 

Walaupun kaki lenguh, badan berlengas tapi, bila namanya berjalan2 menengok negeri orang, terus macam hilang je tahap kepenatan tu kan? Betul tak? ;P


:: Like3, ek! ::



2 comments:

fairus said...

SAYA TAK SUKA MEMANDU DALAM SITUASI. NANTI ANGIN SATU BADAN.

A.R.E.L.E.E.Z.A.F.F.E.N.D.Y said...

fairus,
rasenye, sume org pun xsker kot sbb tensen kan.. tp, nak wat camne.. kene redah je la.. hu3..

i SeRvE nUfFnAnG aDs

GO SEARCH BY GOOGLE SEARCH ENGINE

Google