SiNgGaH Lg, Ek! ;)

Tuesday, February 7, 2012

MEE UDANG BANJIR MAK JAH + MAK TEH KUALA SEPETANG

Sebelum aku & family ziarah Pak Ngah Sudin tu kan, aku ada la buat 'homework' sikit. Bukan homework yang poyos sampai nak pecah kepala berpikir tuh... Tapi, 'homework' pasal tempat makan yang best kat Taiping. Well... makanan ngan ah kak kan seperti irama & lagu kata ko! He3...

Sempat la google2 makanan apa yang best & kat mana nak makan kalau berada di Taiping nun...

& hasilnya, aku decide nak belanja my family makan mee udang banjir Kuala Sepetang...

~ Ini la rupa mee udang banjirnya. 1 mangkuk ni bersamaan dengan 10 hengget. Berbaloi2 sebab memang puas la ko makan udang yang besor2 tuh. Nak carik mee pun siap kena selak2 hokay..! Portion udang paling besor/banyak adalah berharga 16 hengget. Tapi, dah sold out! Awal2 lagik adik yang amik order tu kata just tinggal yang portion 10 hengget je. So, belasah je lah!

~ Yang ni pulak kueteow udang. Ah kak yang order. Pun giler banyak udang dia hokay..! Actually, aku & my 'sayang' siap2 order menu lain. Yang mee udang banjir tuh kami share. Over kan kitorang kalau bab makan? ;P 

~ Nasik sambal udang untuk my 'sayang'. Sodap jugak! Udang besor tak menahan betul! Fuh!

~ Mak pulak makan nasik goreng udang. Mak kata marvellous! He3...

Memula, macam nervous jugak nak makan mee udang banjir nih sebab ada yang kata sodap & ada jugak yang kata tak sodap. Plus, dulu my 'sayang' pernah makan mee udang kat Restoran Teratak, Bidor. Rasa dia macam kurang kicklah! Plus, sakit hidung lepas makan. Maybe sebab pes udang banyak sangat kot.

That's why la macam ragu2 jugak nak makan mee udang banjir Kuala Sepetang nih. Konon2 nak gamble je. Pasrah... Tapi, nasib baik sodap! Tak mengecewakan. Siap cakap kat my 'sayang', next time boleh makan mee udang banjir Kuala Sepetang lagik..! ;D

Hmmm... maybe lain tempat lain kot cara masaknya. Agaknya la kan... Yang penting, mee udang Kuala Sepetang adalah... terbaikkkkk....!!! Ngeh3...

Actually, sepanjang nak ke destinasi makan yang kami singgah ni, memang banyak gerai2 mee udang banjir. Means, jalan sikit jumpa gerai mee udang banjir. Jalan sikit lagik, jumpa lagik. Bersepah2 kata ko! Yang kami makan ni kat Mee Udang Mak Jah + Mak Teh Kuala Sepetang. Sebab kat situ yang aku google yang feedbacknya banyak best.

Nak mencarik memang tak sesat-barat sebab abang aku tau. Dulu kan abang aku pernah posting kat Taiping sebelum transfer Tapah & Teluk Intan. So, Garmin adalah tidak diperlukan sama sekali, ye anak2..! ;P

Kalau korang nak merasa jugak, boleh je... Meh nak kasik alamat, meh!

Mee Udang Mak Jah + Mak Teh Kuala Sepetang
Kampung Menteri, Kuala Sepetang
Taiping, Perak

Kalau rasa Taiping tu jauh sangat, boleh la ke cawangannya kat Wangsa Walk. Full address macam kat bawah nih:-

Mee Udang Mak Jah Kuala Sepetang
Blok 3A, No. 22
Jalan Wangsa Delima 10, Wangsa Link
Wangsa Maju
53300 KL

~ Selesai makan, kami terus ke Ipoh. Nak shopping sikit. Cuaca adalah cloudy sikit then, hujan.  Perut dah kenyang, hujan lak tuh... mau mata tak mengantuk! Tau2 je dah sampai Greentown Mall. 

Huwarrgghhh....!!! Buruk perangai! Bini siapa la nih?! ;P


:: Like3, ek! ::



4 comments:

fairus said...

YA AMPUN... LAZATNYE..

diana said...

ERM...
LAMA TAK PI MAKAN KAT SITU...
KEBANYAKAN KEDAI SITU SEDAP2..
TAPI MEMANG KEDAI MAK JAH YANG PALING BEST LA..
RAMai CAKAP MACAM TU..:)

ArELeEz said...

fairus,
super sodap! sila terjah, ye! hiks..

ArELeEz said...

diana,
oic.. tu la.. dok google2 pun kata kat situ gak yg sodap. +, mmg betul sgt2. ;)

i SeRvE nUfFnAnG aDs

GO SEARCH BY GOOGLE SEARCH ENGINE

Google