SiNgGaH Lg, Ek! ;)

Thursday, February 23, 2012

SAWI BERSOS TIRAM TERUKIR DI BINTANG

*Slot Resepi: Ketuk2 Kuali Bersama Areleez (KKBA)

Asik jaja gambar & resepi lauk je kan... Kali ni, kita ubah sikit. Jaja gambar & resepi sayur pulak. ;)

Bahan2:-

1 ikat sawi (dipotong)
2 keping tauhu
1 sudu sos tiram
1 biji bawang besar (dihiris)
2 biji bawang putih (dicincang)
1 sudu kecil serbuk kunyit
Minyak masak
Air masak
Garam

Cara2 Penyediaan:-

1) Lumur tauhu dengan garam & serbuk kunyit. Panaskan minyak. Goreng tauhu separa masak. Angkat & toskan. Potong tauhu kepada 6 bahagian setiap 1.
2) Panaskan minyak. Tumis bawang besar & bawang putih hingga naik bau.
3) Masukkan sawi. Kacau rata.
4) Perasakan dengan sedikit garam & sos tiram.
5) Tuangkan sedikit air.
6) Masukkan tauhu yang telah digoreng & dipotong tadi. Kacau rata. Angkat & hidangkan.

~ Sawi Bersos Tiram Terukir di Bintang. Lagu Yuna (Terukir di Bintang) samadengan lagu faveret ah kak sekarang. Harus bubuh kat hujung nama resepi. Ngeh3...

Eh! Makan sayur kulit jadik gebus tau! Percayalah! Plus, see my skin la, babe..! Ahaks3...


:: Like3, ek! ::



2 comments:

fairus said...

PADA PANDANGAN SAYA, KAMU SUDAH BOLEH BUKA KEDAI MAKAN.. ;)

ArELeEz said...

fairus,
uiks! xt'capai akalku kot.. w/pon sebenornye mmg ade impian ke arah tu. tp, leez nk jadik owner je. xconfident nak masak kasik makan org ramai. he3..

i SeRvE nUfFnAnG aDs

GO SEARCH BY GOOGLE SEARCH ENGINE

Google