SiNgGaH Lg, Ek! ;)

Friday, February 24, 2012

AYAM BERLADA HITAM ICIP2

*Slot Ketuk2 Kuali Bersama Areleez (KKBA)

Kesah hari Ahad lepas. Terpengaruh dengan rancangan masakan Icip2 kat AFC. Macam best je tengok Anis Nabilah ngan chef Indon tu masak resepi yang simple tapi, nampak macam sodap. Terus selongkar2 fridge & terjumpalah ayam.

Apa lagik..?! Jom mulakan operasi bersilat di dapur..!!! Watchaaa..!!! ;P

Bahan2:-

1/2 ekor ayam (dipotong kecil & dicuci bersih)
7 batang kacang panjang (dipotong)
1 biji bawang besar (dihiris)
3 biji bawang putih (dicincang)
1 biji tomato (dibelah 4)
1 sudu kecil serbuk lada hitam
1 sudu sos tiram
1 tangkai cili merah (dipotong serong)
5 tangkai cili padi (dihiris)
1 sudu serbuk kari
1 biji telur ayam
2 sudu tepung goreng ayam
Minyak masak
Garam

Cara2 Penyediaan:-

1) Lumur ayam dengan garam, serbuk kari, telur ayam & tepung goreng ayam. Panaskan minyak. Goreng ayam hingga separuh masak. Angkat & toskan.
2) Panaskan minyak. Tumis bawang besar, bawang putih, cili merah & cili padi hingga naik bau.
3) Masukkan sos tiram.
4) Masukkan kacang panjang & tomato. Sebatikan.
5) Masukkan ayam yang telah digoreng tadi.
6) Perasakan dengan serbuk lada hitam & sedikit garam kalau kurang masin. Kacau seketika. Angkat & hidangkan.

~ Ayam Berlada Hitam Icip2. Simple sangat! Aci pejam mata sambil campak2 dalam kuali pun boleh, noks! Cewah..! ;P

~ Dah siap2 bubuh dalam tupperware sebab nak angkut ke rumah mak. Siap dengan nasiknya sekali. Kebetulan, abang & family pun ada kat sana. Terus aku roger2 suruh tunggu aku sampai baru boleh makan sama2. Saja kot nak memberlagakkan resepi Icip2 aku nih! Ha3... 

Actually, aku takde la follow bulat2 resepi Icip2 tuh. Ada la yang aku ubah ikut selera tekak aku. Tapi, inspirasinya memang dari Icip2lah.

Kalau korang nak lagik inovatif dengan menggantikan main ingredientnya kepada ikan, daging atau telur pun boleh. Belasah je... Plus, yang makannya kang korang & keluarga korang jugak. Bukan ah kak & keluarga ah kak... Ngeh3...

Pssttt2!!! Ayam Berlada Hitam Icip2 sold out, bebeh! I likeee..!!! ;P


:: Like3, ek! ::



6 comments:

fairus said...

NAMPAK MENARIK. MESTI BEST..

ArELeEz said...

fairus,
ok la.. utk dibuat lauk. he3..

ADZA IRDAWATI aka MAK DARA said...

wahhhhh nak kena try resepi niii =)

ArELeEz said...

ADZA IRDAWATI aka MAK DARA,
owh.. selamat m'cuba..! ;)

~ain said...

kemain.. mentang2 laaa anis nabila tu lawo.. terus nak ber icip2 ye.. hehhee

ArELeEz said...

~ain,
tau xpe..! he3.. xtually, kagum gak tgk anis nabilah tu sbb dh la muda, urban, cantik.. tetiba pandai masak! kagum2.. ;)

i SeRvE nUfFnAnG aDs

GO SEARCH BY GOOGLE SEARCH ENGINE

Google