SiNgGaH Lg, Ek! ;)

Wednesday, February 15, 2012

BIHUN GORENG SINGAPORE MENJADILAH PULAK!

*Slot Ketuk2 Kuali Bersama Areleez (KKBA)

Dah lama kot aku nak buat bihun Singapore yang rupa boleh tahan & rasa pun tak mengecewakan. Kalau boleh, tak naklah ikut sejibik2 resepi yang digoogle. Konon2 nak bereksperimentasi la kan... ;P Alhamdulillah... kali ni berjaya! 

Wee hooo..!!!

Bahan2:-

1 peket bihun (direndam dengan air panas & air sejuk serta ditoskan)
1/2 biji kobis (dipotong)
1/2 bungkus ayam kisar 
1 biji telur ayam
1 sudu kecil serbuk lada hitam
Garam
Gula
Serbuk perasa
Minyak masak
Air masak

Bahan2 Kisar:-

2 biji cili hijau
5 - 7 biji cili padi
1 biji bawang besar
5 biji bawang putih

Cara2 Penyediaan:-

1) Panaskan minyak. Tumis bahan2 kisar hingga naik bau.
2) Masukkan ayam kisar. 
3) Pecahkan telur ayam. Bila dah mengeras, kacau hingga jadi telur hancur.
4) Masukkan kobis & sedikit air masak.
5) Perasakan dengan serbuk perasa, garam & gula.
6) Masukkan bihun. Sebatikan.
7) Taburkan serbuk lada hitam. Kacau rata. Biarkan seketika dengan api perlahan. Angkat & hidangkan.

~ Bihun Goreng Singapore Menjadilah Pulak! ;P

Belum ada rejeki nak jejakkan kaki ke Singapore, dapat buat bihun goreng Singapore pun jadiklah! ;P


:: Like3, ek! ::



2 comments:

fairus said...

MEE HOON SINGAPORE YANG DATANGNYA DARI MALAYSIA.. ;)

ArELeEz said...

fairus,
yupp! pandaiii..!! ;P

i SeRvE nUfFnAnG aDs

GO SEARCH BY GOOGLE SEARCH ENGINE

Google