SiNgGaH Lg, Ek! ;)

Monday, February 6, 2012

AYAM PONGTEH KEHEBATAN CINTA

*Slot Ketuk2 Kuali Bersama Areleez (KKBA)

Dah lama kot tak jaja resepi2 terbaru yang ah kak masak. Bukannya tak memasak langsung. Ada je sekali 2 'tersesat-barat' ke dapur... Amekaw! 'Tersesat-barat' terus! Ha3...

Kali ni ah kak masak ayam pongteh. Let's check it out, jom! ;P

Bahan2:-

1/2 ekor ayam (dipotong & dicuci bersih)
1 tangkai cili merah (dibelah 2)
2 biji ubi kentang (dipotong)
1/3 cawan jus asam jawa
1 peket cendawan (diracik)
1 pokok daun sup (dicincang)
1 pokok daun bawang (dicincang)
1 sudu besar kicap
Minyak masak
Garam
Gula
Serbuk perasa
Air masak

Bahan2 Kisar:-

1/2 peket tauchu
1 biji bawang besar
3 biji bawang putih
1 inci halia
1 sudu kecil serbuk kunyit

Cara2 Penyediaan:-

1) Panaskan minyak. Tumis bahan2 kisar hingga naik bau.
2) Masukkan ayam. Masak hingga ayam kecut.
3) Masukkan air masak, kicap, jus asam jawa & kentang. Masak hingga kentang empuk.
4) Masukkan daun sup, daun bawang & cendawan.
5) Perasakan dengan serbuk perasa, garam & gula.
6) Masukkan cili merah. Reneh seketika. Angkat & hidangkan.

~ Ayam Pongteh Kehebatan Cinta.

Makan dengan nasik boleh, makan dengan bihun/mee pun boleh jugak. Selamat mencuba..! ;)


:: Like3, ek! ::



2 comments:

fairus said...

NAMA RESEPI TAK MENAHAN.. ;)

ArELeEz said...

fairus,
alah bisa tegal biasa.. he3..

i SeRvE nUfFnAnG aDs

GO SEARCH BY GOOGLE SEARCH ENGINE

Google