SiNgGaH Lg, Ek! ;)

Monday, February 27, 2012

BIHUN GORENG SINGAPORE MIX MALAYSIA

*Slot Ketuk2 Kuali Bersama Areleez (KKBA)

Takde mukadimah sangat kot sbb speechless! ;P

Jom tengok resepi terus! ;)

Bahan2:-

1 bungkus bihun (direndam & ditoskan)
1 ikat sawi bunga (dipotong)
1/2 bungkus ayam kisar
1 pokok daun bawang (dicincang)
1 pokok daun sup (dicincang)
1 biji telur ayam
1 sudu serbuk lada hitam
1 sudu sos tiram
1 sudu kecil kicap
Minyak masak
Garam
Gula

Bahan2 Kisar:-

2 biji bawang besar
7 biji bawang putih
1 genggam ikan bilis
2 tangkai cili hijau
3 biji cili padi

Cara2 Penyediaan:-

1) Panaskan minyak. Tumis bahan2 kisar hingga naik bau.
2) Masukkan ayam kisar. Kacau rata hingga ayam separuh masak.
3) Perasakan dengan sos tiram, kicap, garam & gula.
4) Masukkan sawi bunga. Sebatikan.
5) Pecahkan telur ayam. Bila dah mengeras sedikit, kacau seperti membuat telur hancur.
6) Masukkan bihun. Sebatikan.
7) Masukkan serbuk lada hitam. Kacau rata. Angkat & taburkan dengan daun bawang & daun sup sebagai penambah aroma serta hiasan. Hidangkan.

~ Bihun Goreng Singapore Mix Malaysia. Ah kak terlebih kicap. So, bihun nampak gelap sikit dari yang sepatutnya. Macam bihun yang buat tanning je. Hu3...

Walaupun tergelap sikit tapi, dari segi rasa masih boleh dimahapkan la... Thank God! Heh3...


:: Like3, ek! ::



4 comments:

dwaty said...

ni mesti percubaan pertama kan???

saya bila try buat resepi baru... first jadi... second x jadi... tak tau di mana silapnya...

acheeqa farhana said...

wahhhh...sedapnye..menyelerakan...

ArELeEz said...

dwaty,
eh, xlah! nie p'cubaan b'kali2, br m'jadi! hu3..

xpe.. learn from mistake. lama2 oklah! ;)

ArELeEz said...

acheeqa farhana,
tq3.. ;)

i SeRvE nUfFnAnG aDs

GO SEARCH BY GOOGLE SEARCH ENGINE

Google