Meeting Kumpulan Inovatif & Kreatif (KIK) yang pertama mula bersidang...
Naik pitam sebenornya bila pikir pasal KIK! Tak kose nak stay up siapkan slide... menggoogle, mengresearch pasal gambarajah Paretto... Ishikawa... Matrix... Pro & Kontra... macam tahun lepas. Arrgghhh..!!! Sangat stress!
Ada jugak try mintak excuse tapi, macam tak berjaya je. Nak je bagi alasan mengandung. Masalahnya, MENGANDUNGi lemak... adalah! Hu3...
Terpaksa ah kak redha tau! Tsk3... Eh, kejap! Redha itu ikhlas... Pasrah itu menyerah... Kata Mila a.k.a Lisa Surihani dalam Ombak Rindu. So, ah kak pasrah je lah. Cancel redha sebab macam tak berapa ikhlas je... Ha3...
|
~ Ko mampu... meeting sambil berselfie..??! Ha3... |
|
~ Kat surau pun sambung berselfie. Ko dah kenapa, haaa..??! ;P |
|
~ Takde geng. Kak Ja tak join. KIK tahun ni Big Boss suruh build up group campur2. 4 orang dari wilayah, 4 orang lagik dari negeri. |
Al-kesahnya... sebelum penubuhan group tu, ada Perhimpunan Bulanan. Masa tu la Big Boss mintak volunteer, siapa2 yang nak masuk KIK untuk this year. Masalahnya, semua senyap! Macam malaikat lalu kekdahnya... Nampak sangatlah semua tak sanggup nak hadap cabaran, dugaan & rintangan hatta 'malapetaka' KIK sekalipun! Adeh3...
Aku percaya, semua orang ada idea yang maha bernas sebab Allah kurniakan akal & fikiran kan... Tak kira generasi X / Y. Bila bergabung, kompom meletop! Eceh! ;P Tapi, mungkin memasing pikirkan komitmen... masa... tenaga... tu yang payah nak jadik volunteer! Aku pun sama. Dah pernah rasa kan... semua jerih-perih... gangguan hormon... jerawat naik mencanak2, bukan setakat jerawat manjas2, ok... tapi, jerawat tahap bapak2 tok2 nek tu, haaa..! Memang coilah! Terganggu kejelitaan ah kak tau! Awwsss..!!!
Tiba2, Bg Boss kata...
"Siapa jadik presenter untuk last year? Ada 3 orang kan? Hafiez (Encik Boss aku), bagi 1 nama."
Encik Boss tanya aku, suka hati aku je kasik nama Encik Selvam. Atas alasan, public relations dia quite bagus, fluent in Malay + English & pernah study mass-comm. Masa tu, aku relax je. Rasa selamat & secure sangat dah! Tup2...
"Yang buat grafik last year, mana dia?"
Laju pulak Encik Boss point kat aku. Haish! Rasa nak menyorok bawah meja mesyuarat, hokay..! Mencik!
"Bagi nama... Hokay, Leez... masuk jugak."
Humangaihhh..!!! Sedeh! Tapi, nasib baik aku berjaya 'jack' Big Boss untuk amik Encik Pala jugak. Encik Pala ni Juruaudio Visual. Memang otai grafik la kiranya kan... Kalau dia masuk, tak la terbeban sangat otak aku nih. Ada tempat bergantung harap. Heh3... Plus, ilmu grafik yang aku ada tersangat cetek kot kalau nak dibandingkan dengan Encik Pala.
Ko nangis tonggeng terbalik ke... berguling2 dalam bilik meeting ke... memang begitulah kronologinya... begitulah jugak keputusannya... Hu3...
Hanya mampu berpesan pada hati... bertabahlah... Sob3...
:: Like3, ek! ::