SiNgGaH Lg, Ek! ;)

Saturday, April 5, 2014

SEDANG CUBA...

Warga dunia hari ini...

Mungkin bukan semua... mungkin separuh... segelintir... atau mungkin hanya aku...

Suami bekerja mencarik nafkah halal. Isteri pun tak ketinggalan, ramai yang bekerjaya. Membantu apa yang perlu dengan keizinan. Pergi pagi, balik petang... atau mungkin ada yang malam, baru jengah rumah sendirik. 5 hari seminggu atau 24/7. Tak kesahlah. Yang pasti, keadaannya pasti sibuk!

24 jam sehari macam tak pernah cukup! Mula la berkira2, berwishing2, 'Kalau la boleh tambah jadik 25 jam... tak pun 25 jam setengah ke kan...' Heh3... Memang tak la kan...

Kesibukan buat masa untuk manage rumah tangga berkurangan. Masa untuk diri sendirik, masa untuk si dia & termasuklah masa untuk ibadah. Yang '5 waktu' mungkin takde masalah... or actually, to be honest kadang2 ada la jugak yang 'tergelincir' sebab aku pun masih tak perfect. Sedang cuba untuk ke arah itu. 

Sedang cuba cukupkan & kualitikan 'kuorum yang 5' tu... 
Sedang cuba elakkan di hujung waktu...
Sedang cuba carik masa untuk berjemaah... 
Pendek kata, semuanya 'sedang cuba'...

Masa... tak boleh... atau kalau boleh jangan dijadikkan alasan! Sebab kalau macam tu, sampai bila2 pun mungkin masih di takuk yang sama kan... 

~ Terima kasih, Allah... sebab ciptakan dia untuk jadik khalifah di bumi-Mu & imamku di dunia kecil kami...

Doa tak pernah putus, untuk sama2 menanti di pintu syurga...

In shaa Allah... Kami 'sedang cuba'... ;)


:: Like3, ek! ::



2 comments:

Kesuma Angsana said...

Alhamdulillah... tumpang bahagia !

ArELeEz said...

Kesuma Angsana,
alhamdulillah.. ;)

i SeRvE nUfFnAnG aDs

GO SEARCH BY GOOGLE SEARCH ENGINE

Google