SiNgGaH Lg, Ek! ;)

Showing posts with label ARENA SQUARE. Show all posts
Showing posts with label ARENA SQUARE. Show all posts

Friday, July 4, 2014

MALAM CINTA RASUL

Sebelum Ramadan menjengah..

Ada Malam Cinta Rasul. Kebetulan, siang harinya My 'Jebat' sambung buat kerja2 renovation rumah Mak. Belah malam, nak buatlah aktiviti yang chill2 sikit. Contohnya macam tengok & dengar alunan zikir + qasidah kat Malam Cinta Rasul. Kan chill tuh..?! Merangkap santapan rohani. ;)

Hujan renyai2. Tapi, takpe... sebab Arena Square kan ada bumbung... Takde hal lah..! Plus, sejuk sikit. ;)

~ Pengunjung yang sama2 chill malam tu.

~ Beli tikar kartun yang 10 hengget tuh untuk alas duduk.

~ Selfie dengan 'Mak Cik Sari' (read: Mak). ;P

Al-Mawlid & the gang memang cool! Syahdu je dengor diorang berqasidah. Dari 1 zikir ke 1 lagu.. ke 1 zikir balik... lagu balik... doa... sedar2 dah lewat malam. Ghalit! Seperti didodoi2! ;)


:: Like3, ek! ::



Thursday, April 24, 2014

ALA2 3 USTAZAH

Cerita lama... baru nak update. Tapi, tak la sampai bertahun peram. Kira cantek lagik la kan... Heh3...

Eventnya adalah Hi-Tea Bersama Ustazah Nor Hafizah Musa kat Arena Square. Harga tiket samadengan 15 hengget. Awal2 lagik Mak dah chopkan tiket untuk dirinya sendirik, aku, My 'Jebat', Abang & family. Sebab Cik Timah, geng surau Mak jadik ejen jualan tiket. Unfortunately, My 'Jebat' couldn't make it. Eceh! Tercakap omputih pulak. Hiks...

Hokay2! Patah balik ke Bahasa Melayu sebab #jebatfoo kata, 'Aku tak paham bahasa omputih...' Ha3... Motip sangat tau! ;P

Abang ke event lain dulu then, baru ke Arena Square. Lambat sikitlah sampainya.

~ So, aku 'dating' dengan Mak je la... Cantik tak Mak kita? Ececeh..! ;)

We ols punctual. Biasa la... kalau bawak Mak, harus la punctual. Kalau event pukul 3 petang makanya, pukul 2 petang dah gerak amik Mak. Kalau tak kang, Mak akan berzikir tak sudah! Especially bila Mak dah siap pakai stoking, kunci pintu & duduk kat kerusi depan pintu. Kompom kena tarbiyah! Ha3... Hadoi!

~ Sampai dah. Mahapkan 'botox' tang pipi & dagu tu, ek! Awwsss..!!!

~ Persembahan nasyid dari adik2 sekolah tahfiz sebagai opening.  

~ Lepas tu, bermula la sesi ceramah ala2 3 Ustazah macam kat Astro Oasis tuh. Comel je Ustazah Nor Hafizah Musa (jubah hitam, paling kanan) nih. Yang lagik 2 orang tu adalah ustazah moderator.

Baiti Jannati atau Rumahku Syurgaku... Inilah yang dikupas oleh Ustazah Nor Hafizah Musa. Banyak tips aku dapat. Bolehlah nak tambah ilmu yang seciput nih. Pelan2... sikit2 lama jadik lah bukit. Lepas tu, gunung! Nak2 pulak, Gunung Everest! Eh, over pulak! Heh3...

In shaa Allah...


:: Like3, ek! ::



Saturday, June 16, 2012

SIBUK!

Weekend yang sibuk kot... Sibuk dengan aktiviti kerja & sosial. Cewwah..!

Opis aku buat Mini Karnival Jualan Koperasi 2012. Start dari 15 Jun 2012 (semalam) sampai la 17 Jun 2012. Nak tak nak, ah kak & the geng kena jugaklah turun padang jadik urusetia kan...

~ Seperti biasa, aku dengan Ros ditugaskan sebagai urusetia pendaftaran. Mencabar , hokay..! ;P

Kami dapat baju korporat baru khas untuk Mini Karnival Jualan Koperasi nih. Memula, bajet macam malas je nak pakai baju korporat sebab selalunya baju korporat yang aku dapat tak menepati piawaian! Besor macam kelambulah... tangan dia panjang berjelalah... kaler macam penjaga zoolah... bla3... 

Hadoiiyaiiinyapun!!!

Tapi, kali ni macam magic pulak! Sebab baju korporat tu giler cantek! Dengan kaler orennya... Terbaekkklah..! Cuma saiz je terkecik sikit. 

Eh! Baju tu kecik ke ah kak ko ni yang membesor bagai johan? Suka2 salahkan saiz baju pulak..! Adeh3...

~ Tugas aku ngan Ros bermula seawal pukul 7.50 pagi. Kalau ikut jadual, pendaftaran start pukul 8.30 pagi. Tapi, datang awal sikit tu lagik bagus kan... Boleh la prepare apa2 yang patut.

~ Pakcik ni antara peserta terawal yang mendaftar. Wakil Koperasi Warisan Keluarga Haji Salleh Ali Hilir Perak Berhad. Selalu jugak pakcik ni datang opis, jumpa Encik Bos. Humble je pakcik ni. Bila dia datang opis, teringat pulak kat atok aku. Syahdu pulak. 

Pendaftaran tu adalah untuk peserta-peserta Taklimat Penyediaan Rancangan Perniagaan yang disampaikan oleh Pegawai MARA Hilir Perak.

~ Encik Selvam (opismate aku) ditugaskan sebagai moderator. Steady, bro..! He3...

~ Tengah syiok2 ah kak memfocus (la sangat...) kat taklimat tuh, tetiba je terus ah kak meroyan sambil mengcover2 pandangan. Bukan malu atau ada paparazzi nak mengsnap gambar ah kak. Tapi, sebab aku nampak Jabatan Perkhidmatan Awam bawak sangkar U.L.A.R!!! Kalau sangkar je takpe la jugak. Ni dengan mende2 alah tu sekali kat dalam! Mana la ah kak ko ni tak meroyan! Sadis!!!

Neves ah kak, noks! Kalau tak bawak mende alah tu tak bolehkah? Bawak la siput sedut ke... kambing gurun ke... Haish! 

Pulang dengan muka ketat ah kak hari tuh... Hu3...

Sebelum muka ah kak semakin ketat, meh nak jemput semua orang2 kampung... orang2 bandar... yang duduk di sekitar Teluk Intan atau luar kawasan, jom la beramai2 memeriahkan Mini Karnival Jualan Koperasi nih. Banyak booth2 bumiputera yang buat jualan. Macam2 ado..! Cerita banyak pun tak guna. Datang je lah.

Sekian... Jangan kata aku tak ajak pulak tau! ;P


:: Like3, ek! ::



Monday, July 4, 2011

MINI KARNIVAL JUALAN KOPERASI

Baru2 nie, opis aku organize 1 event yang quite besor gak la... Event Mini Karnival Jualan Koperasi namanya. Actually, main organizer untuk event nie adalah Majlis Pembangunan Koperasi Peringkat Parlimen (Teluk Intan) dengan usahasama SKM Hilir Perak & Koperasi Orang Melayu Kerajaan (SKOMK) Perak Berhad.

Seperti biasa la kan... aku dengan Ros memang semedang jer jaga tang pendaftaran. Seumpama jawatan jaga kaunter pendaftaran tu tak buleh dipasskan ke orang lain gitu..! Ha3... Tapi, takpe... sebab we like..! ;P

~ Daripada ke hulu ke hilir menyambut tetamu/jadik emcee, adalah lebih best kitorang jaga pendaftaran. Asal orang datang jer suh register & bagi2 goodie bag. Asal suh register & bagi goodie bag jer, orang datang. Kan ke semudah A, B, C tuh?! Ngeh3...

~ Koperasi tanya, kita jawab sebaik mungkin. Agak2 soklan tu terover complicated, kita pass2 la kat orang2 yang berkenaan. Kekdahnya... ;P

~ Diorang tu sume datang berperingkat2. Kalau time datang sekali harung ramai2, memang kelam-kabut gak la kan... Tapi, kalau dah sayup2 tu, memang berposing jer la keje ko, noks..! Ahaks3...

~ Ada jejaka idaman Malaya sedang menebeng di situ..! ;P

~ Layan Encik Sukeri menyembang memang sampai sok pun tak abis! He3...

~ Hah! Yang macam model Dunhill-Gaya, Mutu & Keunggulan nie adalah Pengembang Koperasi. Encik Din namanya. Buat julung2 kali aku jaja muka beliau kat blogungukechentaan nih sebab beliau pun baru jer join SKM. Staf kontrak.

~ Booth2 yang menjual pelbagai produk termasuklah produk koperasi.

~ Encik Bos yang sungguh la tinggi... Kalau aku berdiri sebelah dia, memang nampak benor jurang! Sentap ah kak tau! Tsk3...

Event nie diadakan kat Arena Square, Teluk Intan. Berlangsung selama 4 hari. Dalam masa 4 hari tu jugaklah kitorang bergilir2 jaga booth SKM. Terjejas agenda weekend ah kak, noks..! Hu3...

Tapi, takpe la... Demi tugas & amanat kan... Plus, 'saya kan yang menurut perintah...' ;)


*Bersambung...

Saturday, January 15, 2011

KARNIVAL MAHABBAH

Baru-baru ni, we ols ke Karnival Mahabbah kat Arena Square. Karnival tu start bila ntah?! Tak hengat plak ah kak. Mase kitorang gi tu pun dah majlis penutup. Actually, tak plan pun nak pegi. Abang ngan mak yang mengusulkan. On jerlah! Plus, memang takde aktiviti apa2 pun malam tu. ;)


~ Kedatangan kami disambut oleh mende alah nih!


~ How I wish to play wif those kiddos too..! Adik2... buleh pinjam sijil kelahiran tak? Hu3...


~ Wif mak aku yang sentiasa dihatiku... Ecewah!


~ Ahli kumpulan nasyid yang tersesat-barat. Tak buleh blah tengok abang aku senyum! Ha3...


~ 1 of booth yang ado kat karnival tuh. Booth Artists Corner. Booth kartunis la ni. Ado Boy PJ, Binjai & lagik sorang tu sape ntah?! Tak hengat la... Cam Boy PJ tu dolu kartunis untuk majalah Gila2 kalau tak silap aku. Actually, Boy PJ ni adalah abang sulung Kak Aneem jugak.


~ Majlis penutup pun bermula...


~ Disebabkan kerusi yang limited, makanya terpaksa la melepaking kat tepi2 booth jer... Sadis, owh..! Apsal tak prepare kerusi banyak2, dowh..?!


~ Mak melayan Cik Odah...


~ Masa perasmian tu, ada la pasukan kompang buat performance. Sound effect memang kuat la kan... Mencicit2 Lip2 larik sebab dia ni penakut tahap gaban! Even masa kitorang tengok Thomas Cup, Datuk Lee Chong Wei vs Lin Dan dolu tu pun Lip2 dah ngeri2. Siap suh mama & papa dia tukar chanel lain sebab takut dengor kitorang terjerit2. Ha3...

Malam tu, ada lucky draw. Grand prize adalah moto sejibik. Abang aku ada tiket untuk lucky draw tuh. Dari umah lagik dah poyos kata dia yang bakal membawak pulang moto tersebut. Geli, owh... buah pinggang ah kak dengor..! Siap suh kitorang hembus jampi2 lagik..! Tapi, sampai skang bayang 'pak cik menang moto' tak nampak. Muahaha...

Wednesday, October 13, 2010

AIM'S 20-TH ANNIVERSARY

Last Saturday, aku & my 'sayang' ke Arena Square. Anta mak aku sebab ade sambutan anniversary AIM yang ke 20 Peringkat Daerah Hilir Perak. Aku bukan setakat anta jer tau! Tapi, bagi moral support kat mak sekali. Lepaking kat sane sampai la acara abis. Sebelum sebarang acara start, aku pun jadik mamarazzi lah! Kata blogger tegar kan... Hiks...


~ Aku sayang sangat2 kat mak aku nih! I lap you lah! Mmuahhsszzz!


~ Mak wif Kak Azie, geng 1 pusat.


~ Mak tengah khusyuk berikrar.


~ Kawan2 mak pun same. Memasing berdiri tegak. Serius jer kan? Hiks...


~ Baju diorang adalah sedondon. Memang wajib pakai baju nih.


~ Majlis dimulakan dengan dendangan lagu nasyid. 2 lagu secara berturut2.


~ Cantik baju diorang. Oren lagik, ko!


~ Lepas ucapan2, ade upacara perasmian lak. Kalau tak silap aku, MB Perak yang buat launching nih merangkap tetamu V.V.I.P la... Tapi, beliau tak dapat nak get along sampai abis sebab ade urusan keje katanye... So, ganti dengan ADUN Sungai Manik, Y.B Dato' Zainol Fadzi bin Paharudin.

Masuk bab ucapan2, musti sume pun dah menguap2 kan... Kerusi pun banyak yang tetibe kosong sebab memasing gi meregang2kan badan. Ade yang shopping kat booth2 yang ade kat situ... ade yang gi toilet... macam2 la... Bese la tu kan...


~ Tapi tetibe, bile Indian Dancers nie buat performance, suasana jadik segar-bugar balik! Macam magic, wok..! Ha3...


~ Beronggeng tak hengat makcik2 India nih!


~ Kagum ah kak, noks! Step salah & tak syncronize pun, diorang cam, 'Ade aku kesah?' Diorang belasah jugak! Janji joget! Ha3...


~ A_bern pun ado gak. Mane buleh tinggalkan minah nih... Kalau tak kang mau meroyan kakak aku kat Kajang tu, ha! ;P



~ We ols dok kat belah belakang2 jer. Boring2, buleh beli air ke... jambu batu potong2 buh asam ke... macam2 ado..! Ngap3lah ko kat belakang! Takde sape kesah!


~ Terpaksa pakai spec hari tu sebab mata aku cam dah weng2 dah. Dah start pening2 kat area mata. Ye la kan... hari2 ngadap pc ngan lappy. Dah tau rabun tapi, tak sedar dirik lagik! Takmo pakai spec sebab kalau pakai macam tak rock la konon... Haish! Bile mata dah weng2, mula la gediks ngadu2 kat my 'sayang'. Ingatkan buleh la dapat kata2 perangsang lagik membahagiakan yang buleh menyejukkan mata. Last2, kene tarbiah secara marathon! Ha, amik ko! Tsk3...

Dalam pukul 1 ++ p.m gak la acara nie abis. Berlengas dah badan aku! Sebelum balik, we ols jalan2 carik makan dolu sebab dah lapor tak hengat. Singgah makan kat Bumbung Biru jer.

Last but, not least, terima kasih diucapkan kepada Amir sebab jadik photographer hari tu. Well... you knowlah kan... ah kak kalau dalam majlis2 macam nie memang malu2 sket la nak snap2. Kalau snap pun, kat sudut2 jer... Sadis tak sadis tuh?! Hu3...

i SeRvE nUfFnAnG aDs

GO SEARCH BY GOOGLE SEARCH ENGINE

Google