SiNgGaH Lg, Ek! ;)

Monday, April 28, 2014

ROTI CANAI KARI SARDIN #HALUSSSS

*Slot Ketuk2 Kuali Bersama Areleez (KKBA)

Balik kerja, tercium bau masakan kari jiran sebelah rumah. Owh... sangat menggugat jiwa & raga, hokay..! Tak boleh tahan! Nak masak kari jugak. Hiks...

Bahan2:-

1 tin sardin
2 batang sosej ayam (dipotong bulat)
1 biji bawang besar (dihiris)
2 biji bawang putih (dihiris)
1 inci halia (dihiris)
1 keping asam keping
1 peket serbuk rempah kari ikan
1 biji ubi kentang (dipotong dadu)
Minyak masak
Air masak
Garam
Gula

Cara2 Penyediaan:-

1) Panaskan minyak. Tumis halia, bawang besar & putih hingga naik bau.
2) Masukkan serbuk rempah kari ikan. 
3) Tuangkan sedikit air masak. Masak hingga pecah minyak.
4) Masukkan ubi kentang. Masak hingga separa empuk.
5) Masukkan sosej ayam .
6) Masukkan sardin. Sebatikan.
7) Perasakan dengan asam keping, garam & gula. Masak seketika. Angkat & toskan.

~ Roti Canai Kari Sardin #halussss

Roti canai tu aku pakai yang frozen je. Reheat. Tak kose nak menguli. Kojo sonang! He3...

Terlupa nak petik daun kari dari DRAG. Kalau campak daun kari, lagik menusuk qolbu bau dia..! Mau kembang-kempis hidung jiran2. Ha3...

Errr... 'hashtag' tu penting, hokay..! Ahaks...


:: Like3, ek! ::



4 comments:

♡ m.a.w.a.r_ b.e.r.d.u.r.| ♡ said...

untunglah "jebat", "Mas" dia rajin masak....halusss.... hahahhaha

ArELeEz said...

♡ m.a.w.a.r_ b.e.r.d.u.r.| ♡,
hokay, fine..! komen ni wat leez t'senyum sorang2. esp. tang '#halussss'.. tuh! ha3..

Kesuma Angsana said...

sedap sgt, kalau KA x suka wat kari sardin ni, msak sambal podeh2 hehehe

ArELeEz said...

Kesuma Angsana,
sambal podeh2 pun bollehh..!

i SeRvE nUfFnAnG aDs

GO SEARCH BY GOOGLE SEARCH ENGINE

Google