SiNgGaH Lg, Ek! ;)

Thursday, April 17, 2014

UDANG BLACK PEPPER #HANNAHMASTURA

*Slot Ketuk2 Kuali Bersama Areleez (KKBA)

Sebelum udang yang kat dalam freezer tu 'hidup & kembali berenang2', better do something. Or read as cook something dengan menggunakan udang. ;)

Bahan2:-

7 - 10 ekor udang saiz sederhana (disiang & dicuci bersih)
1 inci halia (dihiris)
1 biji bawang besar (dihiris)
1 tangkai cili merah (dihiris)
5 tangkai kacang panjang (dipotong)
1 biji tomato (dibelah 4)
1 sudu sos tiram
1 sudu sos tomato
1 sudu kicap manis
Garam
Serbuk kunyit 
Minyak masak
Air masak
Serbuk lada hitam

Bahan2 Tumbuk:-

2 biji bawang putih
1 biji bawang besar

Cara2 Penyediaan:-

1) Lumur udang dengan garam & serbuk kunyit. Panaskan minyak. Goreng udang hingga kekuningan. Angkat & toskan.
2) Panaskan minyak. Tumis halia & bahan2 tumbuk hingga naik bau.
3) Perasakan dengan kicap manis, sos tomato & tiram.
4) Tuangkan sedikit air masak.
5) Masukkan kacang panjang & bawang besar.
6) Masukkan udang & tomato. Kacau seketika. Angkat & hidangkan.

~ Udang Black Pepper #hannahmastura

Hashtag tu sangat penting, hokay..! Ahaks3...


:: Like3, ek! ::



10 comments:

♡ m.a.w.a.r_ b.e.r.d.u.r.| ♡ said...

Pergh....terpikat abg Jebat Hana Mastura masak udang black paper ni :)

Kesuma Angsana said...

mmg best, hantar sikit kat KA Ni hehehe

Norma NML said...

Slm kenal..

sdpnya..udang tu memang menggugat selera akak yg 'berpantang' ni..hehe

https://rencahkehidupan-maamieiqi.blogspot.com/

Kesuma Angsana said...

ketuk2 rumah nak tumpang makan ni ha! hehehe

ArELeEz said...

♡ m.a.w.a.r_ b.e.r.d.u.r.| ♡,
kompom! #halussss ha3..

ArELeEz said...

Kesuma Angsana,
alamak! ya ampon! sbb dh 'sold out'. hu3..

ArELeEz said...

Norma NML,
slm kenal jugak.. ;)
owh.. tgh confinement rupanye.. selamat b'pantang! he3..

ArELeEz said...

Kesuma Angsana,
roger2 dulu, baru ketuk2 tau! kasik tuan tanah kedaung wat preparation. hiks..

♡ m.a.w.a.r_ b.e.r.d.u.r.| ♡ said...

pergh...bau sampai kesini ..hahah #tipu :PPPP

ArELeEz said...

♡ m.a.w.a.r_ b.e.r.d.u.r.| ♡,
uiks! sgt dasat tuh! he3..

i SeRvE nUfFnAnG aDs

GO SEARCH BY GOOGLE SEARCH ENGINE

Google