SiNgGaH Lg, Ek! ;)

Friday, April 25, 2014

KESAH KANAK2 MEREKA...

Baru2 ni, Andak + family & Uteh + family balik kampung. Meriah sekejap rumah Nenek. Dengan cucu2 yang macam2 perangai... macam2 ragam! 

Cousin2 aku tu, kalau balik kampung, tak sah kalau tak jadik 'nelayan'! Tak lekat kat rumah tapi, lekat kat parit2... bendang2... memancing ikan. Time makan baru nampak muka. Tak pun time makcik2 aku jadik 'tarzan'... hah, masa tu kompom bertempiaran balik, mandi! Ha3...

Tu kesah2 si anak2. Kesah mak2nya pun ada. Makcik2 aku kalau balik kampung takde la pulak jadik 'nelayan'. Tapi, jadik 'penglipurlara'. Diorang carik port, selalunya kat porch rumah Mak / meja makan rumah Nenek... lepas tu, bergebanglah! Macam2 cerita keluar, noks..! Aku jadik tukang dengor & tukang gelak. Paling thorrrbahek adalah cerita zaman kanak2 Mak & adik-beradiknya. Kelakor, dowhhh..!Ha3...

Kesah puasa yang yok diorang... Dulu2 kat bendang tu Ayah (Atuk aku) tanam banyakkkkk... pokok pelam. Mak & adik-beradiknya ditugaskan untuk kutip pelam2 tu. Ada yang untuk dimakan & ada yang untuk dijual. Masa pergi memasing aci tolak2, siapa yang nak usung bakul kosong. Tapi, bila balik tak payah tolak2 siapa yang nak usung bakul penuh pelam tu. Macam volunteer je semua. Hah, nampak tak permainannya kat situ? Ha3...

Tu baru 1. Ada banyak lagik kesah. Kesah berebut kepala ikan gelama masin la... kesah makan buah teratai kat bawah katil la... kesah masak sayur kangkung tumis bubuh asam keping la... bla3... Nak cerita satu2, sampai bulan depan pun belum tentu habis. Mau berepisod2 macam #bukankeranaakutakcinta Ha3...

~ Selfie lepas ketawa terbahak2. He3...

Tu semua kesah kanak2 mereka... Kesah kanak2 korang achaner pulak? Boleh share..? ;)


:: Like3, ek! ::



4 comments:

♡ m.a.w.a.r_ b.e.r.d.u.r.| ♡ said...

sedih jugak beno nya...sebab dalam family sy xde budak-budak...kakak sy pun xde anak lagi ..huhu ...budak paling kecik pun 11 tahun adik sy yang bongsu ... :(

ArELeEz said...

♡ m.a.w.a.r_ b.e.r.d.u.r.| ♡,
hmm.. b'tabahlah..

Kesuma Angsana said...

sempat lagi berselfie2 yer hehehe

ArELeEz said...

Kesuma Angsana,
sempat! merangkap addicted. ha3..

i SeRvE nUfFnAnG aDs

GO SEARCH BY GOOGLE SEARCH ENGINE

Google