SiNgGaH Lg, Ek! ;)

Showing posts with label SUKAN. Show all posts
Showing posts with label SUKAN. Show all posts

Sunday, April 27, 2014

ACU SUPPORT 'JEBAT' WALAUPONNN...

Sports Day Sekolah Rendah Al-Munir... sekolah Kak Yong.

Acu yang paling GORGEOUS haruslah support Kak Yong kan... Errr... baca kuat2 sikit, ek tang yang 'capital letters' tuh. Ha3... Poyo!

Buat kat Padang Majlis Perbandaran Teluk Intan. Rumah2 sukan diorang unik & macam best je. Semua nama2 pahlawan Melayu yang tersohor tuh. Tuah, Lekir, Kasturi, Lekiu & JEBAT. Antara semua rumah2 sukan tu, Acu terpaksa sokong & support rumah JEBAT lebih walaupun Kak Yong rumah Tuah. Sebabnya... hmmm... saya amat pasti anda semua tahu. Ha3...

'JEBAT' sangat mempengaruhi kehidupan! Gasaklah! #halussss ;)

~ Rumah Tuah a.k.a rumah Kak Yong adalah yang warna merah. Tapi, Acu dia highlight (arrow) kat rumah biru sebab JEBAT. Ha3... Ya ampon, Kak Yong... ;P

~ Sangat cute topi Kak Yong ni tau! Hiks...

~ Penonton merangkap pengkritik tetap. ;P

Seronok jugak tengok bebudak bersukan, especially yang sekolah rendah macam ni. Comel je. 

Acara untuk parents pun ada. Abang join tarik tali. Parents lawan cikgu2 lelaki. Parents menang! Cayalah..! Mana taknya kan... tengok saiz badan pun dah boleh agak. Parents semua 'body builder'. Yang cikgu2 pulak body bajet artis berkumpulan K-pop. Ha3...

Kak Aneem join acara mengupas kulit epal tanpa putus & paling panjang dalam masa 2 minit. Yang ni tewas! Mak kata, Kak Aneem kena berguru dengan Mak dulu. Then, baru boleh join competition ni balik. Takpe2... Tahun depan cuba lagi. Hiks...


:: Like3, ek! ::



Sunday, May 20, 2012

BILA KONTRAKTOR LAWAN WANITA...

Jangan tak tau... my 'sayang' sekarang tengah gigih bersukan balik. Misi nak menjadik sportsman kata ko! ;P

Main bola sepak & badminton. Join geng2 kontraktor dialah. Siap ada Perlawanan Persahabatan lagik, noks! Dasat2... ;P

~ Jangan sentap, ek bila tengok tarikh kejadian. Harap maklum. Heh3...

Sebelum game nih, boleh dikatakan tiap2 petang my 'sayang' pergi training main bola kat padang SMK Seri Kandi. Kesian bini dia asik kena tinggal kat rumah. Owh... sob3...

Heh! Propa sangat..! He3... My 'sayang' ajak je aku join tengok dia training. & ada la jugak 3-4 kali aku pergi tengok. Tapi, kalau penat sangat memang tak la... Sebab diorang training mostly on weekdays, lepas opis hour, kekdahnya...

Tapi, bila tiba hari game, memang takde kompromilah! Ah kak kasik full support kat my 'sayang'. Ah kak datang tengok dengan mak. Abang & family pun join jugak. Sokongan moral kata ko! ;P

~ The VVIP-ies...

~ Penyerahan cenderahati daripada Pengerusi Persatuan Kontraktor Melayu Malaysia Hilir Perak (PKMMHP) kepada VIP jemputan.

~ Players pun bertukar2 cenderahati jugak.

~ Eh! Lupa nak bagitau... actually, game ni adalah antara PKMMHP dengan Pasukan Bola Sepak Wanita Kebangsaan Malaysia.

~ Means, geng kontraktor vs geng wanita la nih.

~ Bergambar tak hengat dulu sebelum masuk padang.

~ WANITA, hokay..! ;P

~ Pose senget daripada my 'sayang'. He3...

~ Game belum mula, my 'sayang' dah terjah 'tangki' air minum dulu. Adeh3...

~ See2!!! 

~ Let the game begins...

~ Jaga2!!! 'No. 79' nak masuk padang..! Ha3...

~ 'No. 79' pemain faveret ah kak..! Owh... 'Abang No. 79'... Heh3... 

~ WANITA injured!

~ WANITA menggelecek, 'Abang No. 79' mengejor! ;P

~ 'Abang No. 79' semput sebab bloating, terlebih minum air sebelum masuk padang. Ha3...

~ Pom2 girl yang nampak boyish. Heh3...

~ Pom2 girl #2. Cewwah!

Nervous tau ah kak menengok game nih! Nervous takut kontraktor kalah 1 hal... nervous tengok my 'sayang' yang berlari2 anak kat tengah padang pun 1 hal! Jarang kot tengok my 'sayang' berlari2 macam tu... Takut pengsan bawak perut. Ha3...

Kontraktor menyengat jugak mula2. Siap sumbat gol lagik. Tapi, wanita takmo mengaku kalah. Akhirnya, wanita menang, 3-2. Congrats2...

Walaupun kontraktor kalah tapi, dapat sumbat 2 gol tu pun dah kira orait kan... Chill2... ;)

Well... orang kata, kalau seseorang lelaki tu jenis sportsman, badan dia makin fit. Tapi, kalau elok2 lepas habis game dia bantai makan kuih dengan bihun goreng siap minum air ais bercawan2, macam mana nak dikategorikan tuh? *Merujuk kepada my 'sayang', ek!* 

;P


:: Like3, ek! ::



Monday, April 16, 2012

DEMAM BOLA

Eh! Jangan tak tau... my 'sayang' sekarang ni tengah gigih training bola tiap2 petang tau! Bila pikir sekali, rasa macam, 'Eh, bagusnya lah laki aku nih sebab mengjoin aktiviti yang menyihatkan badan.' Tapi, bila pikir lebih dari seploh kali, terus rasa macam, 'Comelnya perut dia bila berlari2 anak sambil tendang2 bola tuh. Ha3...'

Bukan training suka2, hokay..! Training sebab 19 April 2012 ni ada game. Persatuan Kontraktor Melayu Malaysia (PKMM) vs Team Bola Sepak Wanita Malaysia. Amekaw! Tak agak2 nak melawan tuh! ;P

My 'sayang' of cos la team PKMM kan...Heh!

~ 1st evening my 'sayang' training, aku tumpang menebeng. Moral support kata ko! ;P Duduk diam2 dalam kereta je pun sebab takde geng. Jadik mamarazzi. Hu3...

~ My 'sayang' buat lawak. Poyos je kata training tu kat padang SMK Perwira. Bila kami sampai, tengok nan ado pun geng dia yang tengah sepak bola kat padang! 

Aku syak my 'sayang' dah termissunderstanding merangkap dah tersalah padang. Bila my 'sayang' roger2 geng dia, memang betullah syak-wasangka aku tuh! Rupa2nya kat padang SMK Seri Kandi. Dah kena u-turn. Haish!

~ Sampai2 terus kena gelak ngan geng. Plus, diorang dah habis training dah. Training la my 'sayang' sorang2 di situ sambil dengor geng2 gelakkan dia. Isk3... Belum apa2 dah ada masalah disiplin nih, tak boleh jadik! ;P

~ Nasib baik Adha sudi jadik tukang teman my 'sayang' training. Aci sepak2 warming-up gitu2 je la kot. He3...

Tak lama lepas tu, sorang2 join my 'sayang' & Adha. Lama2, semua pun start main balik. Semangat setiakawan kata ko! Bagus!

Aku yang jadik pemerhati dari dalam kereta ni pun naik syiok tengok diorang training. Lawak kot bila tengok team yang tak berapa nak fit & didatangkan dalam pelbagai saiz berlari2 anak kejor bola yang bulat sejibik macam perut2 diorang tuh! Ha3... Larikksss..!!!

Paling tak menahan bila bola masuk longkang & ada pulak yang menjerit...

"Woiii, korang..! Tengok 'anak gajah' amik bola dalam longkang..! Ha3..."

'Anak gajah' katanya..! Senak perut aku gelak tau! Hadoiiyaiiinyapun..! ;D

Koranggg... memang tak agak2 kan mulut tuh... Propaganza sangat..! ;P


:: Like3, ek! ::



Friday, December 3, 2010

GO! WIRA GO!!!

"Our team is F.I.N.E-fine
On the L.I.N.E-line
& we L.O.V.E-love it
All the T.I.M.E-time
We are the B.E.S.T-best
Among the R.E.S.T-rest
So yea2 for...
PERWIRA SMSS!!!"

Kat atas nie bukan poem ke... pantun ke... mukadimah hape ke... Tapi adalah sebuah lagu ye, you ols..! Tetibe teringat zaman skool dolu. Zaman2 kat Science Selangor la... Time sukan sekolah. Aku umah PERWIRA which is umah biru. Kat sekolah aku dolu ade 4 umah. PERWIRA (caps lock, noks..! Hiks...), Pahlawan (merah), Pendekar (ijo) & Panglima (kuning). Setiap umah sukan ade trade mark/lagu memasing. Macam2 rentak ado! Meriah, wok..!

Bile time sukan, mula la memasing bermegah2-an dengan umah memasing. Mane yang dolunye bestfren pun buleh jadik 'seteru sementara' sebab umah lain2. Hah! Giler semangat, ko! Pastu, bile nak start sesuatu acara tu, mula la riuh-rendah dengan 'sumbangan' suara cheer leaders tak bertauliah, dok sokong umah memasing. Aku pun tak terkecuali. Sampai kadang2 tak sempat nyanyi lagu kat atas tuh. Excited sangat! Just cakap, 'Go! WIRA go!!! Go! WIRA go!!!'

Soknye, sume hilang suara. Kalau ade suara pun, dah tahap serak2 basah itik serati dah. Nak sembang dating2 ngan boyfren pun pikir lapanploh kali. Ha3...

Ade sesapa nak jadikkan aku guru vocal tak? Meh aku nak ajar lagu kat atas tuh. Heh3...


p/s: Windulah kat '11 crows'... Huuu...

Monday, November 22, 2010

ARRGGHHH..!!! HAPE KES NIE DATUK LCW??? MENGAPA LIN DAN??? MENGAPA??? HUH!

Giler panjang tajuk entry! Hah! Amik! Dari tajuk jer dah buleh interprate kesebuan hati aku kat final badminton Sukan Asia. Bukan setakat sebu jer! Senak... sedih... pitam... rase cam frust tertonggeng2 pun ado gak! Kuchiwa ah kak tau! Kuchiwa!!! Tsk3...

Semalam, kuchiwa tengok Khoo K K-Tan B H beraksi, lawan ngan Indon. Nampak cam dah gah jer memula. Tapi pastu, cam... arrgghhh... lu cakaplah sendirik! Malam tadi lak, kuchiwa kat Datuk LCW. Yupp! Memang aku akui la si Lin Dan tu quite digeruni. & memang dah expect pun yang Datuk LCW kene berhempas-pulas jugak la kan... Kalau tak jatuh tergolek, terduduk, terbang2 buat stunt memang tak sah la kan... Aku buleh terima kekalahan diorang2 kalau diorang2 main bersemangat cam team2 negara lain tuh! Tapi, nie main cam semangat dah terbang ke mane ntah! Serang la, weh..! Asik2 nak harap shuttle out jerk. Cuba contohi pemain Chinese Taipei yang ntah hape ke namenye ntah, lupa sudah... tapi, lawan ngan Lin Dan tuh. Walaupun dia mungkin dah tau yang susah untuk beat Lin Dan tapi, still giler bersemangat jugak nak dapatkan point. Hah! Kalau main camtu & ditakdirkan kalah, at least kalah bermaruah namanye! Huh!

Sampai serak2 basah suara ah kak tau, jadik cheer leader tak bertauliah kat depan tv! Kejap2 duduk... kejap2 baring... duduk balik... Haish!

Dah ade chance untuk grab gold medal tapi, sia2kan. Bukannye tak bersyukur/menidakkan pingat perak tuh... Tapi, just show us, Malaysian supporters nie 1 kesungguhan la... Kuchiwa betullah!

Korang tengok tak? Cer komen sket...

Monday, November 15, 2010

PENGADIL KONTROVERSI..??!

MALAYSIA tewas 0-3 kepada China pada perlawanan penuh kontroversi dalam saingan Kumpulan A temasya Sukan Asia 2010 di Stadium Tianhe, Guangzhou malam tadi.

Ini kerana pengadil dari Australia, Ben Williams telah melayangkan tiga kad merah kepada Mahali Jasuli, Safiq Rahim dan S. Kunanlan.

Selain itu, lima pemain lain iaitu Fadhli Shas, Norshahrul Idlan Talaha, Amar Rohidan, Asraruddin Putra Omar dan Muslim Ahmad turut dilayangkan kad kuning berbanding pemain China yang langsung tidak diberi sebarang kad.

Jurulatih kebangsaan, K. Rajagobal jelas begitu berang dengan keputusan 'berat sebelah' pengadil yang sama sekali telah meranapkan hasrat Malaysia sekurang-kurangnya mencatat keputusan seri dengan China.

"Ini pertama kali dalam sejarah saya melihat pengadil seteruk ini. Ini juga pertama kali saya bertindak untuk memberi komen terhadap pengadil.

"Saya cukup kecewa. Jika satu kad merah tidak mengapa. Ini kami terpaksa main sembilan pemain sepanjang 55 minit dan lapan pemain pada 10 minit terakhir," kata Rajagobal pada sidang media selepas perlawanan semalam.

Pada minit ke-24, Mahali dilayangkan kad merah setelah didakwa sengaja menyepak bola ke luar padang manakala Safiq turut menerima nasib sama kerana dikatakan cuba membantah keputusan pengadil.

Kunanlan pula menerima kad kuning pertama pada minit ke-79 dan kad kuning kedua seterusnya kad merah seminit kemudian kerana memberikan sepakan penalti.

"Semua pemain telah berkerja keras biarpun terpaksa lawan 11 pemain. Cuma sukar untuk terus bertahan pada baki 45 minit dengan kekurangan pemain," jelasnya.

Gol pertama China dijaringkan Li Jianbin menerusi tandukan selepas sepakan percuma pada minit ke-61 diikuti gol kedua hasil sepakan percuma Zhao Honglue pada minit ke-64 sebelum Zhang Linpeng menyudahkan sepakan penalti pada minit ke-82.

Sementara itu, Safiq yang merupakan ketua pasukan negara memberitahu: "Saya hanya tanya pengadil kenapa Mahali dilayangkan kad merah. Kemudian saya diberi kad kuning.

"Apabila saya tanya pula kenapa saya kena kad kuning, pengadil terus keluarkan pula kad merah," katanya.

Malaysia bagaimanapun tetap berjaya layak ke pusingan kedua selaku empat pasukan tempat ketiga terbaik dan akan bertemu juara Kumpulan B, Iran petang esok.

*Sumber: kosmo

~ Yang pakai baju oren tu la si William, pengadil kontroversi tuh. Kalau betullah seperti hape yang dikhabarkan, memang hampeh la ko William! Pengadil yang tak dapat cop 'SIRIM' kot nih! Isk3...


Sunday, November 14, 2010

ASEAN GAMES

Baru lepas sapu2 sampah & kemas umah nie. Aku tak kemas the whole house sebab cam penat la... Just kemas2 hall, master bedroom ngan dapur jer. Bilik semayang ngan bilik laundry tu macam ok lagik. Petang2 kang/sok la baru aku kemas2 kat situ. Wah! Aci kemas sket2 ikut bahagian la plak kan... ;P


~ Lepas mengemas, terus dok depan tv. Asean Games dah start. Tahun nie buat kat Guangzhou, China lak. Aku memang sker layan sukan2 yang camnie. Tapi, tak la sume acara aku layan. Acara fav aku cam gymnastic, swimming & olahraga. By the time aku taip entry nie pun tengah dok layan Asean Games acara gymnastic artistic. Tak sabor nak tunggu team Malaysia. Nak jerit2 dari umah sambil tepuk2 tangan. Chaiyok2!!! Heh3...

Weh, korang! Jom la same2 layan Asean Games. Kite jadik cheer leaders untuk team Malaysia nak tak? Ho3!!!

'M to the A to the L-A-Y to the S to the I to the A... MALAYSIA!' Ecewah! ;P


*Credit to: gelorabungkarno

Friday, March 5, 2010

WAH..! CAYALAH! DAPAT NO. 2 TUUU..!

Baru skang aku dapat bersiaran langsung. Pas balik keje tadi, aku layanz game, sampai la pukul 8 p.m. Pastu, aku lepaking tengok tv. My 'sayang' lak take over lappy. Pon layanz game! Game Pairs beliau tu lah! Hape lagik?! Sampai pukul 10 ++ p.m wooo... Then, baru aku take over balik. Yess zaaa..! ;)

Semalam, aku coti kan... Pagi, aku bawak nenek aku ke spital, ade appointment wif doctor. Mak aku pon ado sekali. Petang lak, aku, my 'sayang' & mak ke sekolah A_bern, ade hari sukan. Plus, dia ade masuk 1 acara iaitu 4 x 100 m. Kitorang angkut Lip2 & Odah sekali. Memeriahkan majlis... He3...

Well... malas nak citer panjang2, you ols layanz gambar2 & captions jer la, ek!


~ Perbarisan...


~ Alooloolooolooo......


~ ;)


~ 'Ke garisan... sedia... pom! *Bunyik pistol.*'


~ A_bern *yang dibulatkan & ade arrow.* masuk padang.


~ A_bern in the house..! Yang aku bulatkan tuh. Laju wooo... mak cik tu larik..! Silap hari bulan, Watson Nyambek pon makan hati..! Wakaka...


~ Ibu2... bapak2...


~ Sapekah gerangan budak lelaki yang sorang nih di hati A_bern? Sebab mase nih, dia cilok camera aku kata nak snap2 gambar. Isk2... buleh menimbulkan syak-wasangka nih! No3!!!


~ Ahah! Sorang lagik!


~ Budak2 bermain batton...


~ PBSM di tengah padang. Mane la tau, kot2 ade yang terpengsan ke... terpeleot ke... buleh gak kasik CPR. ;P


~ Sebelom masuk track, A_bern sempat lagik berposing. Salah 1 cara untuk membina keyakinan diri barangkali... He3...


~ Antara penonton yang hadir memberikan sokongan. Memasing carik pokok untuk berteduh sebab kat grand stand panas sesangat coz bumbung zink kan... Memang la ade kipas but, kipas berdiri saiz bese tu jer. Bukan yang besor godang cam kipas helikopter tuh. Plus, kipas tu pon available kat vip seats jerk. Owhhh... tak aci...


~ Acara kedua last iaitu acara tarik tali. Umah mane ntah menang..?! Lupa lak aku. Pas tarik tali, ade acara untuk parents & cikgu2 plak.


~ Tarik2..! Jangan tak tarik! Hiyarrgghhh...!!!


~ Dah sampai ke acara penutup. Walaupon mase tu dah pukul 5.30 p.m but, still panas membahang2, ok! Meleleh2 peluh ah kak! Bebudak nie lagik la kesian coz kene bersantai kat tengah2 padang.


~ Yang pakai costume cam lebah tu adalah maskot umah kuning... umah Bendahara kalo tak silap aku. Tang bontot tajam melentik tu yang tak tahan tuh! Muahaha...


~ Wah..! Cayalah! Dapat no. 2 tuuu..! Mencicit, ok dia larik! Tak agak2lah..! Ha3...


~ Congrats, bebeh!


~ Wif my 'sayang' & Lip2.

Sekian kesah Hari Sukan Sekolah A_bern...


::. TrULy, MaDLy, DeEpLy .::

i SeRvE nUfFnAnG aDs

GO SEARCH BY GOOGLE SEARCH ENGINE

Google