SiNgGaH Lg, Ek! ;)

Saturday, April 5, 2014

IKAN PECAH PERIUK BAKAR BERSAMBAL

*Slot Ketuk2 Kuali Bersama Areleez (KKBA)

My 'Jebat' beli ikan pecah periuk. 1st time, hokay ah kak dengor nama ikan sebegitu rupa..! Kata my 'Jebat', apek jual ikan tu yang promote kat dia. Termakan 'hasutan' apek tuh, my 'Jebat' rembat sekor. Besor gedabak, noks..! Boleh buat stok untuk 2 hari.

My 'Jebat' request buat ikan bakar. Gigih la #hannahmastura menggoogle resepi! Eh, ter- #hannahmastura plak..! Over tau! Ahaks3...

Bahan2:-

1 ekor ikan pecah periuk (disiang, dipotong & dicuci bersih)
1 sudu serbuk kunyit
2 batang serai (diketuk)
1 inci halia (dihiris)
1 keping asam keping
Garam
Minyak masak
Gula

Bahan2 Kisar:-

1 biji bawang besar
10 tangkai cili kering
2 biji bawang putih

Cara2 Penyediaan:-

1) Lumur ikan pecah periuk dengan garam & serbuk kunyit. Perap seketika.
2) Panaskan minyak. Tumis bahan2 kisar & serai hingga pecah minyak.
3) Perasakan dengan garam, gula & asam keping. Sebatikan. Padamkan api.
4) Susun ikan pecah periuk yang telah diperap tadi ke dalam pemanggang.
5) Taburkan hirisan halia.
6) Tuangkan sambal yang telah dimasak tadi. Hidupkan api & pastikan ikan masak di kedua2 bahagian. Angkat & hidangkan.

~ Ikan Pecah Periuk Bakar Bersambal

& akhirnya...

#hannahmastura berjaya menyediakan sajian dinner yang hebak lagik berkhasiat untuk si 'Jebat' kesayangan... Eceh! Makin mantaplah '6 packs' beliau. Ha3... #pitam


:: Like3, ek! ::



2 comments:

Kesuma Angsana said...

bestnyer, mmg resepi pembuka selera lah ni ! KA suka sgt

ArELeEz said...

Kesuma Angsana,
p'buka selera pun bollehh..!! ;)

i SeRvE nUfFnAnG aDs

GO SEARCH BY GOOGLE SEARCH ENGINE

Google