SiNgGaH Lg, Ek! ;)

Showing posts with label MESYUARAT. Show all posts
Showing posts with label MESYUARAT. Show all posts

Wednesday, March 2, 2016

MPKP BAGAN DATOK

Parlimen Teluk Intan dah selesai. Parlimen Bagan Datok pulak.

Kelam-kabut sikit aku kali ni. Sebab tempat dia jauh sikit. Start pukul 2.30 petang. Aku tumpang Cik Nad, kami ke rumah Encik Fadzil. Eika pun tunggu kat situ sebab dia berjiran je dengan Encik Fadzil. Lepas tu, carpool ke Wisma UMNO Bagan Datoh.

Terkocoh2! Alhamdulillah... selamat sampai...

~ Dipengerusikan oleh Y Bhg. Dato' Haji Khairuddin Haji Termizi, Pegawai Khas YAB Timbalan Perdana Menteri Malaysia.


~ My 'point of view'...

~ Ahli2 mesyuarat khusyuk bersidang.

~ Meeting dengan jamuan tak dapat dipisahkan... Errr... bihun sup 1..! Heh3...

On the way balik pun, kami mentekedarah lagik. Geng2 ajak mengopi, pekena mee kicap. Mee kicap thorrbahekkk... di Hutan Melintang katanya...

~ Makan... makan... & makan. ;D

Petang yang hectic. Selesai sudah 1 tugasan. 


:: A.R.E.L.E.E.Z.A.F.F.E.N.D.Y ::



Thursday, February 25, 2016

SLIDE VS SELFIE

On duty untuk Mesyuarat Majlis Perundingan Koperasi Peringkat Parlimen (MPKP) Telok Intan. Tak jauh... Kat Taman Nanas tu je, haaa... Pejam kemudian celik balik, dah sampai. Aku tumpang Encik Fadzil, together2 with Eika & Cik Nad. 

Semua jabatan / agensi kerajaan daerah Hilir Perak & a few wakil coperators dijemput hadir. Start pukul 9.30 pagi. Tugas aku, macam biasalah, bab awal2, tang pendaftaran. Kemudian, 'melompat' ke laptop, jaga slide untuk Encik Boss.

~ Dipengerusikan oleh YB Dato' Mohd Azhar Jamaluddin, ADUN Changkat Jong.

~ Jaga slide sambil selfie. Ko mampu..??! Ha3...

~ Ahli mesyuarat.

~ The end untuk ahli2 mesyuarat...

~ ... & the end jugak untuk kami...

Jamuan makan tengah hari adalah acara penutup. Nasik beriyani, ayam masak merah & yang sesuai dengannya... Sodap! Kenyang ah kak..! Hiks...


:: A.R.E.L.E.E.Z.A.F.F.E.N.D.Y ::



Friday, August 15, 2014

OTAK SEDIKIT TEPU

Silver Wave punya Kumpulan Inovatif & Kreatif (KIK) pulak. Diamond Wave... Silver Wave... Diamond Wave... Silver Wave... Haaa... nampak tak betapa tamak halobanya ah kak di situ..? Hmmm... nampak je tau! Tapi, hakikatnya tidak. Sebab bukan volunteer. Tapi, masih mengekalkan konsep... paksarela. 

Uwaawaawaaa... Nangis berguling2 pun tiada berguna... :(

Silver Wave ni lebih mencabar. Maksudnya, dari segi nak attend meetinglah. Sebab berpusat di Ipoh. So, meeting pun kebanyakannya kat SKM Perak. Ada la sekali tu diorang twist, buat meeting kat SKM Tepeng. Aku terpaksa skip sebab ada appointment dengan doktor. Mintak mahap banyak2 sangatlah. ;P

Latest meeting pun diorang twist jugak. Tapi, yang tu takpe sebab buat kat opis aku. Woo hooo..!!! Rasa gumbira tak terhingga, noks..! Melompat bintang sekejap. Ha3...

~ Dah di pertengahan meeting. Otak dah berasa sedikit tepu. Hu3... Jadik, marilah kita berselfie dengan harapan semoga otak boleh mencair sedikit. Heh3...

~ Berdiskusi untuk dapatkan output yang terpaling baik. Mudah2-an...

~ Encik Selvam sedang fokus. ;P

Bila dah terjebak dengan Diamond Wave & Silver Wave, pernah jugak datang rasa konpius. Konpius sekejap dengan tajuk projek. Mujurlah aku bukan ahli penting sangat. Maksudnya, taklah sehebat mana. Sekadar boleh berdiskusi & kongsi pendapat. Pendek kata, cuba je lah buat apa2 yang patut & yang termampu.

Try untuk enjoyce, chill & yang penting, takmo stress2! Hadapi dengan senyuman... Eceh! Ayat motivasi sangat tau..! ;)


:: Like3, ek! ::



Thursday, August 14, 2014

20 OGOS 2014... NERVOUS, OWH..!

Kumpulan Inovatif & Kreatif (KIK)... Diamond Wave...

Ntah meeting yang ke berapa kali ntah. Aku pun dah tak ingat atau pun kurang pasti. Hari berganti hari, bulan berganti bulan... Makin dekat dengan tarikh pemeriksaan. Hati menjerit berkata, 'Tak nak!'. Tapi, dalam 'tak nak' tu tetap jugak kena redah. Kena redha atau dalam bahasa saintifiknya... paksarela. Tak boleh lari dah, noks! Hu3...

Ini bukan perasaan aku sorang. Tapi, mungkin perasaan semua yang terlibat. Aku jadik wakil, tolong luahkan. Boleh cenggitu?! He3...

~ Macam khusyuk! Walaupun... ;P

~ Senyuman yang macam kena paksa. Uwaawaawaaa... Stress!

Slaid dah siap. Buku projek pun dah submit. Tunggu je lah panel dari Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perak datang buat pemeriksaan 20 Ogos 2014 ni. 

Nervous, owh..! Semoga semuanya dipermudahkan. Amin...


:: Like3, ek! ::



Sunday, July 13, 2014

GELOMBANG KE-2..!

Di bulan Romadhon ni, kami 1 opis giat buat meeting. Meeting Kumpulan Inovatif & Kreatif (KIK).
 
Lepas KIK peringkat SKM dulu tu, memang dah tak pikirkan apa2 dah yang berkaitan. Laptop dah simpan elok2 dalam kabinet berkunci & buku projek pun dah campak sekali kat situ. Otak & minda ni dah lega sangat! Heaven je rasa...
 
Tup2... ada pulak 'gelombang ke-2' KIK..! Peringkat Negeri Perak. Tak sangka sangat kena masuk lagik! Tak boleh nak reject. Kami kan 'yang menurut perintah'... Uwaawaaawaaa...


~ Meeting pertama di bulan Romadhon... Hafiz sampai terpejam2 mata! Mengantuk ke lapor? Ke... kedua2nya sekali? Ha3...


~ Ketua kasik briefing.


~ Puan Editor & Puan Penulis Buku Projek merangkap Presenter yang bajet khusyuk tak hengat! Hiks...

So far, meeting berjalan lancar. Alhamdulillah...
 
Slaid pun dah 80 % siap. Alhamdulillah lagik.
 
Perlu kerja keras untuk buku projek je. Sebab 25 Julai ni dateline. Good luck, Diamond Wave! Chaiyok2..! ;)
 
 
:: Like3, ek! ::


Friday, April 25, 2014

KO MAMPU... MEETING SAMBIL BERSELFIE..??!

Meeting Kumpulan Inovatif & Kreatif (KIK) yang pertama mula bersidang...

Naik pitam sebenornya bila pikir pasal KIK! Tak kose nak stay up siapkan slide... menggoogle, mengresearch pasal gambarajah Paretto... Ishikawa... Matrix... Pro & Kontra... macam tahun lepas. Arrgghhh..!!! Sangat stress!

Ada jugak try mintak excuse tapi, macam tak berjaya je. Nak je bagi alasan mengandung. Masalahnya, MENGANDUNGi lemak... adalah! Hu3...

Terpaksa ah kak redha tau! Tsk3... Eh, kejap! Redha itu ikhlas... Pasrah itu menyerah... Kata Mila a.k.a Lisa Surihani dalam Ombak Rindu. So, ah kak pasrah je lah. Cancel redha sebab macam tak berapa ikhlas je... Ha3...

~ Ko mampu... meeting sambil berselfie..??! Ha3... 

~ Kat surau pun sambung berselfie. Ko dah kenapa, haaa..??! ;P

~ Takde geng. Kak Ja tak join. KIK tahun ni Big Boss suruh build up group campur2. 4 orang dari wilayah, 4 orang lagik dari negeri. 

Al-kesahnya... sebelum penubuhan group tu, ada Perhimpunan Bulanan. Masa tu la Big Boss mintak volunteer, siapa2 yang nak masuk KIK untuk this year. Masalahnya, semua senyap! Macam malaikat lalu kekdahnya... Nampak sangatlah semua tak sanggup nak hadap cabaran, dugaan & rintangan hatta 'malapetaka' KIK sekalipun! Adeh3...

Aku percaya, semua orang ada idea yang maha bernas sebab Allah kurniakan akal & fikiran kan... Tak kira generasi X / Y. Bila bergabung, kompom meletop! Eceh! ;P Tapi, mungkin memasing pikirkan komitmen... masa... tenaga... tu yang payah nak jadik volunteer! Aku pun sama. Dah pernah rasa kan... semua jerih-perih... gangguan hormon... jerawat naik mencanak2, bukan setakat jerawat manjas2, ok... tapi, jerawat tahap bapak2 tok2 nek tu, haaa..! Memang coilah! Terganggu kejelitaan ah kak tau! Awwsss..!!!

Tiba2, Bg Boss kata...

"Siapa jadik presenter untuk last year? Ada 3 orang kan? Hafiez (Encik Boss aku), bagi 1 nama."

Encik Boss tanya aku, suka hati aku je kasik nama Encik Selvam. Atas alasan, public relations dia quite bagus, fluent in Malay + English & pernah study mass-comm. Masa tu, aku relax je. Rasa selamat & secure sangat dah! Tup2...

"Yang buat grafik last year, mana dia?"

Laju pulak Encik Boss point kat aku. Haish! Rasa nak menyorok bawah meja mesyuarat, hokay..! Mencik!

"Bagi nama... Hokay, Leez... masuk jugak."

Humangaihhh..!!! Sedeh! Tapi, nasib baik aku berjaya 'jack' Big Boss untuk amik Encik Pala jugak. Encik Pala ni Juruaudio Visual. Memang otai grafik la kiranya kan... Kalau dia masuk, tak la terbeban sangat otak aku nih. Ada tempat bergantung harap. Heh3... Plus, ilmu grafik yang aku ada tersangat cetek kot kalau nak dibandingkan dengan Encik Pala.

Ko nangis tonggeng terbalik ke... berguling2 dalam bilik meeting ke... memang begitulah kronologinya... begitulah jugak keputusannya... Hu3...

Hanya mampu berpesan pada hati... bertabahlah... Sob3...


:: Like3, ek! ::



i SeRvE nUfFnAnG aDs

GO SEARCH BY GOOGLE SEARCH ENGINE

Google