Tak tau nak bubuh tajuk apa. Tetiba teringat kat 1 rancangan raya kat Astro, nama rancangan tu Rona2 Raya. Hosted by Didie Alias & Ajak (Shiro). Terus copycat! Heh3...
Elok2 photoshoot raya selesai, terus laju2 terjah rumah Nenek. Nak beraya dengan Nenek, Uda, Uteh & Pak Su.
|
~ Comel tak Nenek we ols? Hiks... |
|
~ Mintak ampun, Nenek. Selamat Hari Raya. ;) |
|
~ Abang memang poyo! Ha3... |
Actually, asal ada flash camera je, Nenek akan melatah tak hengat! Cucu2 pulak kejam! Lagik Nenek melatah, lagik la diusik. Haish!
Tapi, serius kelakor... tengok Nenek melatah. Pecah perut gelak dibuatnya. Ha3...
|
~ Teruskan beraya ke rumah Mak Yang. |
Mak Yang masak laksa hari tu. Sodap!
|
~ Candid tapi, comel! |
Rumah Nenek ngan rumah Mak Yang ni dekat je ngan rumah Mak. 1 laman jerrr... Maknanya, ni kategori beraya dekat2 la... Lepas tu, baru ke kategori seterusnya iaitu beraya jauh2 sikit. Terjah rumah kawan Kakak kat Chenderong Balai.
Aku lupalah nama kakak tu apa. Tapi, best wooo..! Macam2 makanan hado..! Kakak cakap memang dah jadik tradisi diorang sefamily untuk jamu tetamu dengan macam2 makanan time raya. Masa kitorang datang tu, ada soto, ABC & bla3... Soto dia terbahek dari ladang..! ;)
Tak payah nak segan2 sebab self-service. Kalau segan, baik toksah beraya. Dok je diam2 kat rumah sambil tengok tv. He3...
Rumah kedua & terakhir untuk hari tu adalah rumah mertua aku. Mak melawat besan kekdahnya... ;P
Tak boleh nak beraya lama2 sangat sebab belah petang family my 'sayang' pulak nak datang beraya ke rumah Mak. Adik2 ipar request bihun sup Mak sebab marvellous kot katanya... Heh3...
|
~ Acara lepas makan. Heh3... |
|
~ '1 Malaysia' katanya... Motip..??! ;P |
Kesian Udda sebab dah 2 tahun tak dapat sama2 rasa bihun sup Mak. Dia yang mengidam lebih, actually. Tapi, tak dapat join sebab asal family mertua beraya ke rumah Mak je, musti clash dengan jadual balik kampung mertua dia kat Kampung Gajah. Disebabkan tu jugaklah Mak tapaukan bihun sup untuk dia. Holloh3...
Family mertua Abang pun datang beraya jugak hari tu. Membawak ke malam jugaklah tetamu yang datang ke rumah Mak.
Hmmm... meriah jugak rona2 raya ke-2 ni... ;)
:: Like3, ek! ::