SiNgGaH Lg, Ek! ;)

Showing posts with label BERAYA. Show all posts
Showing posts with label BERAYA. Show all posts

Tuesday, September 3, 2013

PERUT NI GUMBIRA SANGAT...

Tak habis beraya lagik... Raya sebulan macam nak membawak ke 2 bulan pulak! Over sangat... He3...

Beraya ke rumah Uteh, kat Batu Gajah nun..! Sedeh sikit sebab my 'sayang' tak dapat join. Ada kerja. Tsk3...

Ah kak ni biasa la kan... kalau my other half tu tak di samping ah kak, confirm rasa sendu je. Rasa incomplete tak boleh blah langsung! Well... kita kan manjas2 romantik, gitu..!

Statement mintak kena sepak sangat..! Dush3!!! Ha3... Hadoi!

~ Tumpang Encik Livina Abang je... Malas nak drive. Plus, 'Bos Besor' tak lepas aku drive luar dari Teluk Intan. 

Padahal, Batu Gajah tu bukan jauh mana pun! & bukannya drive sorang2. Mak ada jadik co-pilot... Abang ada tukang jaga kat belakang... Pak Yang pun ada, jaga kat depan. Aku tengah2 la kiranya kan... Tetiba nak feeling2 retis pulak sebab ada 'bodyguard' depan belakang. Ko ada..??! He3...

Kadang2 rasa down jugak bila my 'sayang' tak berapa lepas bini dia ni drive jauh2. Risau kebenor! Mula la nak mempersoalkan, 'Kenapa B tak percayakan kredibiliti bini mu ini? Why3..???'

Tapi, bila pikir2kan balik, rasa best pulak. Rasa macam disayangi lagik dimanjas-i (amekaw.. ejaan..!) sangat..! & terus terpositif, 'Hmmm... mungkin si dia sayang sangat kat bini dia yang comel lagik tersangat la buta jalan nih. Sebab tu si dia risau kebenor! Takut katanya ke Batu Gajah tapi, last2 sesat-barat ke Petaling Jaya pulak kan... Ha3...'

'Errr... atau mungkin jugak si dia kesiankan jari-jemari yang mulus ni bakal jadik kasar kalau dah selalu sangat mengdrive jejauh kan...'

Ecewah! Memang mintak kena sepak sangat2 nih! Ha3...

~ Main pondok2 ngan Kak Yong. Port belakang sekali. Hiks...

& sebenornya, aku demam hari tu. My other half pulak takde kan... So, mood adalah ke laut sikit. Hu3...

Tapi, bila bab makan tak ke laut pulak! Laju je! Ha3... Apakah..??! 

Nasik putih, sup sayur, ayam kampung sir sau, sambal belacan & ikan goreng. Siap ada kek cicah kopi lagik untuk desert..! Terbahek...

Terima kasih, Uteh sebab kasik kitorang makan kenyang2 hari tu. Perut ni gumbira sangat... ;P


:: Like3, ek! ::



Monday, August 26, 2013

RONA2 RAYA

Tak tau nak bubuh tajuk apa. Tetiba teringat kat 1 rancangan raya kat Astro, nama rancangan tu Rona2 Raya. Hosted by Didie Alias & Ajak (Shiro). Terus copycat! Heh3...

Elok2 photoshoot raya selesai, terus laju2 terjah rumah Nenek. Nak beraya dengan Nenek, Uda, Uteh & Pak Su. 

~ Comel tak Nenek we ols? Hiks...

~ Mintak ampun, Nenek. Selamat Hari Raya. ;)

~ Abang memang poyo! Ha3...

Actually, asal ada flash camera je, Nenek akan melatah tak hengat! Cucu2 pulak kejam! Lagik Nenek melatah, lagik la diusik. Haish!

Tapi, serius kelakor... tengok Nenek melatah. Pecah perut gelak dibuatnya. Ha3...

~ Teruskan beraya ke rumah Mak Yang.

Mak Yang masak laksa hari tu. Sodap! 

~ Candid tapi, comel!

Rumah Nenek ngan rumah Mak Yang ni dekat je ngan rumah Mak. 1 laman jerrr... Maknanya, ni kategori beraya dekat2 la... Lepas tu, baru ke kategori seterusnya iaitu beraya jauh2 sikit. Terjah rumah kawan Kakak kat Chenderong Balai.

Aku lupalah nama kakak tu apa. Tapi, best wooo..! Macam2 makanan hado..! Kakak cakap memang dah jadik tradisi diorang sefamily untuk jamu tetamu dengan macam2 makanan time raya. Masa kitorang datang tu, ada soto, ABC & bla3... Soto dia terbahek dari ladang..! ;)

Tak payah nak segan2 sebab self-service. Kalau segan, baik toksah beraya. Dok je diam2 kat rumah sambil tengok tv. He3...

Rumah kedua & terakhir untuk hari tu adalah rumah mertua aku. Mak melawat besan kekdahnya... ;P

Tak boleh nak beraya lama2 sangat sebab belah petang family my 'sayang' pulak nak datang beraya ke rumah Mak. Adik2 ipar request bihun sup Mak sebab marvellous kot katanya... Heh3...

~ Acara lepas makan. Heh3...

~ '1 Malaysia' katanya... Motip..??! ;P

Kesian Udda sebab dah 2 tahun tak dapat sama2 rasa bihun sup Mak. Dia yang mengidam lebih, actually. Tapi, tak dapat join sebab asal family mertua beraya ke rumah Mak je, musti clash dengan jadual balik kampung mertua dia kat Kampung Gajah. Disebabkan tu jugaklah Mak tapaukan bihun sup untuk dia. Holloh3...

Family mertua Abang pun datang beraya jugak hari tu. Membawak ke malam jugaklah tetamu yang datang ke rumah Mak. 

Hmmm... meriah jugak rona2 raya ke-2 ni... ;)


:: Like3, ek! ::



BERAYA DI 3 BUAH RUMAH SEDARA

Awa kasik cadangan, belah petang adalah sesi beraya. Aku laju je setuju! Even orang pertama yang rasa nak melompat! Nasib baik la kat rumah mertua kan... Behave2... Ha3...

Pukul 2.30 petang, semua dikehendaki siap! Wokeh, baheklah! ;)

Elok2 nak keluar, tetiba ada tetamu datang beraya lagik. Owh... memang perkara biasa sangat berlaku kat rumah mertua. Sabor je la... Hu3...

~ Ni gambar sebelah pagi. Memasing pun muka atak senyum lagik dok melayan tetamu. Heh3...


~ Yang ni baru la gambar sebelah petang. Dah siap dah semua. Tinggal nak tunggu tetamu terakhir mintak diri. Lepas tu, kitorang pun chowlah! Senyuman pun macam paksarela jerrr... Ha3... Hadoi!

Memula, terjah rumah Mak Ngah kat Selabak. Ada laksa, nasik + lauk-pauk & sup tulang. Memang terbahek sangat la kan... 

Serbuuuuuuuuuuuuuu..............!!! Ha3...

~ Lepas tu, singgah beraya kat rumah Along pulak. Kat sini aku dah tak lalu nak cuit apa2. Minum je kot... sebab perut dah santak sangat!

~ Cubaan my 'sayang' buat air sarsi tarik. Eh, dapat sambutan menggalakkan daripada 'customer' tau! Ha3...

~ Last pose... kat tangga rumah Along. 

Rumah terakhir adalah rumah Angah Ali. Ada pulak keropok Rota kan... Macam best pulak! So, aku ratah keropok Rota ngan sirap suam je. He3...

Cukup la 3 buah rumah kitorang beraya. Jadik la kan... 

Walaupun 3 buah rumah je tapi, tu pun dah buat we ols flat tau! Maybe sebab semua pun dah bertungkus-lumus belah pagi dok layan tetamu yang tak putus2 kan... Lepas mandi, aku terus 'hanyut' dalam bilik. Sedar2 je dah Maghrib. Adeh3...


:: Like3, ek! ::



Wednesday, September 12, 2012

4 SYAWAL 2012... EPISOD: DINNER RAYA

Tak habis lagik beraya. Belah tengahari jadik 'rombongan Cik Kiah'. Belah petang lepak kat rumah mak je. Nak kumpul energy balik sebab malam kang nak sambung beraya lagi.

Hoyyeahhh...!!!

Kitorang nak beraya ke rumah mak mertua kakak. Dah pesan siap2 kat kakak, kalau setakat jamu kuih raya je baik toksah bagi kami datang. Paling2 pun, kena jamu nasik spesel. Ha3... Kejam2...

Terus kena sekeh dengan kakak aku. Adeh3...

~ Lepas kena sekeh pun muka bajet kiut lagik. Tiz Zaqyah celup kata ko! Ha3... Memang mintak kena sepak ke apakah nih?! ;P 

Mak mertua kakak jamu nasik, as requested. Ha3...

So, malam tu berdinner raya dengan nasik putih, asam pedas ikan siakap, ikan masak kicap, sayur campur seafood & apa ntah lagik... lupa la... Ada ruang lagik kot perut aku ni. Terus makan sampai 2 pinggan! Owh... apakah..??! ;P

~ Lepas makan nasik, makan kek coklat pulak. Minum kopi... Perrgghhh!!!

~ Suap Ziqah sekali. Eh, manjasnya!

~ Ziqah ni anak Uda. 1 & only... Nama penuh: Anis Haziqah. No. MyKid: ..... eh, over pulak! Hiks... 

Kalau korang tengok badan dia secara live, musti korang ingat dia tak cukup makan. Sebab kurus sesangat! Tapi, cer tengok pola pemakanan dia. Semua dia belasah! Faveret dia adalah petai. Bukan yang kita campur dalam sambal udang jadik sambal udang petai tuh. Tapi, yang raw, bebeh!

Slumberdek je dia telan.

Nasik penuh pinggan. Roti pun dia makan. Biskut lagik... Macam2lah masuk dalam mulut dia. Tapi, still tak gemuk2. Sebab sistem penghadaman dia pelik sikit. Makan3... lepas tu, buang3. Susah nak jadik lemak kot. Tu yang slim sesangat tuh!

Jeles ah kak tau! Sebab ah kak pun makan banyak jugak, membuang jugak. Tapi, maintain je bulat2... Uhuks3...

~ Sebenornya, aku yang ngengada request kat kakak nak desert bagai... Terus laju2 mak mertua kakak amikkan kek coklat. Terasa seperti tetamu kesayangan pulak. Hiks...

Eh, ke... tetamu menyusahkan? Ha3...

~ Aku saja je nak nyakat kakak. Malas ya ampon owh... mokcik tuh..! So, aku dera dia dengan merequest macam2, biar mak mertua dia dengor, lepas tu mak mertua dia pun suruh amikkan apa yang aku nak. Amekaw! La3...

Lagik sekali kena sekeh ngan kakak. Adeh3...

Hokayla... Insap la... Takmo dera2 dah... Tapi, tetiba my 'sayang' bersuara...

"Kak, buah2-an takde ke?"

Ha3... Tak dapek den nak nolong! ;P


*Bersambung...


:: Like3, ek! ::



Tuesday, September 13, 2011

BERAYA DENGAN BEST FRIEND FOREVER (BFF) MAK

Kan aku dah kata, selagik tak lewat malam, takde maknanya kitorang nak berenti beraya! ;P

Lepas mandi & bersiap2 semula, kami terjah rumah BFF mak plak. Rumah Cik Siah.

~ Sampai2 terus makan. Ha3... Memang buruk lantak, hokay! ;P Cik Siah hidangkan nasik impit, lemang, kuah lodeh, rendang ayam & daging. Walaupun perut dah santak sebab tak abis2 lagik beraya tapi, bila nampak makanan hebat2, secara automatic jadik lapor balik. Sila salahkan encik perut & encik tekak, ye! Haish! 

~ Bila dah kenyang, mula lah buat rumah orang cam rumah sendirik! Berposing tak hengat! Ha3...

~ Kami paksa Cik Siah berposing sama... ;P

Rumah Cik Siah adalah rumah penutup untuk destinasi beraya 2 Syawal 2011. Sudah2 la tuh..! Moh balik, mentido pulak. Nak recharge energy sebab soknya aku ngan my 'sayang' nak beraya ke Kuala Kangsar dengan family mertua. 

Jalan2 lagik!!! Owh... I like3!!! Ahaks3...


:: Like3, ek! ::

i SeRvE nUfFnAnG aDs

GO SEARCH BY GOOGLE SEARCH ENGINE

Google