SiNgGaH Lg, Ek! ;)

Showing posts with label MALAYSIA. Show all posts
Showing posts with label MALAYSIA. Show all posts

Monday, May 26, 2014

SEMALAM YANG GENTING...

Sangat genting! 

MALAYSIA VS JAPAN

Dari pukul 5.30 petang, aku & My 'Jebat' dah 'bermastautin' kat living room, amik port memasing cantekkk... punya depan tv. Bantal SpongeBob harus ada. Senang kalau perlukan punching bag. Debik je dia! Ha3... Hadoih!

Pukul 6 ++ petang terpaksa off tv sebab kilat, guruh & petir yang sangat gegak-gempita! Neves, ah kak! Tak berani amik risiko. Kang tak pasal2 segalanya rentung. Tak sanggup especially kalau melibatkan dekoder PVR tuh. Ada #bukankeranaakutakcinta, noks..! Sangat tak sanggup kehilangan..! Ha3... Over tau! Mencik! ;P

Datuk Lee Chong Wei vs Kenichi Tago
- Aku melompat bintang! My 'Jebat' melompat sambil duduk bersila. Errr... boleh bayangkan tak? Ha3... & we ols tersenyum sampai ke telinga... ;) 

Tan Boon Heong / Hoon Thien How vs Kenichi Hayakawa / Hiroyuki Endo
- Senak perut, pankreas mengecut & buah pinggang menggigil. Sikit lagik nak menang tapi, ya hado..! Geram pulak mengtengok 'Pokcik Hayakawa & Pokcik Endo' tuh! Haish!

Chong Wei Feng vs Kento Momota
- Sakit pulak hati kita tengok skill Chong Wei Feng! 'Pokcik Momota' menang bergaya, hokay..! Huh!

Goh V Shem / Tan Wee Keong vs Keigo Sonoda / Takeishi Kamura
- Congrats3..! Sebab bagi sinar harapan. ;)

Liew Daren vs Takuma Ueda
- Memula redha sebab dari rekod Liew Daren tu, nampak macam perlu mengharapkan keajaiban berlaku je. Tapi lepas tu, dia macam berjuang jugak la... Sampai Encik Khairy Jamaluddin bersorak tak hengat! 'Daren.. Daren.. Daren..' Tapi lepas tu... ya hado... balik. Sob3...

~ Syabas untuk yang berjuang. Yang mana berjuang suam2 kuku tu, harap sangat la dapat memperbaiki skill & reputasi. K-mon... Tunjukkan semangat MALAYSIA BOLEH!

*Credit to: badmintonreviews

~ Kempunan nak ukir nama Malaysia untuk 2014 kat Thomas Cup nih. Tsk3...

*Credit to: bwfbadminton

Aku tak terpikir untuk dapat cuti hari ni. Serious! Sumpah, tak tipu! Aku pikir nak Malaysia menang & bawak balik Thomas Cup je. 

Tapi, nak buat macam mana... Dah suratan takdir & bukan rezeki... :(


:: Like3, ek! ::



Saturday, August 31, 2013

MALAYSIAKU BERDAULAT

*This is a sticky mode entry. Please, scroll down for new updates.

Usah tanya apa yang MALAYSIA lakukan untuk kamu,

Tapi...

Tanyalah apa yang kamu telah & bakal lakukan untuk MALAYSIA...

~ Malaysiaku Berdaulat: Tanah Tumpahnya Darahku

Selamat Hari Kemerdekaan yang ke-56...

*Credit to: elfvedorhome


:: Like3, ek! ::



Monday, August 15, 2011

OWH... LATOK... TSK3...

Kuchiwa betul!

Nampak macam Malaysia dah ada peluang untuk beat China. 1st game dah dalam genggaman. 2nd game tuh jer Latok Chong Wei cam down. Asik nak harap shuttle out jer. Kalau betul prediction tuh, takpe la jugak. Nie haub, hokay! Banyak kali plak tuh! Hadoi la...

Apa lagik..?!! Makin menyinga la si Super Dan tuh! Haish!

Nampak macam masa game 3 tu Latok Chong Wei dah wake up balik. Dah hampir2 nak menang dah pun. Tapi, akhirnya... kecundang jugak... Adeh3... Sadis betul! 

Gigih tau 3 beranak (mak, aku & my 'sayang') menebeng kat depan tv semata2 nak bagi sokongan padu kat Latok Chong Wei. Menjerit tak hengat tu toksah citerlah! Sampai serak2 suara buat lontaran vokal! Hadoiiyaiii..!!!

My 'sayang' siap berguling2 + tumbuk2 tilam baru mak. Ha3... Mak plak, siap junjung2 bantal konon2 nak cover mata sebab ngeri tengok Latok Chong Wei kalah. Muahaha... Lawak mak aku tau! Hiks...

Apa2 pun, walaupun tewas buat kesekian kalinya di tangan Super Dan, Latok Chong Wei tetap pulang sebagai wira negara... Tapi kan, kalau menang, lagik la super duper wira negara gitu..! ;P

Eh! Aku dok bebel2 nih, korang tengok tak YONEX BWF World Badminton Championships, London 2011 malam tadi?


:: Like tak? Like tak? Like la... Mekacih... ::



Saturday, July 23, 2011

HARIMAU VS SINGA

Berpeluh2 ah kak tau! Bukan berpeluh sebab libang-libu menengok Harimau (Malaysia) vs Singa (Singapore). Tau2 jer la kan... ah kak nie bukan in sangat bab2 bola nih! Setakat tengok sipi2 menambahkan pasukan sorak jerk. He3...

Berpeluh sebab gigih mengcoolkan my 'sayang' yang cukup2 emo! Gerun ah kak tau! Bila Singa sumbat 4 gol straight, lagik la my 'sayang' emo melampau! 

Tapi, bila Harimau buat serangan balas, sumbat sampai 3 gol, terus my 'sayang' bersorak tak hengat! Terkejut ah kak tau! Kus semangat... Hadoiiyaiii..!!!

Tetiba, Singa sumbat lagik 1 gol! Means, total dah 5 la. Kuchiwa abis my 'sayang'. Emo balik dia! Hu3...

Cool, bebeh! Cool! ;P


:: Like tak? Like tak? Like la... Mekacih... ::



Thursday, December 16, 2010

MALAYSIA BOLEH!!!

Malam tadi, my 'sayang' baru lepas melompat2 & bertempik2 kegumbiraan! Bukan sebab dapat durian runtuh ke hape kan... Tapi, sebab team bola sepak Malaysia menang mase lawan ngan Vietnam (Piala Suzuki).

Mase tu, aku tengah gigih bersilat kat dapur. Nak tak nak, terpaksa la my 'sayang' layan bola sorang2. Plus, aku memang not into it sangat. Kalau setakat tengok sambil2 lalu tu, hokay la... Elok2 aku nak panaskan kuali, my 'sayang' dok jerit2 marah2 kat hall. Terkejut ah kak tau! Sib baik tak kene kencing manis! Fuh! My 'sayang' dok bebel2 marahkan team Malaysia.

'Main cam kambing! Sape suh simpan bola tuh? Pass la kat member! Ah! Kambing betul!'

Hah! Camtu la lebih kureng my 'sayang' membebel. Emo, owh... Ngeri ah kak tau! Hu3... Tapi, bile Malaysia dapat beat Vietnam 2-0, terus melompat2, mengelejat sker! Hilang dah 'kambing' tadi. Dah jadik 'harimau' kot! He3...

Hape2 pun, congratslah untuk team Malaysia. Keep it up! Semoga misi untuk menjadik team yang digeruni berjaya! Pastu, dapat masuk World Cup. Pastu, dapat beat Spain, Argentina, Brazil bagai... Pastu, pengganti Paul si sutun penilik tu pun predict Malaysia as champion! Ha3... Buleh, gitu..?! Over tau tahap imaginasi ah kak nih! Sampai Paul yang dah kiok pun terlibat secara tak langsung! Melampau! Hiks... Tapi kan... mende tu tak mustahil kan... betul tak? Yang penting usaha & tawakal. Malaysia boleh!!! Kan3..??? ;)

i SeRvE nUfFnAnG aDs

GO SEARCH BY GOOGLE SEARCH ENGINE

Google