SiNgGaH Lg, Ek! ;)

Thursday, April 18, 2013

DORAEMON DI UDARA...

Nak jalan jauh nih. Ke Kelantan.

Tujuan: Majlis bertandang Angah & Wan merangkap berjalan2 carik pasal. Sesambil menyelam, sesambil minum air kekdahnya... ;)

Angah punya majlis tapi, aku yang over excited! Siap menggoogle2 buat trip planning bagai... 

Ha3... Melampau sangat, hokay..!

~ Muka atak senyum sepanjang perjalanan... Ngeeeeeeee...... ;D

Bajet nak gerak pukul 10.30 pagi. Tapi, membawak ke pukul 11 pagi la pulak. Biasa la tu... janji Melayu! 

Mak dah berzikir dah. Owh... neves2! Hu3...

Pit stop pertama adalah di Hentian Simpang Pulai. BrUnch time... Lapor giler kot! Sebab we ols tak breakfast apa pun. Mak Yang ada tapau nasik putih, ikan masin goreng, ikan sepat goreng, sambal sotong rendam, ulam timun & ikan goreng. Perrgghhh..!!! Memang terbaekkk... lah!

Bagai orang mengantuk disorongkan bantal kekdahnya... Heh3...

Masa nak gerak, terjumpa pulak dengan Murni. Tak sangka sangat. Murni balik dari Genting Highlands kot. Tak sempat nak sembang sangat sebab memasing nak meneruskan perjalanan. 

Kitorang singgah Lenggong sebab Tok & Tok Wan Angah (belah Pak Yang) tunggu kat situ. Diorang gerak dari Taiping. 

~ Sampai kat Hentian Titiwangsa.

Nak sampai ke Hentian Titiwangsa ni, 2 kali kot aku tido. He3... Memula, segar-bugar siap menyanyi2 berjoget2 dalam kereta sambil peluk Spongebob mengalahkan kanak2 Ribena! Lepas tu, tetiba je senyap! Maknanya... zzzzzzzzzzzz......... la tuh! He3...

~ Menjerit Mak bila aku mintak dukung macam ni. Ha3...

View kat sini cantik. Angin pulak memang terbaekkk... lah! Dengan gunung2 bagai tu kan... memang layan habis!

~ Ah kak nampak bulat2 dalam masa yang sama ah kak nampak kurus kiut-miut kan dalam gambar nih? Ahaks3... Confuse tak? ;P

~ Cover perut! Cover perut! Ha3...

Kitorang berhenti untuk semayang & makan lagik kat Hentian Titiwangsa nih. Kali ni makan bekal yang Tok & Tok Wan bawak pulak. Best kot! Seperti berpicnic! Hiks...

Ada nasik putih, ikan goreng, masak lemak pucuk ubi & ikan masin goreng. Siap bawak buah kerdas lagik buat ulam! Picnic habislah! ;)

Seronok jalan jauh2 nih! Sebab cepat lapor balik. Lepas tu, carik pit stop & makan. Kalau hari2 jalan jauh2, mau bulat macam Doraemon ah kak tau! Dah tak jejak bumi dah. 

Cer tutup mata kejap. Lepas tu, bayangkan Doraemon melantun2 terbang di awang2-an di udara. 

Dapat imagine tak? Comel tak? Ha3...


:: Like3, ek! ::



4 comments:

Kesuma Angsana said...

mmg bestlah sesekali berkonvoi2 mcm ni kan !

Ena's Palace said...

hamboii..posing sakan nampak!..hehehe

ArELeEz said...

Kesuma Angsana,
best sgtt..! w/pon penat tp, b'baloi2.. ;)

ArELeEz said...

Ena's Palace,
always! ha3..

i SeRvE nUfFnAnG aDs

GO SEARCH BY GOOGLE SEARCH ENGINE

Google