SiNgGaH Lg, Ek! ;)

Monday, December 31, 2012

SWEET PINKIE GARDEN

~ Sweet Pinkie Garden.

Hantaran yang Mak gubah untuk majlis pertunangan anak BFF Mak. 

Hmmm... Mak selalu je ada idea. Tangan pun boleh tahan berseni la kot... Berbanding dengan anak2 Mak yang tangan kayu nih especially anak bongsu Mak. Memang haub takde seni langsung! 

Kalau macam Kakak tu, ada jugak la terror melukis. Hand writing pun cantik. Aku nih, jangankan nak melukis, hand writing pun... ya ampon... ngalahkan tulisan doktor! Uhuks3...


:: Like3, ek! ::



Thursday, December 27, 2012

HAPPY BIRTHDAY... INTAN NUR IRMANISA RAUDHAH

Birthday Intan Nur Irmanisa Raudhah a.k.a Kak Ngah. Anak Abang aku merangkap anak sedara aku yang nombor 3. 

Eh, macam nak bercerita pasal salasilah keluarga pulak! Heh3...

Celebrate kat rumah Abang je. Senang katanya... kawan2 + sedara-mara nak datang. Takde had waktu. Ikut sukahati ko la kan... Tapi, kalau lambat sangat datang & makanan habis, sila jangan menyesal! ;P

~ Melekat dengan Nenda kesayangan. 

~ Rifqi kena 'kidnap' dengan Acu Pendi sebab tak reti duduk diam, lari sana lari sini. Pitam nak mengekornya! 

~ Comel Mak posing sambil tunjuk cawan tuh. Hiks...

Ini birthday Kak Ngah yang ke-3. Pejam celik, pejam celik je kan... dah 3 tahun umur Kak Ngah. Dah sekolah tadika dah pun. 

Suara semakin 'husky' sebab asik la nak menjerit meragam kalau nampak Mama dia. Kalau keluar dengan kitorang means, tanpa Mama dia, bukan main sopan-santun baik budi pekerti lagik, noks! Senyum sokmo kata ko! Haish! 

Mak kata, kalau ada ubat / penawar kat mana2 yang boleh dibeli, dah lama Mak suruh Abang beli, kot2 serasi dengan Kak Ngah. Hu3...

Tapi, takpe la... Manusia tu kan bermacam2 ragam. Bebudak pun macam tu jugak. Lain budak, lain perangainya. 

Acu doakan semoga Kak Ngah jadik anak yang solehah & berjaya di dunia & akhirat. Insyaallah... Aminnn...

Errr... kurangkan sikit bab meragam tu, ek! ;P


:: Like3, ek! ::



ASAM REBUS LIMAU PURUT IKAN TERMENUNG

*Slot Ketuk2 Kuali Bersama Areleez (KKBA)

Nak masak yang simple2 & berkuah. Asam rebus paling menepati kriteria kot. Sebab penyediaan bahannya tak remeh.

Jom masak! ;)

Bahan2:-

4 ekor ikan termenung (disiang & dicuci bersih)
1 sudu kecil serbuk kunyit
3 helai daun limau purut
1 keping asam keping
7 tangkai daun kesum
1 biji timun (dibuang biji & dibelah 4)
Serbuk perasa
Garam
Gula
Air masak

Bahan2 Tumbuk:-

1 biji bawang besar
3 biji bawang putih
3 - 5 biji cili padi

Cara2 Penyediaan:-

1) Masukkan bahan2 tumbuk ke dalam periuk.
2) Masukkan air. Reneh dengan api sederhana.
3) Masukkan ikan termenung, serbuk kunyit & asam keping.
4) Masukkan daun limau purut & daun kesum.
5) Perasakan dengan serbuk perasa, garam & gula.
6) Masukkan timun. Masak seketika. Angkat & hidangkan.

~ Asam Rebus Limau Purut Ikan Termenung. Sepatutnya pakai daun kunyit. Tapi, daun kunyit takde dalam stok. So, belasah je la pakai daun limau purut. Inovatip kata ko! He3...

Sonang, sehhh..!!! ;)

Eh, tercakap loghat Singapore la pulok! Owh... Abang Aaron Ajis... Ha3...


:: Like3, ek! ::



Wednesday, December 26, 2012

WORDLESS WEDNESDAY #18: WINDU ALADDIN

~ Windu kat kasut Aladdin nih. Tak boleh pakai sebab dah uzur. Hu3...


:: Like3, ek! ::



REMPAH-RATUS...

Dalam muzium tu ada banyak seksyen. Ada seksyen yang display pasal sejarah Melaka... senjata perang zaman dulu2... pinggan-mangkuk yang orang dulu2 gunakan... banyak la kiranya kan...

Pendek kata, kena tawaf semua seksyen baru rasa puas hati. Plus, kalau penat, boleh je berhenti2, rehat2 duduk2 kejap. Lepas tu, sambung pengexploran. 

~ Ini kat seksyen rempah-ratus.



~ Macam2 ada..! Kulit kayu manis, munge lawang, cengkih, bawang... bla3... 

~ Melaka kan suatu masa dulu pusat perdagangan. Banyak pedagang2 dari beberapa negara yang berdagang kat Melaka. Kira havoc jugak la kot Melaka masa tu kan? ;P

~ Tu contoh rupa paras pedagang2 tuh. Semuanya sunburn. He3...

Sekali cium rempah-ratus ni bagi aroma yang macam best je kan... Tapi, kalau lama2 kat seksyen tuh, rasa nak terbersin la plak! Allergic! Awwsss3!!! Hu3...


*To be continued...


:: Like3, ek! ::



Monday, December 24, 2012

SARJAN SENIN GERAK3 KHAS... LA3...

Muzium lagik. Tak habis2... Heh3...

Banyak sangat kot ceruk yang kitorang rasa macam rugi je kalau tak amik gambar. So, memang bersepah2 la gambar kan... Ni pun dah kena tapis2 + saringan2, hokay..! Tinggal hanya yang terbaekkk... untuk anda je. Cewwah! ;P

~ Teropong ajaib! Heh!

~ My 'sayang' nak skodeng anak bulan. Ho3!!!

~ Pahlawan zaman dulu2 kot. Kiut skirt dia kan? Ha3...

~ Harap... meriam tu tak meletop... Fuh!

~ Bajet handsome dari pahlawan tuh la... Layankan je... Layankan... He3...

~ Main meriam ni kat kampung time2 raya, confirm havoc giler 1 kampung! Lepas tu, kena kejor ngan Tok Ketua... Lepas tu, kena maki ngan orang2 kampung... Lepas tu... Eh! ;P 

~ My 'sayang' kata, pokcik pahlawan tu macam Sarjan Senin yang dalam Gerak3... Khas... tuh sebab dia ade misai melintang sejibik macam Sarjan Senin! Ha3... Sampai ke situ pulak imaginasi beliau kan... Over tau..! Mencik! ;P

Macam2lah my 'sayang' nih! Nasib baik sayang..! 

Erkkk! Motip..??! ;P


*Bersambung...


:: Like3, ek! ::



SAMBAL SARDIN BERULANG-KALI

*Slot Ketuk2 Kuali Bersama Areleez (KKBA)

Tuan tanah kedaung baru balik dari Pahang. Ada 'urusan khas' kat sana. Cewwah! ;P

Nanti tuan tanah kedaung cerita, ek! Jangan bimbang sebab tuan tanah kedaung tak pernah lokek berkongsi kesah & pengalaman. Heh3...

Skang layan dulu tuan tanah kedaung nak mengshare kesah & pengalaman beliau memasak, ye! P.E.A.C.E! ;P

Bahan2:-

1 tin sardin
1/2 cawan cili kisar
3 - 5 biji cili padi
1 biji bawang besar (dihiris)
1 biji bawang putih (dihiris)
Garam
Gula
Minyak masak
Air masak

Cara2 Penyediaan:-

1) Panaskan minyak. Tumis bawang besar & bawang putih hingga naik bau.
2) Masukkan cili kisar. Tumis hingga pecah minyak.
3) Perasakan dengan garam & gula.
4) Tuang sedikit air masak jika terlalu kering.
5) Masukkan sardin & cili padi. Biarkan seketika. Angkat & hidangkan.

~ Sambal Sardin Berulang-kali sebab dah banyak kali masak & banyak kali jaja kat sini. Hiks...

Cicah roti boleh.. cekodok pun boleh... makan dengan nasik panas2 pun aci jugak! Nak2 time kebulur. Perrgghhh..!!! Nikmat betul kot..! He3...


:: Like3, ek! ::



Friday, December 21, 2012

SUAMI - ISTERI BIKIN ONAR!

Bikin onar! 

Heh3...

~ Bila 'Hang Tuah' pakai sunglasses... Handsome tak? Handsome tak? ;P

~ Bila 'Hang Tuah' tolong bawakkan handbag 'Tun Teja'... Gentleman tak? Gentleman tak? Ha3...


Kesian 'Hang Tuah' jadik mangsa keadaan... Hiks...


*To be continued...


:: Like3, ek! ::



BILIK PASUNGAN... NGEEEEEEEEE.......

Ada entry yang tertinggallah. Entry Muzium Samudera tuh.

Bila check kat draft, ada banyak lagik rupanya gambar2 yang nak dijaja. Biasa la ah kak kan... Kalau boleh semua pun nak dijaja ditayang kat belog---oranje nih! Heh3...

Meh la tengok! ;)

~ Pokcik ni bukan pengawal muzium tau! Tapi, tourist macam kami jugak la. Dia ngan family dia dah penat kot tawaf 1 muzium tuh. So, landing kejap hilangkan penat.

~ Aku tak berapa nak penat lagik. Gigih je bercamwhore! Heh3...

~ My 'sayang' mengskodeng Bilik Pasungan. 

~ Bilik Pasungan ni adalah bilik tahanan / hukuman untuk anak2 kapal yang melakukan kesalahan. Cer bayangkan... dalam kapal pun nak kena pasung. Buatnya tetiba kapal tu nak karam ke kan... hah... achaner nak menyelamatkan diri kalau dah kena pasung?! Perrgghhh..!!! Ngeri kot!

~ Apakemendanya ntah yang my 'sayang' tunjuk tuh?! Errr... hah, baru ingat! Gambar ilustrasi Hang Tuah kot.

~ Kapten Jack Sparrow buat muka seposen nak mintak balik Black Pearl yang dah kena sumpah jadik kerdil. Ha3...

~ Kat frame gambar kapal banyak2 pun nak amik gambar jugak. Hmmm... hokay, fine3!!! ;P

Tak tau nak karang ayat ending. Kehabisan idea. Babai je lah! ;P


*Bersambung...


:: Like3, ek! ::



SAWI PUTIH TUMIS TELUR RUNTUN QALBU

*Slot Ketuk2 Kuali Bersama Areleez (KKBA)

Resepi sayur pun belasah jugak nak dijaja! Biasa la... tuan tanah kedaung kan over..! Ha3...

Bahan2:-

1 ikat sawi putih (dipotong)
1 biji telur ayam
1 tangkai cili kering (dibuang biji & dihiris serong)
1/2 biji bawang besar (dihiris)
Minyak masak
Air masak
Garam
Serbuk perasa

Cara2 Penyediaan:-

1) Panaskan minyak. Tumis cili kering & bawang besar hingga layu.
2) Pecahkan telur. Kacau sampai jadi telur hancur.
3) Masukkan sawi putih & sedikit air masak.
4) Perasakan dengan garam & serbuk perasa. Kacau rata. Angkat & hidangkan.

~ Sawi Putih Tumis Telur Runtun Qalbu. Sonang yo..! ;)

Bila makan, suap sekali dengan cili kering. Lepas tu, telinga berdesing! Memang me-Runtun Qalbu lah! He3...


:: Like3, ek! ::



Thursday, December 20, 2012

ASAM PEDAS SELERA KAMPUNG

Tak larat nak explore dah sebab perut dah berkeroncong. Lapor! Sapedek dulu baru sambung pengexploran.

Dah katanya kat Melaka kan... harus la mengtry asam pedas Melaka yang meletop kebabom tuh! Heh3...

Kitorang makan kat Asam Pedas Selera Kampung. Pernah datang sini sekali, masa hantar Jijah further degree nih. Abang Poi yang belanja. 

~ Amekaw! Penuh meja. Makannya 2 orang je pun. Owh3...

~ Ketam goreng. Perrgghhh..!!! Tak tahan..! Tak tahan..! Ha3...

~ Khusyuk pokcik ni makan. Lapor tahap gaban la tuh!

~ Holloh3..!!! Hiks...

Macam2 jenis asam pedas yang kitorang amik. Asam pedas ikan ada... asam pedas daging tetel pun ada. Terbaekk... lah!

Jalan2 Cari Makan (JJCM) TV3 pun pernah sampai sini tau! Masa zaman Maria Tunku Sabri kot sebab plaque JJCM yang terpampang adalah plaque yang lama. 

Kalau korang termenyinggah kat Melaka, boleh la try asam pedas kat alamat seperti di bawah nih:-

Restoran Asam Pedas Selera Kampung
G2, Jalan P.M.3
Plaza Mahkota Square
75000 Bandar Hilir, Melaka

Hokay! Perut dah boyot, jom kita teruskan perjalanan..! Ha3...


*To be continued...


:: Like3, ek! ::




KENGKONON...

Sebelum menapak ke Kota A Famosa, kitorang bercamwhore dulu kat 1 tempat nih. Nampak macam muzium sebab ada replika meriam ngan kapal terbang bagai... Ntah la... Lupa dah... ;P

Lagipun tak amik port sangat apakah nama tempat tuh. Aci redah asal nampak best boleh bergambar je. Layan je lah, ek! ;)

~ Bajet comel la dapat posing kat sebelah meriam tu kan... Hiks...

~ Kengkononnya Si Badang... Tak pun Incredible Hulk. Kengkonon je la, ye..! Kengkonon... Hiks...

~ Mengukur ketinggian... ;P


~ Hnnsss3!!! Ooppsss! Nampak perut muncit! Adeh3...

~ '21111' tu nombor siri ke apakah, ek? Hmmm... musykil ah kak tau!


~ Kengkonon Si Badang meskipun Incredible Hulk lagik... Haish!

Berehat kejap, amik napas kat bangku bawah pokok yang ada kat situ. Errr... camwhore pun penat kan? ;P


*To be continued...


:: Like3, ek! ::



'ABANG BECA... ABANG BECA... DI TENGAH JALAN... LA3...'

Ye!

Kitorang naik beca! Sila percaya. ;P

Kitorang naik beca dari Muzium Samudera sampai la ke Kota A Famosa. Macam neves gak memula tau! Sebab tertanya2...

'Boleh ke pokcik beca tu mengayuh beca dengan 2 orang 'budak besor' kat atas beca tuh? Hmmm...'

Abaikan persoalan tuh. Meh kita cuba, try, test! Heh3...

~ Siap ada bintang lagik! Kereta ko mampu lawan beca pokcik nih..??? Ha3...

~ Terkagum2 sampai ternganga2 ah kak tau! He3...

~ Inilah pokcik yang menjadik 'mangsa' kami. Kesian pokcik... ;P

~ My 'sayang' over! 



~ Hokay, let's jom pokcik! Yee haaa..!!!

~ Aku pulak over! Eh2! ;P

Neves jugak tengok pokcik tu mengayuh! Ye la kan... beratnya berganda2 kot! Pokcik tu pulak slim2 je orangnya. Aku syak musti pokcik tu pengguna Fellina Inchloss. Eh, tetiba kan... Tetiba... Ha3...

Tambang beca ni kalau tak silap aku ikut minit. Ada la kan rate2 dia. Aku lupalah! Tapi, yang kitorang naik ni kena charge 30 hengget kot. I think so... 

Nampak macam dekat je dari Muzium Samudera ke Kota A Famosa. Tapi, takpe la... Kesian aku tengok pokcik tuh mengayuh. Sepenuh kudrat! 30 hengget pun aci je...

Dalam hati ada taman tau! ;)


*Bersambung...


:: Like3, ek! ::



SEJAMBAK TAHNIAH!

Semalam, hari yang mendebarkan kot untuk calon2 PMR sebab semalam result keluar. Musti ada yang menggigil nak mandi pagi. Ha3...

Teringat pulak kenangan masa aku dapat result PMR dulu. Tahun 1998. Aku kan sekolah kat boarding school, kat KL nun..! Masa tu, aci je kalau nak tau result main calling2 Pembantu Tadbir (PT) opis sekolah. Sebab rumah memasing mostly jauh2 kan...

Aku macam ngeri la... takmo call! Takmo tau sampai bila2 kot. Hu3... Asal capai gagang telefon je tangan menggeletar tak hengat! Macam diserang parkinson je kekdahnya... Adeh3...

Family kasik support, suruh aku call jugak. Hokay2, fine3!!! (macam Shuib Sepahtu cakap) Aku call jugak akhirnya...

Nak sebut nombor ic punya la neves! Macam kena kancing gigi je tau! Aiyakkk!!!

Tetiba, ah kak PT tu cakap...

'Adik dapat 7A 1B. B tu Sejarah.'

Fuh, lega! Lepas hazab! Walaupun tak dapat straight A's tapi, bila dengor B tu adalah Sejarah, aku dah rasa bahagia sangat2. Sebab masa zaman tu, sesiapa yang dapat selain A untuk subjek Math & Sains, bakal ditendang keluar dari sekolah tuh. Means, balik kampung la ko kan... Owh... nehi3!!!

Sebab tu aku bangga habis bila aku dapat B untuk Sejarah. Tak payah nak usung beg balik kampung macam students Akademi Fantasia yang dapat undian terendah. Owh... tetiba kan... Ha3...

Kenangan betul kan... Hmmm... ;)

~ & semalam, turn A_bern pulak nak rasa gedebuk-gedebak tuh. Alhamdulillah... A_bern dapat straight A's! ;D

A bouquet of congrats untuk A_bern... 

Semoga kejayaan ni akan jadik motivasi untuk A_bern lebih berjaya di masa depan di samping kejayaan ukhrawi. Insyaallah.. Aminnn... ;)


p/s: Bila Kakak nak 'open table', ek? La3... ;P


:: Like3, ek! ::



Wednesday, December 19, 2012

WORDLESS WEDNESDAY #17: KAIN PELIKAT... LA4...

~ Ko mampu jogging dengan outfit macam ni..??? My 'sayang' mampu! Ha3...

Tetiba nak nyanyi lagu Anuar Zain ngan Elina...

'Kain pelikat... La4... Kain pelikat... La4...'

Eh, wordlesslah! Hiks...


:: Like3, ek! ::



TAG: 25 RANDOM FACTS ABOUT ME

Aku ditag! Dah lama kena tag nih. Lama sangat! Lama tahap gaban! ;P 

Kira macam melunaskan 'hutang' tag la nih. Heh3...

"Once you have been tagged,you are suppose to write a note, with 25random thing, fact, habits or goal about you. At the end, choose 25 people to be tagged. You have to tag the person who tagged you. If I tag you, it's because I want to know more about you. Your cooperation is highly appreciated."

Katanya... ;P

Cik Muda Sae yang tag aku. Hokaylah! Macam sonang jer nak buat tasknya kan... Let's jom check it out, bebeh! ;)

1) I'm not a gal but, not yet a woman... Eh2! Confuse2! He3... Well... aku adalah seorang perempuan. ;)

2) Aku seorang blogger. Best tau jadik blogger. Tak caya, cer try! ;P

3) Government servant. Yupp! That's me!

4) Married already! So, sebarang surat-menyurat takkan dilayan sama sekali, hokay! ;P

5) Aku teringin nak jadik jutawan! Masalahnya, tak tau la bila buleh tercapai?! Hu3...

6) My goal: Nak 'produce' baby sebab dah teringin sangat nak timang baby sendirik. Harap2 dimakbulkan-Nya... Insyaallah... Amin... Doakan, ek?! ;)

7) Kaki tido! Pantang ada masa terluang, musti bajet2 nak mentido! Haish!

8) Kalau dah tido, memang ya hamat susah nak bangun! Bom meletup kat sebelah pun belum tentu buleh kejutkan aku! Dasat tak? Dasat tak? ;P

9) Aku anak bongsu. Manja wooo... Ahaks3...

10) Sangat sker makan especially Western Food. Kalau setakat makan chicken chop 3 hari berturut2, memang no hal lah! Errr... ada berani mau belanjakah? Heh3...

11) Seorang hantu ayam! Means, ayam adalah makanan fav aku. Tak penah jemu!

12) Sker tengok citer hantu tapi pastu, jadik penakut tahap gaban!

13) Vacay adalah terapi terbaekkk... untuk aku!

14) Suka shopping jugak. Kalau shopping tanpa mengempiskan poket sendirik, lagik la aku suka! (pau my 'sayang') Ha3...

15) Peminat Abang Aaron Ajis!

16) Emo bila tengok drama / movie. Takde la nangis2 bila scene sedeh tapi, akan maki2 kalau scene tu cam tak seperti yang dikehendaki. Eh, macam aku tuan director pulak kan? Heh3...

17) Tak suka kuih manis2! Suka yang pedas2.

18) Tak suka nangis! Eh, ada ke orang yang suka nangis? Erkkk!

19) Kuih kegemaran: cekodok cicah sambal telur hancus. Perrgghhh!!!

20) Specky! & proud of it. Heh!

21) Muka kiut, hati legend! Ha3... Aci tak?

22) Suka memasak tapi, ikut mood. Achaner tuh? ;P

23) Berat mulut. Means, tak berapa peramah. Aci senyum2 je dulu. He3...

24) Azam tahun 2013: Nak slim macam Tiz Zaqyah. Errr... fakta jugak tu kan? Ha3...

25) Dulu suka kaler purple. Tapi, skang dah suka kaler oren pulak. Ntah! Tak tau kenapa?! ;)

Senarai tag:-

1) sipenyapuburuk (Cik Muda yang tag aku. He3...)
21) zt-zati
23) mietos

Fuh! Done!

Kepada yang ditag, sila merajinkan diri. He3...


:: Like3, ek! ::



MUZIUM SAMUDERA 2

Masuk 2nd muzium plak. Rugi kata ko tak masuk semua! He3...

Muzium yang ni still dalam kapal. Tapi, dalam dia lebih kepada kesah sejarah pahlawan zaman dulu macam Hang Tuah, Hang Jebat bagai... Lepas tu, ada jugak show-off pasal peralatan laut zaman dulu kala.

~ Nak jugak enterframekan Hang Tuah kat belakang tuh. ;P

~ My 'sayang' yang tak buleh dikawal lagik... Teruk betul tahap sawan beliau! Adeh3...

~ Romantika d amor la plak kan... Owh... I like..! Hiks..

~ Ba2 cak! Ba2 cak aaa... Hiks...

~ Nak jugak bercamwhoring! Haish! ;P

~ Bercamwhoring lagik... ;D

~ 2 mata, 1 hidung... Cer carik... Cer carik... Heh3...

~ Motip..??? Erkk!

~ Kalau la dapat pinjam perahu cap burung belatuk kat belakang tu sekejapan... kan best! Buleh main dayung2 perahu ngan my 'sayang' kat bendang belakang umah mak aku! La3...

~ Tak semenggah betullah buat muka camnie!

~ Handsome tak bila Bendahara Melaka pakai sunglasses? Hiks... Sker hati aku jer kata patung tu as Bendahara Melaka. Ha3...

~ Aku jumpa Hang Tuah lagik... Tapi, nie versi seputih salju sebab from head to toe, Hang Tuah tu kaler putih. Eh! Tapi, Hang Tuah ke Hang Jebat nie, ek? Ke Hang Lekir? Tak pun Hang Pa Lah Hang Tu! Adeh3... Confuse ah kak, noks! ;P

~ 'Kite tengok, penyu bertelor... La5... Ganu kite...' Ecewah! Tetiba lak nak feeling2 dok kat Ganu. Over tau! Plus, takde maknanya penyu tu nak bertelor sebab dah kena awet maaa...

~ Laki sapa la nie..??! ;P

~ Apa punya pesen berposing ntah my 'sayang' nie tau! Ha3...

~ Harta karun, noks..! Eh, tak lah! Pinggan-mangkuk zaman dolu2 jer... Heh3...

~ Apa penyakit dia nih... aku pun tak tau. Layankan jer la... ;P


Seluruh pelosok muzium tu kitorang explore! Celah yang orang lain rasa boring pun kitorang redah jugak. Apa ada hal kan... He3...

Hmmm... penat berjalan mengexplore. Rasa nak naik beca la pulok! Ooppsss!!! Tettt...!!! ;P


*To be continued...


:: Like3, ek! ::



i SeRvE nUfFnAnG aDs

GO SEARCH BY GOOGLE SEARCH ENGINE

Google