SiNgGaH Lg, Ek! ;)

Friday, December 7, 2012

OWH... POKCIK LEMAN DAWI

Hari ketiga di Port Dickson...

Bersamaan dengan hari last. Dah nak balik Perak dah. Owh... rasa macam sekejapan je kalau pergi vacay ni kan... Mencik!

Kitorang check-out pagi. Dalam pukul 9 pagi macam tu la... Nak menyopping ke Nilai 3. My 'sayang' rembat carpet sehelai, kaler merah-hitam. Harga macam runtuh kot. Sebab harga asal samadengan 2700 hengget. 1st nego dapat 1500. Nego lagik sampai lebam, dapat 800 hengget. He3...

Aku ngan Mak memborong tudung. Macam2 kaler ada. Rambang mata kot sebab bersepah sangat dengan tudung. Kena pandai pilih la dari segi kualiti & harga. Kak Aneem pun beli tudung jugak. Siap beli frame gambar munge untuk hiasan dinding. Kak Aneem nego2, dapat la 35 hengget untuk 3 frames. Owh... Kak Aneem memang expert bab nego2 nih. Hiks...

Aku gigih ajak family aku terjah Cendol Leman Dawi. Dah lama sangat nak try test cendol yang katanya popular tuh. Kalau tak silap aku, pernah masuk Majalah 3 & Warung Kita. Sebab keunikan ownernya, Pokcik Leman Dawi. 

~ Akhirnya, sampai jugak... Alhamdulillah...

~ Ini la Pokcik Leman Dawi. Uniknya pokcik ni adalah dia akan  bercerita salahsilah setiap negeri di Malaysia nih kat customer2. Dia akan duduk kat atas macam stage tuh then, dia akan mula bercerita. Kalau tak pun, dia akan datang kat meja kita sambil bercerita.

Begini la lebih kurang kekdahnya...

Pokcik Leman Dawi: Datang dari mana ni, ye?

Kami: Teluk Intan, Perak.

Pokcik Leman Dawi: Owh... Perak mempunyai penduduk seramai bla3... ribu orang dengan keluasan bla3... Teluk Intan pulak bla3... sekian3... Dulu Teluk Intan dikenali dengan nama Teluk Anson yang ditukarkan ke Teluk Mak Intan sebab Mak Intan ni adalah orang yang duduk di Teluk Intan & cantik. Kecantikannya digambarkan seperti bla3... 

Hah, amekaw!!! He3...

~ Rifqi dah tanning!

~ Menikmati cendol...

~ Makin ramai customer, makin rancak Pokcik Leman Dawi bercerita. Kiut je! ;P

~ Puas hati sebab finally, dapat jugak merasa cendol Leman Dawi. Hoyyeahhh..!!!

Pokcik Leman Dawi ni suka baca buku2 sejarah. Dalam poket apron dia tu pun ada buku sejarah. Sebab tu la dia jadik hafal sejarah setiap negeri. Cara penyampaian dia pulak macam bertih jagung. Ternganga aku! Hiks...

1 lagi keunikan Cendol Leman Dawi ni adalah refill cendol samadengan percuma. Selain cendol, ada jugak air barli & rojak buah. Semua pun kalau ko nak refill adalah PERCUMA! Means, bayar untuk hidangan pertama je.

Semoga murahlah rezeki Pokcik Leman Dawi... ;)

Dari segi rasa, bagi aku cendolnya biasa2 je. Tapi, syiok sebab boleh dengor Pokcik Leman Dawi bercerita non-stop! Sesambil tambah2 cendol. He3...

Hokay! Nak dengor sendirik celoteh Pokcik Leman Dawi, sila ke alamat di bawah:-

Cendol Leman Dawi
Km 11, Sungai Gadut
Seremban, Negeri Sembilan

Perut dah lapor! Sempat jugak la my 'sayang' tanya kat Pokcik Leman Dawi, kat mana tempat makan best kat Seromban nih? Pokcik Leman pun bagitau la direction bagai... Memang la jumpa tempat makan tuh tapi, tutup la pulak. Hu3...

Last2, kitorang lunch kat Restoran Aneka Selera kat Labu. Not bad! Sambal belacan dia terbaekkk..!!! Pedas2 nak lagik gitu..! ;P

Alamat seperti berikut:-

Restoran Aneka Selera
Batu 8, Labu
Seremban, Negeri Sembilan


*Bersambung...


:: Like3, ek! ::



2 comments:

Eyriqazz said...

nyam2..nampak menggiurkan...bila la ble singgah agaknya ya?

P.s : Mohon bantuan untuk Klik G+ entri ini iPhone 5 Gadget Impian

ArELeEz said...

Eyriqazz,
bila2 pun buleh! he3..

p/s: owh.. ok.

i SeRvE nUfFnAnG aDs

GO SEARCH BY GOOGLE SEARCH ENGINE

Google