SiNgGaH Lg, Ek! ;)

Monday, December 30, 2013

NASI SOTONG

*Slot Ketuk2 Kuali Bersama Areleez (KKBA)

Nampak sotong dalam fridge. Tapi, otak kata macam nak buat nasik ayam. So, kita twist sikitlah! Nasik ayam jadik nasik sotong. Hah, amacam..??! Pun bollehhh... kan? Heh3...

Bahan2 Untuk Nasi:-

3 cawan beras (dicuci bersih)
1 batang kulit kayu manis
1 kuntum bunga lawang
1 inci halia (dihiris)
1 biji bawang putih (dihiris)
1/2 biji bawang besar (dihiris)
1 1/2 sudu mentega
1/4 ketul kiub ayam Knorr
Garam

Cara2 Penyediaan Nasi:-

1) Cairkan 1/2 sudu mentega. Tumis halia, kulit kayu manis, bunga lawang, bawang besar & putih hingga naik bau.
2) Masukkan beras ke dalam rice cooker. Tuangkan air secukupnya.
3) Tuangkan bahan2 yang telah ditumis ke dalam rice cooker.
4) Masukkan kiub ayam Knorr.
5) Perasakan dengan sedikit garam. Masak nasi seperti biasa.

Bahan2 Untuk Sotong:-

5 ekor sotong (disiang, dicuci bersih, ditos & dipotong bulat)
1 sudu besar kicap masin
1 sudu kecil sos tiram
1 sudu kecil kicap manis
1 biji telur ayam
1 cawan tepung gandum
Minyak masak

Cara2 Penyediaan Sotong:-

1) Perap sotong dengan kicap masin, manis & sos tiram.
2) Pecahkan telur ayam ke dalam mangkuk & pukul.
3) Panaskan minyak.
4) Celup sotong ke dalam telur ayam & golek2kan ke dalam tepung gandum.
5) Goreng hingga kekuningan. Angkat & toskan.

Bahan2 Untuk Sup Fishball:-

1 peket fishball saiz besar (dibelah 4 setiap 1)
1 biji bawang besar (dihiris)
2 biji bawang putih (dihiris)
1 inci halia (dihiris)
1/2 ketul kiub ayam Knorr
1 pokok daun sup
1 batang carrot (dipotong memanjang)
Garam
Air masak
Minyak masak

Cara2 Penyediaan Sup Fishball:-

1) Panaskan minyak. Tumis halia, bawang besar & merah hingga naik bau.
2) Tuangkan air masak secukupnya.
3) Masukkan kiub ayam Knorr.
4) Masukkan carrot. Masak hingga empuk.
5) Masukkan fishball.
6) Perasakan dengan garam.
7) Taburkan dengan daun sup. Angkat & hidangkan.

Bahan2 Untuk Sos:-

1 senduk sup fishball
Garam

Bahan2 Kisar Untuk Sos:- 

2 tangkai cili merah
1 biji tomato
2 biji bawang putih

Cara2 Penyediaan Sos:-

1) Panaskan bahan2 kisar. 
2) Tuangkan sup fishball.
3) Perasakan dengan garam. Masak hingga mendidih. Angkat dan hidangkan.

Bahan2 Untuk Sos Kicap:-

2 sudu besar kicap masin
1 sudu besar sup fishball
Daun bawang (dipotong)

Cara2 Penyediaan Untuk Sos Kicap:-

1) Satukan kicap masin & sup fishball ke dalam mangkuk kecil.
2) Taburkan dengan daun bawang. Hidangkan.

~ Nasi Sotong yang dah siap plating. ;)

Fuh!!! Antara resepi terpanjang yang aku pernah buat. Harap berbaloi & selamat mencuba..! ;)


:: Like3, ek! ::



2 comments:

Cik Puan Rara said...

huyooo sodap banget neh!

ArELeEz said...

Cik Puan Rara,
cuba dulu, baru tau! eceh! ;)

i SeRvE nUfFnAnG aDs

GO SEARCH BY GOOGLE SEARCH ENGINE

Google