SiNgGaH Lg, Ek! ;)

Showing posts with label SOTO. Show all posts
Showing posts with label SOTO. Show all posts

Thursday, January 16, 2014

SOTO TETAP MENANTIMU

*Slot Ketuk2 Kuali Bersama Areleez (KKBA)

1 st time masak mende alah ni tau! Fuh, neves! ;P

Bahan2 Untuk Sup Ayam:-

1/2 ekor ayam (dipotong kecil, dicuci bersih & ditoskan)
1 biji bawang besar (dihiris)
3 biji bawang putih (dihiris)
1 batang saderi (dipotong serong)
1 inci halia (dihiris)
1 ketul sup bunjut
1 keping asam keping
Minyak masak
Garam
Air masak

Cara2 Penyediaan Sup Ayam:-

1) Panaskan minyak. Tumis halia, bawang besar, bawang putih & sup bunjut hingga naik bau.
2) Masukkan ayam. Masak hingga ayam kecut.
3) Tuangkan air masak secukupnya.
4) Perasakan dengan garam & asam keping.
5) Masukkan saderi. Reneh seketika. Siap!

Bahan2 Sampingan:-

1 mangkuk kecil kacang tanah (digoreng & ditoskan)
1 pokok daun sup (dipotong)
1 pokok daun bawang (dipotong)
5 peket ketupat mini segera (direbus, ditos & dibelah 4 setiap 1)
1 cekak suhun (digoreng & ditoskan)
1/2 ekor ayam (dipotong kecil, dicuci bersih, ditos, dilumur dengan serbuk kunyit & garam, digoreng garing & diracik) 

Bahan2 Untuk Sambal Kicap:-

2 biji limau kasturi (dibelah 2 setiap 1 & dibuang biji)
Kicap masin

Bahan2 Tumbuk Untuk Sambal Kicap:-

1 biji bawang besar
3 biji bawang putih
1 tangkai cili merah
7 biji cili padi

Cara2 Penyediaan Sambal Kicap:-

1) Satukan bahan2 tumbuk ke dalam mangkuk.
2) Tuangkan kicap masin secukupnya.
3) Perahkan jus limau kasturi. Siap!

~ Soto Tetap Menantimu

Amik mangkuk yang sesuai, bubuh ketupat mini segera dalam 4 ketul, bubuh pulak ayam goreng yang dah diracik, tuangkan sup secukupnya, taburkan dengan daun sup, daun bawang, suhun & kacang tanah yang dah digoreng. Last sekali baru letak sambal kicap.

Begitu la cara makannya... ;)


:: Like3, ek! ::



MISI TIZ@NELYDIA LOOK ALIKE DAY 34

Breakfast:-

1 mangkuk maggi kari + air masak
Teringin punya pasal, jadik masak sendirik je lah maggi kari tu.

Minum pagi:-

1 biji limau mandarin + air masak
Detox! ;P

Lunch:-

1 mangkuk kecik nasik putih + 1 mangkuk sup tulang + 1 ketul ayam goreng + air masak
Errr... macam tak diet jerrr... Macam meriah jerrr... Hadoi!

Minum petang:-

Air masak.

~ Dinner: 1 mangkuk soto ayam + air masak

Dinner sambil menikmati rupa paras my 'sayang'. Allaaa... tomei2... Ha3... Larikksss..!!!


:: Like3, ek! ::



Friday, December 13, 2013

SATE & SOTO POKCIK ITU...

Entry ni tercetus disebabkan terpengaruh dengan rancangan Warung Kita. Alaaa... yang kat Astro tu, haaa..! Yang host baru dia Shamsul Ghau2 tuh. Host lama Farouk Hussein.

Di suatu petang tu, aku ngan my 'sayang' macam free plak. Selalunya, susah jugak dua2 nak free2 macam ni. Means, free yang spontan & tanpa dirancang la... Macam nasib & rezeki menyebelahi kami gitu..! Eceh!

Bosan pulak melepek kat rumah je. Jadik, aku pun kenyit2 mata kat my 'sayang' sambil tersengih2 ajak my 'sayang' jalan2. Menggunakan bahasa tubuh yang paling ideal kekdahnya... Ha3...

Berjaya, hokay..! ;D

Memula, pusing2 Teluk Intan. Lepas tu, aci redah je sampai la ke Bagan Pasir semata2 nak carik 1 stall yang pernah Shamsul Ghau2 terjah dalam Warung Kita. Tetiba ternampak macam pasar malam kat belah kanan jalan. Laju2 my 'sayang' u-turn. 

~ Dari kejauhan dah aim stall nih. Pokcik tu jual sate, soto & air. Ada pulak disediakan meja & kerusi untuk customer makan kat situ. Terus kitorang chop 2 kerusi! He3...

~ Rupa paras soto. Not bad la... Serve panas2 kan... marvellouslah! Meleleh2 peluh kat dahi. Ha3...

Soto tu ada 2 jenis. Soto ayam & daging. Harga sama je kot. Rasanya la kan... Sebab aku tau makan je. Bab pembayaran bil selepas makan, aku buat tak reti je. Ha3...

Kitorang order jugak sate ayam & daging. Memula, plan nak makan kat situ je. Tapi, bila dah pekena soto macam full tank pulak. So, tukar plan, mintak pokcik tu tapaukan je. 

Sate dia biasa2 je kot. Hmmm... sate Wak Teni lagik terbahek! Ikut tekak aku la kan...

Tak sangka sebenornya dapat jumpa stall pokcik nih. Start mengidam bila nampak Shamsul Ghau2 menikmati sate & soto dalam Warung Kita la... Asik bertangguh je nak pergi. Tetiba macam rejeki pulak kan... jumpa ngan stall pokcik tuh. 

Alhamdulillah... ;)


:: Like3, ek! ::



Thursday, May 24, 2012

MASTERCHEF DI HATIKU...

Air tangan mak memang tak samalah dengan air tangan aku. Aku punya la masak siap on tablet nak tengok resepi bagai... follow setiap step dalam resepi tuh... dengan sukatannya sekali... tapi, tu pun kadang2 haub jugak! 

Sedeh!

Mak masak aci campak2 je pun, terus jadik super saiiyaaa! Eh, silap! Super sodap! ;P

Macam masa mak lepak kat rumah aku hari tu, mak masak soto ngan ayam sir sau. Perrgghhh..!!! Terangkat, bebeh! Terasa macam setiap jam nak makan! Adeh3...

~ Still dalam kuali pun aku dah start cedok2. Tak menahan kot... He3...

Jom tengok hidangan ke-2 pulak. Sediakan tisu, ek! Heh3...

~ Ayam sir sau... resepi tradisi family aku. 

Sampai sekarang, aku tak pernah try lagik masak ayam sir sau sendirik. Tak confident kot... Rasa rugi pulak kalau tak menjadik. Hu3...

~ Ayam sir sau memang sangat2lah terbaek kalau dimakan dengan ketupat mini. Tak toleh kiri kanan depan belakang dah! Confirm! ;P

Kejap2 aku makan... Kejap2 lagik kang, aku makan lagik! Pendek kata, asal pergi dapur je muka aku. Asal muka aku je pergi dapur. He3...

Terima kasih, mak sebab sudi masak untuk anak mak yang kuat makan lagik kiut nih! Cewwah..!!! Ha3...

Maklah MASTERCHEF di hatiku... ;)


:: Like3, ek! ::



i SeRvE nUfFnAnG aDs

GO SEARCH BY GOOGLE SEARCH ENGINE

Google