SiNgGaH Lg, Ek! ;)

Sunday, October 27, 2013

ASAM PEDAS DAGING KORBAN

*Slot Ketuk2 Kuali Bersama Areleez (KKBA)

'Import' daging yang dah siap Mak rebus. Kojo sonang. He3...

Bahan2:-

1 mangkuk daging cincang (direbus & ditoskan)
2 batang serai (diketuk)
1 keping asam keping
3 helai daun limau purut
7 batang kacang bendi
1 biji bawang besar (dihiris)
2 biji bawang putih (dihiris)
1 tangkai daun kari 
Garam
Gula
Air masak

Bahan2 Kisar:-

1 biji bawang besar
2 biji bawang putih
1 sudu kecil serbuk kunyit
1 inci halia
10 tangkai cili kering

Cara2 Penyediaan:-

1) Panaskan minyak. Tumis bawang besar, putih, daun kari & serai hingga naik bau.
2) Masukkan bahan2 kisar. Tumis hingga pecah minyak.
3) Masukkan daging cincang. Masak hingga daging kecut.
4) Tuangkan air masak secukupnya. 
5) Masukkan kacang bendi & daun limau purut. Masak hingga daging empuk.
6) Perasakan dengan asam keping, garam & gula. Masak seketika. Angkat & hidangkan.

~ Asam Pedas Daging Korban

Ermmm... dappp... Eceh! ;P


:: Like3, ek! ::



2 comments:

mie said...

kena dapat daging korban baru jadi ni
hehehehee

ArELeEz said...

mie,
tggu thn depan la plak.

i SeRvE nUfFnAnG aDs

GO SEARCH BY GOOGLE SEARCH ENGINE

Google