SiNgGaH Lg, Ek! ;)

Tuesday, September 4, 2012

SOTONG ORIENTAL MENJELANG HARI RAYA

*Slot Ketuk2 Kuali Bersama Areleez (KKBA)

Hari raya asik kena jamu dengan rendang, ketupat bagai kan... Pendek kata, semua yang bersambal2 kan, lepas tu, jarang betul jumpa nasik, sampai perut pun naik lemau. Jemu!

So, bila balik rumah sendirik, takkan aku nak masak ketupat, rendang & yang sewaktu dengannya jugak kan... Harus la aku masak menu yang macam takde kaitan dengan raya. ;)

Bahan2:-

5 ekor sotong saiz besar (disiang, dicuci bersih & dihiris bulat)
1 tangkai daun kari
1 biji bawang besar (dihiris)
3 biji bawang putih (dicincang)
2 tangkai cili hijau (dihiris serong)
3 helai daun limau purut
Garam
Gula
Minyak masak

Bahan2 Pes:-

1/2 ketul kiub tomyam
2 sudu kecil rempah kari ikan
1 sudu besar sos tiram
Air panas

Cara2 Penyediaan:-

1) Panaskan minyak. Tumis bawang besar, bawang putih & daun kari hingga naik bau.
2) Masukkan bahan2 pes & sebatikan. Masak seketika.
3) Masukkan sotong, cili hijau & daun limau purut.
4) Perasakan dengan garam & gula. Masak seketika. Angkat & hidangkan.

~ Sotong Oriental Menjelang Hari Raya. Mood raya ada lagik, noks..! ;P

Makan dengan nasik panas2. Tak payah lauk lain dah. Terangkat, bebeh! ;D


:: Like3, ek! ::



4 comments:

Everything's Everythings said...

Wahhh sedap rupa dia ni..
Nampak simple je cara masaknya

Boleh cuba juga ni xD
Thanks for sharing

ArELeEz said...

Everything's Everythings,
alaa.. presentation bese2 je.. ke laut! he3.. asalkn buleh mkn, kira acilah!

aah. mmg simple pun. sekejap je dh siap.

selamat m'cuba..!

u're welcome.. ;)

Kesuma Angsana said...

tq share simple but the best ni!

ArELeEz said...

Kesuma Angsana,
u're welcome..!

i SeRvE nUfFnAnG aDs

GO SEARCH BY GOOGLE SEARCH ENGINE

Google