SiNgGaH Lg, Ek! ;)

Thursday, September 13, 2012

5 SYAWAL 2012... EPISOD: PULUT RAYA

Lepas berdinner raya kat rumah mak mertua kakak, ingatkan nak terus beraya ke rumah besan mak yang seterusnya, rumah mak mertua abang pulak. Tapi, terpaksa cancel sebab ada berita sedeh.

 Begini kesahnya...

Petang 4 Syawal, abang dah siap2 belikan bahan2 mentah untuk buat bihun sup. Nak bawak family Kak Aneem datang beraya kat rumah mak katanya... Tup2... Kak Aneem call suruh cepat2 pergi hospital sebab baby ke-2 Tun (adik Kak Aneem) meninggal dalam kandungan. Yang suami Tun pulak macam susah nak terima kenyataan, siap meracau2 buat semua orang takut.

Sepatutnya, lepas beraya kat rumah mak mertua kakak, kami nak terus beraya ke rumah mak mertua abang. Tapi, semua plan cancel! Beraya kat rumah mertua kakak je lah. Nak buat macam mana kan... kita hanya merancang, Allah yang menentukan segalanya...

5 Syawal... dah tak tau dah nak beraya kat mana. Belah pagi melepak kat rumah mak je. Tido terbongkang je aku kat dalam bilik. Nenek Busu datang beraya pun aku tak sedar. Isk3... huduh perangai!

~ Mokcik ni takde kerja lain. Asik nak berposing je! Nak tayang baju raya yang abah dia belikan katanya... Chait!

~ Dia ajak aku join berphotoshoot sekali. Aku... ya amponnn... punya malas! Tido lagik syiok! Ha3...

~ Sudahnya, kakak jadik mangsa. Jadik tukang amikkan gambar mokcik nih. 

~ Itik serati pulang petang... Ha3... Larikkksss..!!!

Pukul 2++ petang, kakak ajak keluar. Boring katanya... hari raya melepek kat rumah. Dia paksa aku bangun, bersiap! Dalam mamai2 tu, aku sarung je baju yang aku nampak. Tak kose nak berbaju kurung sebab malas nak iron. Casual raya je lah. He3...

~ Sebelum tengok balik gambar nih, rasa macam kiut habis je buat muncung macam tuh. Bila tengok balik, rasa macam... O.M.G..!!! Huduh betul! ;P

~ Layan je lah mokcik nih...

Memula, terjah Mastan Ghani sebab kakak mengidam nak makan mee rebus. Kat Kajang takde mee rebus seperti Mastan Ghani katanya... Aku layan rojak je. Pekena dengan sirap cincau. Perrgghhh!!!

Rasa nak mintak cekodok lebih. Tapi, orang kata Mastan Ghani tak layan kalau kita mintak cekodok lebih. Kalau nak jugak, kena order lagik sepinggan rojak / mee rebus. Hmmm... tak lalu ahhh!

Lepas makan, singgah Eagle sebab mak nak beli periuk. Last sekali, singgah Bintang, kakak mengidam nak makan pulut cicah sambal tumis ikan masin yang mak masak. Tak habis2 ngan mengidamlah mokcik tuh! Isk3...

~ So, inilah menu minum petang kami. Dah macam dinner je aku tengok. He3...

Nasik putih, pulut, sambal tumis ikan masin, daging masak kicap, ikan goreng, ikan pekasam, ikan masin goreng & cekodok kuchai. Amekaw!

~ Abang & family langkah kanan. Datang bawak anak2 sedara belah Kak Aneem.

~ Imam tak berapa muda..! Ha3... Larikkksss..!!!

~ Mokcik yang banyak betul mengidam air tangan mak! Dasat! Nampak benor dah lama tak balik kampung. Ha3... Larikkksss... lagik!!! Hnsss2..!!!

Family Kak Aneem diduga betul Syawal kali ni. Instead of baby Tun meninggal dunia, dikhabarkan pulak dengan Damia (anak sulung Abang Chik Kak Aneem) masuk ICU. Elok2 diorang pergi hospital nak ziarah Tun, tetiba Damia pulak pengsan! Doktor tak dapat detect puncanya. Tau2 je dah kritikal.

Dugaan2... Kami semua cuma mampu berdoa...


*To be continued...


:: Like3, ek! ::



4 comments:

Everything's Everythings said...

Takziah buat keluarga Tun..
nak buat mcm mana semua tu Allah dh tentukan

Wahh menu minum petang bukan main heavy lagi xD
mcm mkn tengahari plak ^^

ArELeEz said...

Everything's Everythings,
qada' & qadar-nya.. xde sape mampu halang. redha je..

tu la psl! heavy kemain! tp, besttt..! hiks..

NUR said...

meriah betul raya..
takziah jua.. mmg panjatkan doa atas ujian yg diberikan adalah cara terbaik..

ArELeEz said...

NUR,
hari raye mmg harus meriah2! br syiok! he3..

yupp! sbb perancangan Dia adalah yg t'baik utk kita.

i SeRvE nUfFnAnG aDs

GO SEARCH BY GOOGLE SEARCH ENGINE

Google