SiNgGaH Lg, Ek! ;)

Sunday, March 3, 2013

MISI TIZ@NELYDIA LOOK ALIKE DAY 5

Kembali berdiet untuk hari ke-5...

~ Breakfast: 1 senduk mee goreng + air masak
Mee goreng yang dimasak sendirik memang terbaekkk... dari ladang..! He3...

Minum pagi:-

1 biji epal ijo + air masak

Lunch:-

1 mangkuk kecik nasik putih + 1 ketul ayam goreng + 2 sudu sayur + air masak

Minum petang:-

1 biji epal ijo + air masak
Kalau ikut jadual menu diet nih, minum petang aku kena makan mende2 cam biskut + air panas macam milo ke... susu ke... Tapi, tekak ni mengengada banyak..! Tak berapa boleh nak telan biskut la... Kalau dah tahap darurat sangat, takde makanan nak dijamah, baru carik biskut kot... Hu3...

Dinner:-

1 senduk mee goreng (leftover breakfast) + air masak
Bbrrppp..!! Alhamdulillah... ;P


:: Like3, ek! ::



MEE GORENG AYAHANDA BONDA2

*Slot Ketuk2 Kuali Bersama Areleez (KKBA)

Memasak untuk breakfast. ;)

Bahan2:-

1 bungkus mee (dicuci bersih & ditoskan)
2 batang fishcake (dihiris)
1/2 peket fishball (dibelah 2)
1 pokok sawi (dipotong)
1 biji telur ayam
1 sudu kicap manis
1 sudu sos tiram
1 sudu sos tomato
1 mangkuk kecil ayam (dipotong kecil)
3 - 4 sudu kicap masin
Minyak masak
Air masak

Bahan2 Kisar:-

7 tangkai cili kering
1 biji bawang putih
1 biji bawang besar

Cara2 Penyediaan:-

1) Panaskan minyak. Tumis bahan2 kisar hingga naik bau.
2) Masukkan kicap manis, masin, sos tomato & tiram.
3) Masukkan ayam. Masak hingga ayam kecut.
4) Pecahkan telur ayam. Bila dah mengeras sikit, kacau sampai hancur. 
5) Tuangkan sedikit air masak jika terlalu kering.
6) Masukkan sawi, fishcake & fishball.
7) Masukkan mee. Sebatikan. Masak seketika, angkat & hidangkan.

~ Mee Goreng Ayahanda Bonda2. 

Buat breakfast aku & my 'sayang'. 1 tupperware kasik kat Mak & 1 tupperware lagik kasik kat Abah & MIL. Sebab tu nama resepi ada add-on 'Ayahanda Bonda2'. He3...

Errr... touching pulak nama resepi ni kan? Uhuks3... Tetiba je rasa nak balik kampung. Eh, boleh gitu..??! ;P


:: Like3, ek! ::



BERKELUBUNG DALAM SELIMUT??? OWH... NEHI3!!!

Morning, you olsss..!!! ;)

Walaupun weekend tapi, aku gigih bangun awal hari ni tau! Eh, pukul 8 pagi tu consider awal ke tak, ek? Ha3...

Ntah la... Malas pulak nak berkelubung dalam selimut hari ni. Hmmm... rindu kat blog kot... He3...

Plus, tinggal sorang2 kat rumah memang membosankan. My 'sayang' pagi2 lagik dah keluar. Dia kan banyak kerjaya... Kontraktor hebak, petani moden, pekebun cemerlang bagai... He3... Nak jugak tambah perkataan 'hebak, moden & cemerlang' tu kan... ;P Lelaki perkasa betul! Ha3...

Hari ni turn jadik pekebun cemerlang. 'Opis hour' my 'sayang' masa jadik pekebun cemerlang adalah 7 pagi sampai 3 petang. Maknanya, petang kang la baru aku dapat menatap balik wajah kesayangan hamba tuh. Touching la pulak! Hu3... Tapi, my 'sayang' akan call. Normally, pukul 12 tengahari la... Soklan wajib my 'sayang' adalah...

"Aaby dah lunch? Lunch apa hari ni? Bla3..."

So sweettt..! Risau sangat pasal perut bini dia nih. Takut keboolatan bini dia hilang kot... Ha3...

Sepatutnya, aktiviti hari ni adalah mengemas rumah. Tapi, dah tercapai lappy dulu kan... Achanerr tuh? Ha3... Maka tergendala la aktiviti mengemas rumah... 

Takpe kot sebab kerja2 mengvacuum dah siap buat dah hari tu dengan my 'sayang'. Tinggal nak lipat2 kain baju yang dah macam Gunung Kinabalu tuh & tukar cadar. Sap2 soi je siap nanti tu kot... Positif, bebeh! Positif! Heh3...

Korang pulak, how's your day? Apa agaknya aktiviti korang hari ni kan? Cer citer... Cer citer... ;)


:: Like3, ek! ::



Friday, March 1, 2013

MISI TIZ@NELYDIA LOOK ALIKE DAY 4

Weekend memang tak berjaya berdiet la kan... Tau2 je la kalau dah balik kampung, tercium2 pulak bau masakan Mak, confirm selera membuak2! Terus lupa diri! Adeh3...

Weekdays mula berdiet balik. Kira aci la kan... Ha3...

Breakfast:-

1 senduk mee goreng + 1 sudu sambal ayam + air masak

Minum pagi:-

1 biji epal ijo + air masak

Lunch:-

1 mangkuk kecik nasik putih + 1 ekor ikan goreng + 2 sudu sayur campur + air masak

Minum petang:-

1 biji epal ijo + air masak

~ Dinner: 1 mangkuk kecik chicken shitake mushroom + air masak. Homemade tau! Ermmm... dappp... ;P

Supper samadengan tak kose nak makan apa2. Layan telemovie lagik best kot. He3...

Ini semua menu diet untuk day 4. Harap maklum. ;)


:: Like3, ek! ::



Thursday, February 28, 2013

SAMBAL TUMIS IKAN MASIN SENJA NAN MERAH

*Slot Ketuk2 Kuali Bersama Areleez (KKBA)

Sambal tumis ikan bilis macam klise. Jadik, marilah kita mengtry sambal tumis ikan masin pulak. ;)

Bahan2:-

1 peket ikan masin yang dah siap dipotong kecil2
1 biji bawang besar (dihiris)
1/2 sudu kecil asam jawa Xtra Adabi
Garam
Gula
Minyak masak
Air masak

Bahan2 Kisar:-

7 - 10 tangkai cili kering
1 biji bawang besar
2 biji bawang putih

Cara2 Penyediaan:-

1) Panaskan minyak. Goreng ikan masin hingga separa garing. Angkat & toskan.
2) Panaskan minyak. Tumis bahan2 kisar hingga naik bau.
3) Tuangkan sedikit air masak.
4) Perasakan dengan serbuk perasa, asam jawa Xtra Adabi & gula. Masak hingga pecah minyak.
5) Masukkan ikan masin yang telah digoreng tadi & bawang besar.
6) Tambahkan sedikit garam jika kurang masin. Kacau rata. Angkat & hidangkan.

~ Sambal Tumis Ikan Masin Senja Nan Merah. Tetiba teringat kat lagu duet Awie ngan Ziana Zain... Hiks...

"Masihkah kita termanggu di bawah pepohon itu, Ketika hujan melunturi danau yang terindah, Tidak pernah dibilang hari, Hanyalah debar yang terasa, Rasa... La3..." 

*Sambilangkat2keningbajetZianaZain. Ha3...*

Eh2, tak baik nyanyi kat dapur masa tengah memasak! Nanti dapat suami tua! Ha3... Larikksss...!!!


:: Like3, ek! ::



Wednesday, February 27, 2013

WORDLESS WEDNESDAY #25: JOMHAMIL

~ Officially a member.

1 of our effort untuk memiliki 'permata hati'. Mudah2-an... dgn izin-Nya... 1 hari nanti... Insyaallah... ;)


:: Like3, ek! ::



Tuesday, February 26, 2013

TAUGEH TUMIS SAP2 SOI!

*Slot Ketuk2 Kuali Bersama Areleez (KKBA)

Resepi sayur pun, share jugak la, ek? Layannn... ;P

Bahan2:-

1 mangkuk kecil taugeh (dicuci bersih)
1 pokok daun sup (dicincang)
2 ketul tauhu (dibelah 6 setiap 1)
1 tangkai cili merah (dihiris serong)
1 biji bawang besar (dihiris)
1 biji bawang putih (dihiris)
Garam
Minyak masak
Serbuk perasa
Air masak

Cara2 Penyediaan:-

1) Panaskan minyak. Tumis cili merah, bawang besar & putih hingga naik bau.
2) Masukkan taugeh & sedikit air masak.
3) Masukkan tauhu.
4) Perasakan dengan serbuk perasa & garam. Kacau rata. Angkat & hidangkan. Taburkan daun sup sebagai hiasan & penambah aroma.

~ Taugeh Tumis Sap2 Soi!

Masak laju2 sebab taugeh tak boleh ditumis lama2 sangat. Nanti lembik. Tapi, jangan tak berapa masak pulak. Sakit perut pulak kang. Means, sedang2 elok je...

Selamat mencuba..! ;)


:: Like3, ek! ::



'MENGEMBANGKAN...'

Pada suatu weekend...

My 'sayang' ada kerja sikit. Aku boring pulak dok sorang2 kat rumah. Kalau ada baby, boleh jugak aku geletek2 dia main ba2 chak ke apa ke kan... Hu3... Kena la carik inisiatif lain untuk elakkan keboringan.

Tinggg!!! Idea sudah mari..! ;P

Mintak izin kat my 'sayang' nak 'mendating' dengan Mak. Isteri mithali... harus la mintak izin kan... Ececeh..! ;P

Takde tujuan yang spesifik pun... Aci redah je bawak Mak pusing2 Teluk Intan, menghabiskan minyak kereta bajet dah kayo sangat! Ha3...

~ Tetiba, tercium bau ayam goreng KFC. Secara magic, dah sampai sini, noks! Berdesup! Ha3...

~ Kalau tak kerana diabetes, hari2 Mak belasah minum air strawberry tuh. Tak pun 100 Plus. Faveret katanya... Tapi, sebab takut nak tido bermalam kat wad merangkap jantung dagdigdug bila tengok jarum suntikan wayar2 berselirat bagai... terpaksa la control. 


~ Selebet! Tapi, kiut! Hu3...

Aku berjaya 'mengembangkan' Mak..! Ha3...

Sekian, misi untuk kali ini... ;P


:: Like3, ek! ::



Monday, February 25, 2013

TOMYAM AYAM ROMANTIKA

*Slot Ketuk2 Kuali Bersama Areleez (KKBA)

Lama dah tak buat tomyam. Rindu pulak dengan air tangan sendirik. 

Ecewah..! Ha3...

Bahan2:-

1/2 ekor ayam (dipotong kecil & dicuci bersih)
3 sudu jus limau kasturi
1 batang lobak merah (dipotong memanjang)
1 pokok sawi (dipotong)
1/4 biji cauliflower (dipotong)
5 helai daun limau purut
1/2 ketul kiub tomyam
1 biji bawang besar (dihiris)
2 biji bawang putih (dicincang)
5 biji cili padi (diketuk)
1 inci halia (dihiris)
1 batang serai (dibelah 2)
1 biji tomato (dibelah 4)
Minyak masak
Garam
Air masak

Cara2 Penyediaan:-

1) Panaskan minyak. Tumis halia, serai, bawang besar & putih hingga naik bau.
2) Masukkan ayam. Masak hingga ayam kecut.
3) Tuangkan air masak secukupnya.
4) Masukkan kiub tomyam & daun limau purut.
5) Masukkan lobak merah & cauliflower.
6) Perasakan dengan garam & jus limau kasturi.
7) Masukkan sawi, tomato & cili padi. Reneh seketika. Angkat & hidangkan.

~ Tomyam Ayam Romantika. Holloh3... ;P

'Romantika' tu sebab masa karang entry ni, tengah tengok ulangan rancangan Romantika (Ayu Raudhah & Zaquan Adha). Spontan gitu..! Belasah je la, ek! He3...


:: Like3, ek! ::



Sunday, February 24, 2013

TURN JIJAH PULAK

Sorang lagik adik pompuan my 'sayang' melangkah ke alam pertunangan. Turn Jijah pulak. Maknanya, tahun ni 2 orang la adik my 'sayang' yang bertunang. Memula, Memem. Lepas tu, Jijah.

Seperti biasa, Mak buat 1 dulang hantaran untuk Jijah, macam yang Mak pernah buat untuk adik2 ipar aku yang lain.

~ Puteri Impian by Mak. Ecewah..!

Last minute kot baru beli bahan2 yang nak dibuat hantaran ni. Tengah dok pusing2 carik coklat, tetiba Mak ternampak patung ala2 Princess Barbie tuh. Siap ada fruit jelly lagik kat dalam 'skirt' dia. Tak payah susah2 nak decor2. Letak ribbon sikit2, siaplah. 

Mak siap ada teori sendirik lagik, simbolik hantaran tuh. Katanya... Princess Barbie tu samadengan Jijah yang gigih bawak manisan (coklat & fruit jelly) untuk bakal suami. Ecewah..! Dasat pulak daya imaginasi Mak ni kan... He3...

~ The whole hantarans daripada pihak pompuan.

~ The whole hantarans daripada pihak lelaki.

Blue turquoise berbalas pink! ;)

Majlis sepatutnya berlangsung dalam pukul 12.30 tengahari. Tapi, rombongan pihak lelaki tersesat-barat sikit. So, membawaklah ke pukul 2 petang kot...

Takpe la... Kesilapan teknikal yang tak dapat nak dielakkan... Yang penting, semua selamat sampai... ;)

~ Discussion dah habis. Tiba la masa untuk sarung cincin merisik + bertunang. Musti neves habis Jijah time nih. Tapi, control2... He3...

~ Diorang ada adat makan gula. Amekaw, Jijah! Ha3...

~ Berkali2 jugaklah kena makan gula. Siap ada yang buat lawak kata, 'Habisla lepas ni kena kencing manis!' Adeh3...

~ Yang comel tu la tunang Jijah. Nama pendek: Mon. Nama panjang: Amirul Hashim... kot. 

~ Cer carik... dimanakah ah kak? ;P

~ Aisy yang confuse! Apsal la ramai sangat orang kat rumah Nenek & Atok Aisy ni kan? He3...

~ Boolat sangat! ;D

~ Mak Mon memang sporting habislah! Siap buat 'P.E.A.C.E' dengan bakal menantu. Ha3...

~ With parents Mon.



~ Hantaran bertemu hantaran...

~ We ols pun nak enterframe jugak..! Hiks...




Alhamdulillah... majlis berjalan lancar. ;)

Mak Mon memang havoc! Semua orang dok gelak tengok gelagat dia je. Sporting pulak tuh! He3...

Selamat bertunang to Jijah & Mon. Congrats! Jaga diri, hiasi peribadi. Ececeh..! ;P


:: Like3, ek! ::



Saturday, February 23, 2013

KUNING DIRAJA

Resepsi Nana-Imi...

Sebelum ke majlis resepsi, sempat jugaklah kitorang berfotogediks, especially si Kak Yonglah. Gigih meredah panas membahang semata2 termakan hasutan Acu dia yang suruh dia berposing. Ha3...

~ Sampai terpejam2 mata Kak Yong, hokay! He3...

~ Manjas! 

~ 'Angry bird' muslimah insap terbang... He3...

~ Ajak Atok join sekali. Nasib baik Atok sporting. ;)

~ Kiut tak Nenek? ;P

~ Dua2 pun comel kan? Hiks...

Kak Yong kata, pose2 kat atas tuh semua untuk Ibu (Kakak aku) tersayang... Holloh3... Rindu la tuh! ;P

~ Pokcik cinonet ni kan... ada je 'mainan luar biasa' yang dia bawak. Nampak tak sikat merah Mak tuh? Haish!

~ Cukup kuorum. Ke... nak 'add-on' lagik? Ha3... Larikksss..!!!

Kitorang sampai dulu ke rumah Nana. Terpaksa jalan dulu sebab bebudak dah nak mengamuk. Hari tu pulak panas membahang ya amat! Kita yang dewasa merangkap remaja purba ni pun rasa berlengas, inikan pulak bebudak kan...

~ Lepas kitorang makan, baru rombongan Imi sampai.

~ Terkejut jugak tengok busana Imi sebab jarang kot kuning diraja yang sekuning2nya macam nih pengantin2 pilih untuk busana kahwin diorang. Tanjat, Boboy tau! Ha3...

~ Tapi, bila diamat-amati, cantik jugak! Takde la klise sangat kan... 

~ Confirm Nana memang peminat warna2 striking. Tak syak lagik!

~ Anak dia tak buat perangai, Abang pulak yang buat perangai. He3...

~ Melepak kejap sambil layan Kak Yong makan lolipop.

Tak dapat nak tunggu sampai majlis persandingan habis. Berlengas! So, balik rumah Mak, mandi & mentido. Sunyi je petang tu sebab semua lena dibuai mimpi. 

Hebak tak aktiviti kitorang? He3...


:: Like3, ek! ::



HOMEMADE VEGIES SALAD

*Slot Ketuk2 Kuali Bersama Areleez (KKBA)

Aci pejam mata pun boleh buat salad nih. Sempat la menggoogle resepi. 

Eh, kata aci pejam mata kan..! Tapi, nak kena menggoogle jugakkah? Ha3...

Bahan2:-

2 biji ubi kentang 
1 batang lobak merah (dipotong memanjang)
1/4 biji cauliflower (dipotong)
Kiub ais
Mayonis
Thousand island

Cara2 Penyediaan:-

1) Rebus ubi kentang, lobak merah & cauliflower secara bergilir2. 
2) Angkat & masukkan ke dalam air yang dah dibubuh kiub ais untuk kekalkan kerangupan.
3) Toskan. Pastikan betul2 kering sebab kalau still basah nanti akan berair bila kita nak gaul sekali.
4) Potong ubi kentang kepada 6 bahagian setiap 1.
5) Masukkan semua sayur ke dalam mangkuk. 
6) Perasakan dengan mayonis & Thousand Island sebagai dressing. Siap!

~ Homemade Vegies Salad.

Boleh simpan dalam fridge. Sejuk2 sodap gitu..! He3...


:: Like3, ek! ::



MISI TIZ@NELYDIA LOOK ALIKE DAY 3

Hari ke-3 berdiet pun macam berjalan lancar. Alhamdulillah... ;)

Cadang nak puasa tau. Pukul 5.15 pagi my 'sayang' kejut, bangun sahur. Aku duduk kejap tapi lepas tu, tumbang tertonggeng2 tido balik. Ha3... 

Memang ke laut la kan... Cancel puasa! Hu3...

Tapi, diet tak cancel tau! ;P

 Breakfast:-

1 senduk kueteow goreng + 2 sudu sambal ayam + air masak

Minum pagi:-

1 biji pisang + air masak

Lunch:-

1 mangkuk kecik nasik putih + 1 ketul ikan kayu masak pedas + 1 ketul tauhu bersos + air masak
Tapau je nih. Tak amik sayur sebab mokcik yang jual tu ada sayur taugeh ngan peria je. Orang kata, tak elok makan taugeh sebab tak berapa elok untuk infertility kan... Peria pulak memang aku tak sanggup nak makan. Pahit!

Minum petang:-

2 biji pisang + air masak

~ Dinner: 1 mangkuk kecik tomyam ayam + air masak. Homemade tomyam, ye you ols..! ;P

Rasa macam dah slim sikit tapi, still tak berani nak timbang berat. Sebab takut penimbang tu mentipu. Ha3... 

Alasan tak berapa nak konkrit! ;P


:: Like3, ek! ::



Friday, February 22, 2013

ANGRY BIRDS DI HATIKU...

Bukak facebook, tengok2 kena tag dengan Cik Ani. Tengok2 lagik, Cik Ani upload gambar Aisy pakai baju yang aku & my 'sayang' hadiahkan rupanya. Siap ada aksesori hairband lagik kot..! 

Holloh3... ;)

~ Muka dah boolat. Tapi, body belum memboolat sangat lagik. Sebab ada bahagian2 outfit tu yang loose. 

Hmmm... Aisy nak liposuct lemak2 comel Mak Anjang tak? Ha3...

~ Mak Anjang & Pak Anjang rindu kat Aisy. Mmuahhsss!!! Hugs & kisses...

Takpe... Mak Anjang doakan Aisy akan memboolat dengan jayanya..! & mencomel macam Mak Anjang. Chaiyok2!!! Ha3... 

Tang comel memang terus tuju kat Mak Anjang sebab Mak Anjang kan giler glamour... ;P

Salam peluk cium untuk semua anak2 sedara Mak Anjang & Pak Anjang (belah my 'sayang) yang comel2... 

Muhammad Faiz Izzudin (Faiz)
Nurul Athirah Qistina (Qistina)
Aimy Rizqah (Aisy)...

Tak lupa, salam peluk cium jugak untuk semua anak2 sedara Acu & Acu Pendi (belah aku) yang comel2 jugak... 

Fatin Noralyani Nadhirah (A_bern)
Nur Irwayuni Rifqah (Kak Yong)
Intan Nur Irmanisa Raudhah (Kak Ngah)
Muhammad Rifqi (Rifqi)

Semuanya 'Angry Birds' di hatiku... Wah, amekaw perumpamaan..! Errr... macam ucapan raya pun ada jugak kan? Ha3...

'3 vs 4'. Owh... belah aku menang tipis la, ek? He3...


:: Like3, ek! ::



MISI TIZ@NELYDIA LOOK ALIKE DAY 2

Untuk hari kedua berdiet ni, macam dah complete sikit la penyediaan menu diet tu kan... Sebab my 'sayang' dah tolong restock apa2 yang patut.

Thank you, bebeh! Hiks...

Meh tengok apa yang ah kak makan. ;)

Breakfast:-

1 set sandwich telur + air masak
Homemade sandwich tau! (Sila baca dengan nada berlagak, ye! Ha3...)

Minum pagi:-

1 biji pisang + air masak

Lunch:-

1 mangkuk kecik nasik putih + 1 ketul ikan kayu goreng + 1 potong terung bulat masak kari + 2 sudu kobis tumis + air masak
Tapau je... ;P

Minum petang:-

1 set sandwich telur + air masak

~ Dinner: 1 ketul ayam goreng tepung + 1 senduk salad sayur + air masak. Ayam ditapau, salad sayur tu dibuat sendirik.

Supper:-

1 biji pisang + air masak

Misi hari ke-2 pun berjaya jugak. Fuh! Lega... ;)


:: Like3, ek! ::



SUP SAYUR RIMBUN SUHUN

*Slot Ketuk2 Kuali Bersama Areleez (KKBA)

Nak share la jugak kan resepi sup sayur yang aku masak untuk menu diet Misi Tiz@Nelydia Look Alike tuh. Mana la tau, ada jugak yang teringin nak mengtry. Ecewah..!!! He3...

Bahan2:-

1 batang lobak merah (dipotong memanjang)
1/4 biji cauliflower (dipotong)
1/2 mangkuk kecil udang kertas (dibuang kepala & ekor)
1 pokok sawi (dipotong)
1 cekak suhun (direndam)
1 sudu kecil serbuk lada hitam
1/2 kiub pati ayam
1 biji bawang besar (dihiris)
2 biji bawang putih (dihiris)
Serbuk lada putih
Garam
Minyak masak
Air masak

Cara2 Penyediaan:-

1) Panaskan minyak. Tumis bawang besar & bawang putih hingga naik bau.
2) Tuangkan air masak secukupnya.
3) Masukkan kiub pati ayam.
4) Masukkan lobak merah & cauliflower.
5) Masukkan udang kertas.
6) Perasakan dengan garam, serbuk lada hitam & putih.
7) Masukkan sawi & suhun. Masak seketika, angkat & hidangkan.

~ Sup Sayur Rimbun Suhun... siap! He3...

Selamat mencuba..!!! ;)

Eh, ada ke yang nak mencuba? He3...


:: Like3, ek! ::



i SeRvE nUfFnAnG aDs

GO SEARCH BY GOOGLE SEARCH ENGINE

Google